SELAMAT DATANG
UNIT JARINGAN INDUSTRI, KOMUNITI DAN ALUMNI (ICAN)
BAHAGIAN PENYELIDIKAN & JARINGAN INDUSTRI UiTMCT
SELAMAT DATANG
UNIT JARINGAN INDUSTRI, KOMUNITI DAN ALUMNI (ICAN)
BAHAGIAN PENYELIDIKAN & JARINGAN INDUSTRI UiTMCT
KANGAR, PERLIS, JUNE 2025 - Mesyuarat dan Majlis Apresiasi MeTIC ke-14 yang berlangsung pada 18 Jun 2025 hingga 20 Jun 2025 di Hotel Putra Regency, Kangar merupakan anjuran bersama Pejabat Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) dan UiTM Cawangan Perlis, menghimpunkan pengurusan tertinggi ICAN kampus cawangan UiTM dan fakulti, serta rakan strategik dari seluruh negara bagi meraikan inisiatif berimpak tinggi dalam kluster komuniti, industri dan alumni.
Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor ICAN, Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, yang juga menegaskan peranan MeTIC sebagai platform memperkukuh sinergi universiti, industri ,komuniti dan alumni. Sebanyak 22 anugerah juga telah disampaikan kepada penerima (cawangan dan fakulti) yang telah membuktikan pencapaian dan penganjuran program yang berimpak tinggi sepanjang 2024 pada Malam Apresiasi MeTIC 2025. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, khususnya penerima anugerah utama.
Penerima Anugerah Khas TNC ICAN
Kategori Kampus Cawangan
PLATINUM : UiTM Cawangan Pulau Pinang
GOLD : UiTM Cawangan Johor
Kategori Fakulti
PLATINUM : Fakulti Perakaunan
GOLD : Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!!
🥇GE 2024: Graduan Bekerja di MNC & Luar Negara Tertinggi
🥉Anugerah Sumbangan Alumni Terbanyak 2024
🥉Anugerah Kolaborasi Alumni Terunggul 2024