FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SELAMAT DATANG KE UNIT ICAN @ FKK
PROGRAM SPOTLIGHT 2026
SHAH ALAM, 22 Mei – Unit Penyelidikan & Jaringan Industri (ICAN), Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTM Shah Alam telah berjaya menganjurkan webinar khas bertajuk "Program Tatacara Permohonan Star Rating Projek Komuniti Dalam Portal PRIME UiTM" secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams.
Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Ir. Ts. Dr. Warid Wazien Ahmad Zailani selaku penceramah jemputan, dan dikendalikan oleh Dr. Husna Aini Swarno sebagai moderator. Program ini dihadiri oleh para pensyarah FKK bertujuan memberi panduan terperinci mengenai proses dan kriteria permohonan Star Rating bagi setiap projek komuniti yang dijalankan. Pihak urus setia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung.
Secara keseluruhan, program ini telah mencapai objektifnya dalam memberikan kefahaman yang holistik mengenai Portal PRIME. Pihak urus setia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah jemputan dan semua peserta yang hadir. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memartabatkan aktiviti jaringan industri dan komuniti di peringkat fakulti.
Hak Cipta Terpelihara © Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, Fakulti Kejuruteraan Kimia