REGIONAL SYMPOSIUM OF THE MALAY ARCHIPELAGO
SIMPORA
2024 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-15 | SIMPORA XV
International Symposium Nusantara
Resilience of Culture & Symbolism in Built Environment
2023 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-14 | SIMPORA XIV
International Symposium Nusantara
'ANGING MAMMIRI NUSANTARA'
Sulawesi Selatan
2022 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-13 | SIMPORA XIII
International Lecture Series on Vernacular Architecture
'ALAM TAKAMBANG JADI GURU'
Indonesia - Malaysia
2021 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-12 | SIMPORA XII
URBANISM, HERITAGE,TOURISM
SIMPORA XII:2021 adalah anjuran bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak dengan Institut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) melalui Pusat Penyeilidikan Centre for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior (KUTAI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak.
Urban Heritage atau kawasan bandar yang bersejarah, atau warisan bandar, samada besar atau kecil, sempit atau luas, merangkumi bandar, bandar dan pusat atau kawasan bersejarah, bersama dengan persekitaran semula jadi dan buatan manusia.(ICOMOS, 2019). Pembangunan mapan sesebuah kawasan bandar yang mempunyai nilai sejarah. Warisan bandar merangkumi tiga kategori utama: warisan monumental dengan nilai budaya yang luar biasa; unsur warisan yang tidak luar biasa tetapi hadir secara koheren dengan jumlah yang relatif; elemen bandar baru yang perlu dipertimbangkan (contohnya): bentuk bandar yang dibina; ruang terbuka: jalan-jalan, ruang terbuka awam; infrastruktur bandar: rangkaian bahan dan peralatan. Ianya adalah sebuah kawasan atau ruang yang berperanan besar dalam menyimpan data warisan dan dokumen sejarah, Lebih daripada itu ia menempatkan nilai-nilai budaya sebuah bandar tradisional. Perbandaran atau urbanisme, warisan dan pelancongan adalah 3 aspek penting dalam pembangunan manusia. Ia merupakan revitalisasi warisan budaya dalam konteks ruang, bandar, dan landskap, dan ia meneroka model untuk dimasukkan dalam kehidupan kontemporari. Warisan tidak dipandang sebagai objek terpencil melainkan sebagai sebahagian daripada persekitaran langsung dan lebih luas. Konteks / persekitaran mempengaruhi warisan dan kebangkitannya, sementara mencari penggunaan baru dan repurposing heritage. Ia mempunyai kesan merangsang terhadap persekitaran dan perkembangannya. Setiap elemen warisan ini menjadikannya suatu warisan yang sangat unik, malah signifikan lagi penting dalam sejarah awal perkembangan sesebuah kawasan itu. Kesan interaksi ini dapat menjadikan warisan dikenali dan dapat merangsang kesinambungannya. Kelangsungan hidup dan masa depan warisan berkaitan dengan perancangan bandar dan ruang, yang mengambil kira integriti ruang dan warisan budaya di dalamnya. Pandangan terpadu mengenai warisan budaya memerlukan tindakan bersama dari berbagai bidang seperti pembangunan wilayah, ekonomi, pengangkutan, infrastruktur dan pelancongan.
