PERSATUAN & PENASIHAT
OUTDOOR RECREATION EDUCATION LEADER (TRAINER)
PENASIHAT
Dr. Zaharul Azwan bin Abd Razak
NO. TEL.
013-376 0203
PENGENALAN
Maka adalah ditubuhkan suatu Persatuan pelajar yang hendaklah dikenali sebagai “Outdoor Recreation Education Leader (TRAINER)” di bawah Seksyen 8, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
Persatuan yang ditubuhkan di bawah Fasal (1) tidak dibenarkan menggunakan apa-apa nama –
(a) negeri, wilayah, daerah, mukim, kampung atau apa-apa nama lain yang membawa maksud kenegerian atau kedaerahan;
(b) agama atau kepercayaan atau apa-apa nama lain yang membawa maksud keagamaan atau kepercayaan; dan
(c) kumpulan etnik atau suku kaum. pada nama Persatuan.
Persatuan adalah dibenarkan bersekutu dengan mana-mana Persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang di luar Universiti tetapi persekutuan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Menteri atau wakilnya.
VISI
Born to Educate
MISI
Educate Through Practice and Experience
OBJEKTIF
Untuk mengharumkan nama dan menaikkan imej Persatuan dan Universiti Teknologi MARA.
Untuk melaksanakan semua kuasa Persatuan.
Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu Persatuan di kalangan pelajar-pelajar Universiti atau kumpulan pelajar Universiti atau penghuni-penghuni kolej, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Untuk menjalankan, melaksana dan menunaikan mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 semua kuasa, tugas dan kewajipan yang diberi, diadakan atau ditanggungkan ke atas Persatuan oleh peruntukan-peruntukan itu.
Untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain seperti yang ditentukan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya dari semasa ke semasa.
Untuk memberi pendedahan kepada ahli mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Untuk memberi pendedahan kepada ahli menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dan boleh di manfaatkan di sekolah kelak.
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI PUNCAK PERDANA
PENASIHAT
Encik Wan Roslan bin Wan Mohd Rosly
NO. TEL.
019-456 7852
PENGENALAN
VISI
Persatuan Mahasiswa Hadhari Puncak Perdana sebagai medium utama dalam penyemarakkan penghayatan Islam secara dominan di UiTM Kampus Puncak Perdana
MISI
Membentuk mahasiswa dalam membina jati diri dan peribadi muslim yang unggul
Menarik minat mahasiswa untuk mempraktikkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
Membentuk mahasiswa yang cakna tentang isu semasa
OBJEKTIF
Memberi kefahaman kepada mahasiswa dalam mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.
Mempelbagaikan medium penyebaran dakwah kepada seluruh warga kampus.
Melahirkan mahasiswa yang berkebolehan dalam aktiviti muamalat berasakan syariat Islam.
PERSATUAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN [PSSGM(K)] UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAM DAN PUNCAK PERDANA
PENASIHAT
Encik Muhammad Hamdi bin Othman
NO. TEL.
018-353 4827
MEDIA SOSIAL
PENGENALAN
Silat Seni Gayong mempunyai pelbagai pecahan pembelajaran seperti asas gerakan, asas elakan, asas lompatan dan buah serangan maut. Silat Seni Gayong menawarkan ilmu mempertahankan diri yang juga mengajar pengamalnya sifat kepimpinan, disiplin dan keberanian.
VISI
Menjunjung ilmu Silat Melayu khususnya Silat Seni Gayong dengan membekalkan generasi baru dengan ilmu silat yang telah dipelihara
MISI
Melahirkan pesilat-pesilat yang berdisiplin dan mampu mengaplikasikan ilmu silat pada waktu yang bersesuaian.
OBJEKTIF
Mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baharu dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang mempertahankan diri.
Memajukan silat seni gayong UiTM ke peringkat tertinggi.
Sebagai medium untuk mahasiswa dan mahasiswi mencurahkan dan berkongsi idea baharu dalam bidang seni mempertahankan diri.
Sebagai medium penyatuan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai minat dalam pelbagai bidang seni mempertahankan diri.
Menyemai sifat penghargaan terhadap warisan silat seni gayong serta menyampaikan mesej yang mencorakkan kehidupan para pesilat dan para penonton.
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAM DAN PUNCAK PERDANA
PENASIHAT
Encik Muhammad Hafizi bin Zamri
NO. TEL.
013-216 6629
PENGENALAN
Seni mempertahankan diri ialah sistem dan tradisi amalan pertempuran, dipelajari terutamanya kepada melindungi diri kita daripada musuh. Seni mempertahankan diri Silat Melayu merupakan ilmu berharga yang diwarisi dari nenek moyang kita yang telah membangunkan tamadun yang hebat lama dahulu.
Perdana Menteri secara rasmi mengumumkan Silat sebagai seni mempertahankan diri negara. Ini membuktikan bahawa Silat adalah seni mempertahankan diri yang berkualiti tinggi dan akan memberi banyak manfaat kepada pembangunan masyarakat dan negara tercinta.
