UNIT KOLABORASI & KETAMPAKAN PENYELIDIKAN
JAWATANKUASA KECIL KOLABORASI & KETAMPAKAN PENYELIDIKAN
BIDANG TUGAS
Melapor kepada Jawatankuasa Penyelidikan Kolej (JPK).
Menyelaras semua aktiviti hubungan kerjasama penyelidikan oleh penyelidik KPK bersama pihak luar (industri/ institusi pengajian tinggi/ agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain) di dalam dan di luar negara.
Menyedia strategi utama termasuk strategi meningkatkan kolaborasi penyelidikan bagi penyelidik-penyelidik KPK dengan pihak luar untuk meningkatkan hasilan dan impak penyelidikan
Menyelaras kerjasama antara semua koordinator dan penyelaras untuk memastikan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi yang dijalankan mempunyai ketampakan dan impak yang kompetitif kepada KPK.
Menyelaras dan mengurus program penyelidikan dan inovasi di KPK untuk menyokong dan mempromosikan penyebaran hasil penyelidikan kepada pihak luar (termasuk membangunkan pangkalan data pengguna akhir). penyelidikan, dan mengatur serta memudahkan acara pameran di KPK.
Menyediakan khidmat nasihat kepakaran yang baik mengenai ketampakan penyelidikan, termasuk membangunkan program latihan dan sumber untuk menyokong penyelidik agar fokus tentang kepentingan ketampakan penyelidikan.
Bekerjasama dengan penyelidik dan pasukan EK dengan lebih luas untuk melaporkan dan mempromosikan hasil penyelidikan dan untuk membangunkan pendekatan dan aktiviti baharu untuk memaksimumkan ketampakan penyelidikan.
Memberi kerjasama yang bermanfaat dan memastikan komunikasi yang berkesan untuk pencapaian matlamat projek dan hasil projek yang dirancang.
Menyediakan dan menyebarkan maklumat terkini tentang aktiviti penyelidikan dan inovasi KPK di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.
Menyediakan laporan yang berkaitan.
Menyelaras dan mengemaskini maklumat di laman web Pejabat Penyelidikan & Inovasi.