Soalan yang sering diajukan
Soalan 1
Dengan keputusan SPM saya, adakah saya layak memohon program di Fakulti Perakaunan?
Jawapan:
Saudara/ saudari boleh membuat semakan di https://selangkah.uitm.edu.my/
Soalan 2
Di mana saya boleh menyemak syarat kemasukan ke program Fakulti
Jawapan:
Boleh membuat semakan di laman web Fakulti. (Sila klik pada program yang berkenaan)
Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
Atau di laman web Bahagian Pengambilan Pelajar
Soalan 3
Selepas semakan, saya mendapati program yang telah saya pilih sebelum ini tidak layak. Bolehkah saya menukar pilihan program? Adakah saya perlu membeli no pin yang baharu? Bilakah saya boleh menukarnya?
Jawapan:
Anda boleh membuat pengemaskinian program yang dipilih tanpa perlu membeli no pin yang baharu. Tempoh kemaskini adalah mulai 15 sehingga 21 Jun 2021.
Soalan 4
Jika pada waktu UPU saya mendapat tempat di UITM tetapi saya menolak. Kemudian saya ingin masuk UITM baik walaupun tarikh permohonan dah tamat, bolehkah saya mendapat tempat?
Jawapan:
Tidak. Sila mohon semula pada sesi berikutnya
Soalan 5
Bolehkah saya menukar bidang yang saya pohon?
Jawapan:
Tidak boleh
Soalan 6
Bolehkah saya menukar kampus?
Jawapan:
Tidak boleh
Soalan 7
Apakah ada tempoh sah laku MUET?
Jawapan:
Ya, ada. MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Soalan 8
Mengapakah saya tidak mendapat bidang yang saya pohon?
Jawapan:
1.Anda dikehendaki memenuhi syarat am universiti dan syarat kursus program. Pemilihan berdasarkan merit dan pilihan program.
2.Sebaiknya menerima tawaran universiti tersebut sebab pihak kami tidak menjamin bahawa tuan akan mendapat tempat di UiTM.
3.Uitm memilih pelajar mengikut sistem merit dan kerana kursus yang dipohon mempunyai ramai pelajar yang melebihi syarat kelayakan.Berlaku persaingan.
Soalan 9
Bagaimanakan penetapan kampus dibuat
Jawapan:
Bagi program Diploma, pelajar yang memperolehi keputusan dengan merit tertinggi akan dipilih dan ditawarkan ke program Diploma Trek Pantas. Pelajar lain akan diagihkan mengikut kampus. Namun ianya tertakluk kepada perubahan seperti kuota kampus atau bilangan unjuran
Bagi program Sarjana Muda, pelajar dengan merit yang tertinggi akan ditawarkan ke kampus Puncak Alam.
Soalan 10
Apakah perbezaan antara program Diploma Perakaunan dengan Diploma Sistem Maklumat Perakaunan?
Jawapan:
Terdapat perbezaan dua kursus yang ditawarkan bagi kedua-dua program.
Program Diploma dalam Sistem Maklumat Perakaunan telah dirancang dengan objektif untuk melatih lulusan perakaunan dalam bidang perakaunan dan sistem maklumat pada tahap sub professional dengan gabungan kemahiran komputer dengan perakaunan dan perniagaan manakala Diploma Perakaunan lebih tertumpu sepenuhnya kepada bidang perakaunan yang terdiri daripada perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan dan percukaian.
Program Diploma dalam Sistem Maklumat Perakaunan merangkumi kursus pengaturcaraan perniagaan, pangkalan data, sistem maklumat perakaunan dan audit teknologi maklumat.
Objektif utama program ini adalah untuk menghasilkan Pentadbir Sistem Maklumat Perakaunan yang dapat menganalisis sistem maklumat kewangan dan menyediakan perkhidmatan perakaunan berkualiti tinggi dalam semua bidang perniagaan.
Walau bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya menyambung pengajian ke program Sarjana Muda Perakaunan adalah sama dengan jumlah pengecualian kredit yang sama untuk kursus-kursus yang berbeza.
Soalan 11
Apakah perbezaan di antara program Diploma Perakaunan dengan Diploma Perakaunan Trek Pantas?
Jawapan:
1. Dari segi tempoh pengajian. Tempoh pengajian pelajar AC110 adalah 2 1/2 tahun. Manakala pelajar AC111 adalah 2 tahun. Pelajar AC111 akan perlu menduduki semester Intersesi dan jumlah subjek per semester adalah lebih dari pelajar trek biasa.
2. Jumlah subjek kedua-dua program adalah sama. Yang membezakan hanyalah tempoh pengajian.
Soalan 12
Apakah laluan akademik bagi pelajar Diploma Perakaunan Trek Pantas?
Jawapan:
Pelajar boleh menyambung pengajian ke program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau FIA-ACCA atau program lain yang setara dengan keputusan diploma.
Soalan 13
Bagaimana cara untuk memohon kemasukan ke Diploma Perakaunan Trek Pantas?
Jawapan:
Permohonan adalah melalui sistem UPU sama seperti Diploma Perakaunan
Soalan 14
Dimanakah penempatan bagi pelajar Diploma Perakaunan Trek Pantas?
Jawapan:
Pelajar Diploma Perakaunan Trek Pantas akan ditempatkan di UiTM Kampus Shah Alam.
Soalan 15
Berapakah tempoh pengajian jika saya melanjutkan pengajian selepas Diploma Perakaunan? Pada semester berapa saya akan ditempatkan?
Jawapan:
Tempoh pengajian program Sarjana Muda Perakaunan adalah selama 8 semester (4 tahun). Saudara/ saudari akan terus ditempatkan ke semester tiga dan mendapat pengecualian kredit bagi 13 kursus yang telah diambil semasa Diploma.
Soalan 16
Di manakah program-program Fakulti Perakaunan ditawarkan
Jawapan:
Diploma Perakaunan – UiTM Shah Alam, UiTM Segamat, UiTM Alor Gajah, UiTM Tapah, UiTM Sungai Petani, UiTM Machang, UiTM Dungun, UiTM Jengka, UiTM Kota Kinabalu dan UiTM Samarahan
Diploma Sistem Maklumat Perakaunan – UiTM Tapah dan UiTM Arau
Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)- UiTM Puncak Alam, UiTM Segamat, UiTM Alor Gajah, UiTM Sungai Petani, UiTM Machang, UiTM Dungun, Kota Kinabalu dan UiTM Samarahan
Soalan yang sering diajukan berkenaan dengan Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional UiTM