Seni Silat Cekak Malaysia akan memperbetulkan persepsi masyarakat kita terhadap Silat kerana ia bukan hanya mengajar perkara kebaikan dan nilai moral, Seni Silat Cekak Malaysia juga bebas daripada sebarang unsur tahyul.
Selain itu, Seni Silat Cekak Malaysia melatih pengamalnya seni pertahanan diri yang menggalakkan disiplin dan menggabungkan komponen seperti mempunyai pertimbangan yang baik, mengamalkan pergerakan fizikal, kesabaran dan ketenangan serta kekal rendah diri.
Persatuan ini juga menganjurkan pelbagai program untuk membantu meningkatkan kemahiran insaniah pelajar, kemahiran sosial serta berusha membangunkan kepimpinan yang berkualiti.
VISI
Mendaulatkan Seni Silat Melayu yang asli, khususnya Seni Silat Cekak Malaysia dan membersihkan alam persilatan Melayu daripada segala unsur tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam.
MISI
Memimpin dan membentuk ahli-ahli PSSCM khususnya dan orang Melayu amnya supaya beriman dan bersatu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara
OBJEKTIF
Menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan.
Menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak bangsa Melayu.
Menanamkan semangat bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri, tanpa bergantung kepada orang lain.
Memberi pengertian tujuan dan matlamat bersilat, juga tujuan dan mengapa hidup serta matlamat sebenar hidup itu.
Membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam.
Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi menghadapi apa jua keadaan.
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAM DAN PUNCAK PERDANA
PENASIHAT
ASP/PB Mohd Tarmizi Bin Abdul Raman
NO. TEL.
018-277 2116
MEDIA SOSIAL
PENGENALAN
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCPUH) UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana ialah sebuah kelab di bawah naungan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Seni Silat Cekak yang benar-benar diamal dan dianjurkan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad, baik dari segi kaedah pembelajaran, konsep, falsafah, prinsip, pegangan, kerohanian, dan pembawaannya.
Seni silat ini telah diamalkan oleh keluarga diraja dan panglima-panglima kanan di Negeri Kedah Darul Aman di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1854-1879). Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad telah mengambil silat ini dari Allahyarham Encik Yahya Bin Said. Bermulalah era baru bagi silat ini sejak dizahirkan kembali oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad. Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad telah memberi semangat dan pendekatan baru serta berjaya mengangkat martabat dan Seni Silat Cekak sebagai satu pergerakan yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat.
Seni Silat Cekak telah berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional. Kini Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia diterajui oleh Encik Marwi Bin Latif selaku Guru Utama Silat Cekak Hanafi. engamalnya seni pertahanan diri yang menggalakkan disiplin dan menggabungkan komponen seperti mempunyai pertimbangan yang baik, mengamalkan pergerakan fizikal, kesabaran dan ketenangan serta kekal rendah diri.
VISI
Mendaulatkan Seni Silat Melayu yang asli, khususnya Silat Cekak Pusaka Hanafi dan membersihkan alam persilatan Melayu daripada segala unsur tahyul dan khurafat.
MISI
Memimpin dan membentuk serta menerapkan nilai-nilai murni diantara pengamal silat cekak dalam bentuk persilatan dan mempromosikan Seni Silat Melayu sebagai satu warisan kebangsaan
OBJEKTIF
Melatih ahli-ahli Ilmu Beladiri – Silat Cekak Hanafi yang bermanfaat dan boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga diri.
Memartabatkan Seni silat Melayu yang benar-benar asli dan bebas dari ilmu tahyul dan khurafat.
Membina jati diri ahli-ahli menjadi seorang yang berdisiplin, berani, benar, amanah serta penuh dengan nilai-nilai murni.
Membina keupayaan ahli-ahli menjadi seorang yang praktikal serta berkebolehan dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab.
Memupuk semangat bantu dan memajukan diri di kalangan ahli-ahli dan masyarakat umum.
ANGSANA ENDEAVOUR CLUB
PENASIHAT
Encik Mohd Hafizan Bin Ali Bahar
NO. TEL.
019-389 3039
MEDIA SOSIAL
PENGENALAN
Angsana Endeavour Club ditubuhkan untuk menggalakkan pelajar terlibat dengan aktiviti-aktiviti keusahawanan dan mewujudkan lebih banyak usahawan dalam kalangan pelajar Kolej Angsana selaras dengan objektif Kolej Angsana untuk menjadi sebuah Kolej Keusahawanan.
VISI
Menjadikan Kolej Angsana sebuah kolej yang unggul yang berteraskan Keusahawanan bagi menerajui pelajar dalam berdaya saing serta melahirkan graduan yang holistik berteraskan Keusahawanan
MISI
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran pelajar dalam bidang keusahawanan yang berlandaskan nilai etika dan intergriti yang terbaik
OBJEKTIF
Menggalakkan para pelajar mendaftar diri dalam persatuan/kelab dalam bidang keusahawanan.
Memberi peluang kepada para pelajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dari segi keusahawanan.
Memberi pendedahan kepada pelajar bagi mengendalikan proses keusahawanan dengan lebih efisyen dan mengikut prosedur perniagaan.
KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA)
PENASIHAT
Kapten Bersekutu (PA) Mohd Tarmizi bin Abdul Raman
NO. TEL.
018-277 2116
PENGENALAN
Ko Kurikulum Pertahanan Awam telah diwujudkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia melalui IPT untuk melaksanakan ilmu Pertahanan Awam selaras dengan peruntukan Akta 221, Akta Pertahanan Awam 1951 (disemak 1979) dan pindaan- pindaannya.
Justeru, sejajar dengan matlamat yang mencapai salah satu dari lapan teras pembangunan insaniah yang diperkenalkan oleh kementerian Pengajian Tinggi yang mana salah satunya terasnya iaitu kesukarelawanan, mahasiswa perlu diterapkan dnwgan nilai- nilai positif dengan menyertai mana- mana badan beruniform agar dapat melahirkan golongan mahasiswa yang mantap seimbang dari segi akademik dan kemahiran insaniah.
Di awal penubuhannya iaitu fiantara tahun 1996-2000, adalah dikendalikan oleh Pusat Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, dikenali sebagai Kokurikulum Pertahanan Awam dan pernah diletakkan dibawah seliaan pentadbiran Ko Kurikulum Kesatria.
Mulai tahun 2000, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM telah bersetuju supaya Kokurikulum Pertahanan Awam diselia oleh JPAM Negeri Selangor, melalui seorang Pegawai Penyelaras dan menjadi sebahagian struktur Pusat Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM. Pada 16 Februari 2002 satu majlis pelancaran Kokurikulum Pertahanan Awam, UiTM telah dilancarkan beserta dengan perlantikan pegawai- pegawai dalam pentadbiran Ko Kurikulum Pertahanan Awam, UiTM dari pegawai Kehormat/Bersekutu di peringatan UiTM.
Mulai awal 2005 melalui satu mesyuarat dalam pengurusan Kokurikulum Pertahanan Awam, UiTM, draf penubuhan Kokurikulum Pertahanan Awam untuk dikembangkan ke IPT dengan panggilan Kor Sispa telah diluluskan. Ianya dilihat sebagai satu tanggungjawab untuk menggerakkan mahasiswa untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan negara. Mengambil contoh badan beruniform PALAPES dan SUKSIS sebagai model, Kor Sispa telah menggarap acuannya tersendiri untik melatih dan mentauliahkan anggotanya dengan pangkat Leftenan Muda sebelum menamatkan pengajian di universiti.
VISI
Menjadikan Pasukan Siswa APM UiTM yang kekal relevan membangunkan Pegawai Muda yang terlatih dan komited dalam kesiapsiagaan awam, perlindungan dan pengurusan bencana.
MISI
Sebagai satu institusi yang menzahirkan kesinambungan pemulukan ilmu pertahanan awam kepada siswa terpilih untuk menjadi graduan kompeten yang menyumbang kepada kesiapsiagaan awam dan pengurusan bencana negara.
OBJEKTIF
Memantapkan tadbir urus organisasi Kor Sispa UiTM demi menggerakkan inisiatif strategik dan operasi pasukan dengan berkesab di seluruh sestem UiTM.
Membina jaringan strategik dengan pemegang taruh utama Pertahanan Awam menerusi jalinan pegawai bersekutu dan alumni melalui program terancang berkala.
Menggunakan promosi, pengambilan, latihan, dan pentauliahan Kor Sispa UiTM dengan cekap, berkesan dan ekonimik menerusi penjajaran kepada sumber tepat.
Menyegarkan imej Kor Sispa UiTM dengan mempelbagaikan pendekatan yang menepati citarasa bakal pegawai kadet dan komuniti menerusi budaya amalan inklusiviti serta prasarana sesuai.
Memastikan Kor Sispa UiTM beroperasi menggunakan sistem dokumentasi prosedur seragam dengan sokongan saluran komunikasi sesuai.
KELAB DEBAT DAN PIDATO UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM
PENASIHAT
Encik Azmi bin Mat
NO. TEL.
013-2791159
MEDIA SOSIAL
PENGENALAN
Kelab Debat dan Pidato UiTM Kampus Puncak Alam merupakan sebuah kelab yang memfokuskan aktiviti pengucapan awam iaitu debat dan pidato. Ia menyediakan platform latihan serta persediaan kepada ahli-ahli untuk mewakili UiTM Puncak Alam ke pertandingan-pertandingan di luar UiTM.
VISI
Melahirkan Mahasiswa Berketerampilan serta Berintelek
MISI
Menjadi sebuah kelab yang aktif menjalankan aktiviti pengucapan awam serta menyertai pertandingan di luar kampus.
OBJEKTIF
Mempersiapkan pasukan Debat serta Pemidato yang bakal mewakili UiTM Puncak Alam ke pertandingan luar.
Melahirkan ahli-ahli yang mempunyai asas pengucapan awam yang kukuh.
Mengharumkan nama UiTM Cawangan Selangor dengan pencapaian dalam pertandingan.
© Hakcipta Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor 2024
Penafian & Hak Cipta | Kenyataan Privasi | Dasar Keselamatan ICT