PEWANI adalah Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merupakan satu persatuan bagi staf wanita dan isteri staf UiTM. PEWANI ditubuhkan atas dasar untuk menjaga kebajikan dan memberi aktiviti kepada staf wanita dan isteri staf di UiTM. Tujuan PEWANI ditubuhkan adalah untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatukan kakitangan-kakitangan wanita Universiti dan isteri di semua peringkat perkhidmatan.
Selain itu untuk menggalakkan dan menguruskan kerja-kerja amal melalui kutipan derma dan lain-lain sumber kewangan bagi faedah ahli-ahli dan keluarga mereka serta orang ramai. Ia juga dapat menjadikan perhubungan erat serta kerjasama dengan lain-lain persatuan wanita yang berdaftar di negara ini bagi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan mengenai perkara yang mendatangkan faedah kepada Persatuan. Malah PEWANI dapat menimbulkan kesedaran di kalangan ahli akan kepentingan, peranan dan tanggungjawab wanita dalam meninggikan imej Universiti dan negara.
KELEBIHAN SEBAGAI AHLI:
Dapat mengikut program yang dianjurkan oleh persatuan
Mendapat keistimewaan dari segi yuran penyertaan sekiranya melibatkan program yang berbayar
Boleh memohon untuk Anugerah AKA bagi anak-anak yang cemerlang
Dapat membantu sesame ahli yang ditimpa musibah
Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf
Dapat menimba ilmu, pengalaman dan pengetahuan melalui aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan
Menambahkan kenalan
SUMBANGAN KEPADA AHLI:
Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) Anak Ahli PEWANI bagi Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM
Sumbangan Ramadhan dalam Majlis Kenangi Mereka Sayangi Mereka (KMSM) kepada anak yatim, asnaf dan balu staf UiTM
Sumbangan musibah kepada ahli bergantung kepada kewangan persatuan
Merapatkan perhubungan muhibbah dalam kalangan ahli dan komuniti melalui nilai harmoni, keprihatinan, dan kerjasama yang berterusan
Menyatukan kakitangan wanita universiti dan isteri di semua peringkat perkhidmatan melalui program yang memperkukuhkan perpaduan, memperkasa peranan wanita, dan memupuk nilai-nilai murni dalam komuniti
Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan ahli akan kepentingan, peranan, dan tanggungjawab ahli dalam meningkatkan imej Universiti dan negara.
Untuk menjalin perhubungan erat serta kerjasama dengan lain-lain persatuan wanita bagi memupuk semangat persefahaman yang boleh mendatangkan faedah kepada Persatuan.
Untuk merapatkan silaturahim dan menyatukan staf wanita Universiti dan isteri staf di semua peringkat perkhidmatan.
Untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran dengan mengadakan ceramah, bengkel, seminar, kursus, dan penyertaan di dalam bidang-bidang perniagaan untuk kepentingan persatuan.
Untuk menguruskan kerja-kerja amal melalui kutipan derma dan lain-lain sumber kewangan bagi faedah ahli-ahli dan keluarga.
Digambarkan melambangkan kegigihan dan semangat perjuangan yang wujud melalui Persatuan Wanita UiTM
Warna ungu dan kuning membawa maksud intelektualism dan anggun,seta kemesraan yang dapat dijalankan melalui Persatuan
SULIYATI SULAIMAN
Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
PUAN ROZITA AZIZ @ YUSOF
Timbalan Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
rozit102@uitm.edu.my
PUAN HARSHANI ALIAS
Setiausaha PEWANI UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
harsy001@uitm.edu.my
PUAN AISHAH ABDULLAH
Penolong Setiausaha PEWANI UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
aisha488@uitm.edu.my
PUAN NUR RAIHANA MOHD SALLEM
Bendahari PEWANI UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
nurra018@uitm.edu.my
DR NOR ADILA MOHD NOOR
AJK Kerohanian PEWANI UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
norad852@uitm.edu.my
CIK NABIHAH MUHAMMAD
AJK Kebajikan PEWANI UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
nabihahmuhammad@uitm.edu.my
PUAN NOORAZLINA AHMAD
AJK Sukan PEWANI UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
noora436@uitm.edu.my
PUAN NORHARTINI ABD WAHAB
AJK Penjanaan PEWANI UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
PUAN ROSFADHILAH RAMLI
AJK Logistik PEWANI UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
rosfa041@uitm.edu.my
PUAN MAZLIZA MOHD @ ABDULLAH
Wakil Kampus Kampus Kuala Terengganu
mazli979@uitm.edu.my
PUAN NOR KASMAWATI SALEH
Wakil Kampus Kampus Kuala Terengganu
norkasmawati@uitm.edu.my
PUAN NUR ROBIYATUL ADAWIYAH MOHD IBRAHIM
Wakil Kampus Kampus Bukit Besi
nrobiyatul@uitm.edu.my
CIK HALIMATON @ NOR ASHIKIN MOHD YUSOF
Wakil Kampus Kampus Bukit Besi
kinyusof@uitm.edu.my