KEAHLIAN
Permohonan Untuk Menjadi Ahli
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha dan hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
Setiap permohonan yang telah dipotong yuran keahlian bulanan pertama seperti ditetapkan disahkan menjadi ahli kelab dan berhaklah ia sebagai ahli.
Permohonan menjadi ahli adalah secara atas talian melalui Borang Permohonan Keahlian KEKiTA.
Yuran Bulanan
Yuran Bulanan keahlian adalah seperti berikut:
Pegawai Kumpulan A & B : RM 5.00
Pegawai Kumpulan C & D/Harian : RM 3.00
Pegawai berstatus sambilan : RM 30.00 (untuk tempoh 6 bulan)
Yuran bulanan hendaklah dibayar kepada Bendahari melalui potongan gaji.
Tuntutan/Sumbangan Yang Dibenarkan
Perkahwinan pertama ahli (setelah disahkan menjadi ahli)
Kelahiran cahaya mata pertama ahli (setelah disahkan menjadi ahli)
Ahli berhenti berkhidmat di UiTM Cawangan Sarawak/Berpindah kampus (tidak termasuk ahli berjawatan sambilan/harian)
Ahli bersara
Ahli masuk hospital/wad (sekali setahun)
Kematian ahli
Kematian anak/isteri/suami ahli
Kematian ibu/bapa ahli
Insentif pendidikan ahli (Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana)
Insentif pendidikan anak ahli (UPSR/PT3/PMR/SPM dan setaraf/STPM dan setaraf)
Insentif pendidikan anak ahli di IPTA
Bencana alam/musibah