السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
PEWANI bukan sahaja berperanan sebagai ahli dalam persatuan, tetapi juga sebagai pemimpin, pencetus idea dan agen perubahan dalam masyarakat dan organisasi. Dalam persekitaran kerja yang semakin mencabar, PEWANI berfungsi sebagai platform untuk kita saling menyokong, memperkasa diri, dan memperjuangkan agenda pembangunan wanita secara berhemah dan berkesan.
Saya percaya bahawa melalui semangat setiakawan, kebersamaan dan nilai murni yang kita pupuk bersama, PEWANI akan terus melangkah maju dan kekal relevan sebagai sebuah persatuan yang dihormati, disegani dan memberi manfaat kepada semua.
KEBAJIKAN
KMSM, Kutipan derma, jualan amal untuk tabung kebajikan, sumbangan musibah
KEMASYARAKATAN
Sumbangan ke rumah OKU, balu dan anak-anak yatim UiTM
PENDIDIKAN
Ceramah, sumbangan anak cemerlang UPSR, PMR dan SPM
SOSIAL
Ceramah, sumbangan anak cemerlang UPSR, PMR dan SPM
KELAS
Kelas keterampilan imej, kelas masakan, usrah, kelas mengaji Al-Quran
KESIHATAN & KESUKANAN
Kempen gaya hidup sihat, Senamrobik, Karnival Sukan PEWANI di Kampus UiTM yang terpilih setiap tahun