MEET OUR ROBOT !!!
Pelajar boleh menggugurkan atau menambah kod kursus tersebut didalam portal pelajar semasa dalam tempoh tambah gugur kursus (add/drop) subjek. Sila rujuk kalendar akademik iCEPS di laman sesawang iCEPS.
Kursus yang telah digugurkan tidak akan dipaparkan di dalam Slip Menduduki Peperiksaan dan dianggap pelajar tidak mengambil kod kursus berkenaan pada semester ini.
Muat turun borang ADD/DROP di laman sesawang iCEPS
Pelajar tidak boleh menambah kursus bagi kelas dan kumpulan yang telah penuh kerana jumlah tersebut telah mencapai had maksimum.
Ya, pelajar perlu mengugurkan kursus yang bertindih. Pelajar perlu memastikan kumpulan dan kod kursus yang didaftarkan tidak bertindih masa.
Bil yang telah dijana kali pertama tidak akan berubah. Pelajar perlu membuat pembayaran penuh bagi bil yang telah dijana dahulu dan pelajar perlu membuatpermohonan pemulangan yuran secara atas talian.
Bil yang sedia ada tidak akan berubah. Pihak bendahari akan menjana bil kedua untuk pelajar yang telah membuat penambahan kursus.