2020 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-11 | SIMPORA XI
International Lecture Series | WEBINAR 3 PENJURU - Kelestarian Seni Bina Warisan Perak, Aceh dan Minangkabau
SIMPORA XI:2020 merupakan penerusan aktiviti yang dijalankan bagi memantapkan jaringan kerjasama sedia ada yang telah dimeterai melalui MOU yang telah ditangani pada tahun 2013 dengan UNSYIAH, Acheh dan pada tahun 2020 dengan UBH, Padang, Indonesia. Anjuran bersama UiTM cawangan Perak melalui Centre for Knowledge & Understanding Of Tropical Architecture & Interior (KUTAI) dan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dengan empat buat universiti yang lain iaitu :
1. Universitas Syiah Kuala, Aceh (UNSYIAH), Indonesia
2. Universitas Bung Hatta, Padang (UBH), Indonesia
3. Universitas Al-Muslim, Aceh, Indonesia
4. Universitas Samudera (UNSAM), Aceh, Indonesia
Perak, Aceh dan Minangkabau merupakan tiga buah wilayah yang mempunyai pertalian sejarah yang telah lama baik dari segi sosial, politik dan ekonomi. Dalam konteks senibina pula ia merupakan manfestasi kepada pemikiran dan kebudayaan sesuatu bangsa. Melalui seni bina kita mampu memahami pemikiran sesuatu bangsa, bagaimana mereka menghadapi cabaran seperti cuaca, keselamatan dan persekitaran. Bagaimana mereka menyesuaikannya dengan agama, kepercayaan dan adat resam serta cara hidup mereka. Dengan lain perkataaan seni bina rumah tradisional di alam Melayu adalah lambang kebijaksanaan orang Melayu dalam menyesuaikan diri dengan masyarakat dan habitat di persekitarannya baik dari segi fizikal mahu pun dari segi spiritual. Lanjutan itu penganjuran SIMPORA XI:2020 akan menjadi platform untuk perbincangan dan pencernaan idea-idea dalam pemikiran, pemahaman dan perancangan untuk pembangunan Khazanah Warisan Alam Melayu terutamanya diantara Perak, Aceh dan Minangkabau yang masih boleh dilihat dengan jelas sehingga ke hari ini.
2019 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-10 | SIMPORA X
Seminar on the Comparative Study of Rumah Perak and Rumah Aceh
The 10th Regional Symposium of The Malay Archipelago or SIMPORA X: 2019 is co-organised by the Centre for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior (KUTAI) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak Branch, Malaysia and University of Syiah Kuala (UNSYIAH), Aceh, Indonesia. This symposium is the continuation of efforts and activities from both universities to strengthen the collaborative networks through MOU since 2013. Perak and Aceh are two states with long historical links. The Perak-Aceh relationship can be traced as early as the 16th century when Sultan Alauddin Mansur Syah (died 1585) who was a Sultan of Perak and a descendant of Perak, was captured by Aceh when Sultan Ali Riayat Syah I from the Meukuta Alam dynasty held a military expedition to Perak.
2012 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-9 | SIMPORA IX
“Dunia dan tamadun berdiri atas empat paksi penting; kebijaksanaan orang-orang yang berilmu dan arif, keadilan pemerintah, doa orang-orang yang beriman, dan keberanian orang-orang yang berani”.
Ibn Khaldun telah meletakkan beberapa ciri-ciri asas di dalam masyarakat yang bertamadun, antaranya; pegangan agama yang kuat, sistem kenegaraan yang tersusun rapi, kehidupan cara bandar, pencapaian kaedah penulisan yang tinggi dan kepakaran dalam bidang senilukis dan senireka.
Ukuran maju dan mundurnya sesuatu masyarakat, bangsa dan manusia adalah bergantung kepada tinggalan tamadunnya. Semua tamadun adalah berpaksikan kepada ilmu. Ilmu adalah sesuatu yang sentiasa berkembang dan berinteraksi sama ada di antara individu, antara masyarakat, antara generasi, antara geografi juga di antara tamadun.
2010 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-7 | SIMPORA VII
Budaya Negeri Perak
2003 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-6 | SIMPORA VI
An Ijtihad on Islamic Architecture
2002 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-5 | SIMPORA V
Traditionalism VS Modernity
2000 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-4 | SIMPORA IV
Menuju Konsep Spatial Interior Tawhidic
28-30 August 2000, Dewan MDM, Seri Manjung, Perak.
1999 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-3 | SIMPORA III
Form, Space & Spirit
18-21 August 1999, ITM Perak
1998 | SIMPOSIUM NUSANTARA KE-2 | SIMPORA II
Seni Bina Tradisional dalam Reka Bentuk Hospitaliti
05 July 1998, ITM Perak
1997 | SIMPOSIUM NUSANTARA 1 | SIMPORA I
''Bhineka Tunggal Ika'' – Unity In Diversity
Perpaduan Dalam Kepelbagaian
21 June 1997, ITM Perak