Pelajar diminta membuat permohonan menjalani latihan praktik di pautan ini:
BACA DENGAN TELITI MAKLUMAT DIBAWAH
SYART KELAYAKAN MENJALANI LATIHAN PRAKTIK [Baca selanjutnya]
SYARAT WAJIB MENJALANI LATIHAN PRAKTIK
COMPULSORY REQUIREMENT FOR PRACTICAL TRAINING
Bagi membolehkan pelajar menjalani latihan praktik, pihak Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Shah Alam telah menetapkan semua pelajar wajib LULUS semua kursus yang telah diambil dalam pelan pengajian dari semester 1 hingga semester 4. Pelajar adalah TIDAK DIBENARKAN untuk meneruskan latihan praktik sekiranya GAGAL mana-mana kursus yang diambil pada semester 4 iaitu semester sebelum memulakan latihan praktik selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Persetujuan antara pihak universiti dengan hos organisasi (organisasi yang telah menerima pelajar untuk latihan praktik) adalah perlu untuk menerima penolakan pelajar yang tidak dapat meneruskan latihan praktik berikutan perkara yang dinyatakan.
The Faculty of Computer and Mathematical Sciences, UiTM Shah Alam decided that all students must PASS all the courses taken in the study plan from the first semester until the fourth semester. Students are NOT ALLOWED to continue their practical training if they FAIL any courses taken during the fourth semester where it is the semester before they started their practical training after the final examination results announced. An agreement between the university and organization host (the organization host that accepts students for practical training) is needed to accept the rejection from the student who unable to continue their practical training due to the stated requirement.
PRA PERMOHONAN [Baca selanjutnya]
Sebelum mengisi borang permohonan pelajar perlulah mendapatkan maklumat seperti berikut.
MAKLUMAT ORGANISASI
Nama penuh penyelia organisasi
Jawatan penyelia
Nama penuh organisasi/syarikat/jabatan
Alamat penuh organisasi
Email organisasi
Nombor telefon organisasi (pejabat)
Nombor telefon bimbit penyelia organisasi
MAKLUMAT PERIBADI
Resume
Salinan kad pengenalan (hadapan & belakang - softcopy)
Bukti Insuran (Boleh dibeli di Pejabat Pos Malaysia, Argobank dan lain-lain)
Pelajar perlu membuat permohonan melalui borang atas talian (online) yang telah disediakan.
Pelajar mestilah telah membeli/memiliki perlindungan insuran sebelum menjalani latihan praktik.
Pautan boleh didapati di bahagian MENU di atas.
Bagi pelajar yang memohon tempat berpraktikal melalui website organisasi, anda diminta untuk mengisi borang jana (surat iringan).
Satu salinan surat PDF akan dihantar ke email pelajar. Gunakan surat PDF tersebut sebagai surat iringan daripada FSKM, UiTM Raub.
Setelah mendapat maklum balas daripada pihak organisasi, pelajar perlu mengisi Borang Kebenaran berpraktikal daripada FKSM, UiTM Raub.
Borang ini diisi oleh pelajar untuk menjana surat kebenaran (PDF) bagi pihak Penyelaras Latihan Praktik (En. Roger Canda).
Salinan surat akan dihantar ke email pihak organisasi dan pelajar secara automatik.
Pelajar tidak perlu menghantar surat kebenaran yang diperolehi menerusi email kepada pihak organisasi.
Borang ini wajib diisi oleh pelajar SETELAH mendaftarkan diri di organisasi terpilih dengan menghubungi penyelia organisasi/industri.
Borang ini diisi oleh pelajar jika terpaksa menarik diri daripada menjalani latihan praktik di organisasi. Nyatakan alasan/sebab menarik diri daripada meneruskan latihan praktik.