KESELAMATAN , KESIHATAN PEKERJAAN DAN PERSEKITARAN
Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKKP), Jabatan Pembangunan(JPem) ditubuhkan pada tahun 2007-2014. Bertanggungjawab di dalam pengurusan aspek-aspek Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (KKP) di UiTM Kampus Shah Alam selaras dengan kehendak perundangan negara, terutamanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) (Pindaan 2022) A1648 bagi memastikan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan warga UiTM berada di tahap optima memandangkan mereka merupakan aset penting dalam aktiviti perkhidmatan, pengajaran dan penyelidikan di Universiti Teknologi MARA. Sebagaimana yang diperuntukan dalam Akta KKP A1648 (Pindaan 2022), pelaksanaan arahan, peraturan, prosedur serta peruntukan Undang-undang berkaitan keselamatan dan perlindungan sinaran juga merujuk kepada keselamatan dan kesihatan tempat kerja di UiTM Shah Alam dan UiTM Kampus Cawangan. Pelbagai aktiviti berkaitan dijalankan seperti pemeriksaan KKP tempat kerja, Seminar KKP peringkat IPTA, Pelan Tindakan Kecemasan (PTK) UiTM , Pasukan Tindakan Kecemasan Kakitangan Universiti Teknologi MARA/ Pasukan Tindakan Kecemasan UiTM dan kini disebut "CDERT UiTM", Jawatankuasa Induk Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (JiPKKPU) yang bertanggungjawab berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dan Pengurusan Bencana di UiTM Shah Alam serta UiTM Cawangan Negeri.
Menggalakkan dan mempromosi budaya keselamatan yang kukuh yang mengamalkan penjagaan kesihatan, keselamatan dan persekitaran kepada warga kampus
Keterlibatan dan pemberitahuan kepada Kampus dan Warga serta Komuniti UiTM dengan menyediakan kepakaran keselamatan dan pematuhan yang kolaboratif, proaktif dan responsif.
Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan diketuai oleh Ketua Bahagian dengan kekuatan tenaga kerja yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional serta Pelaksana. Terdapat empat (4) unit diwujudkan berdasarkan fungsi spesifik yang boleh dirujuk pada carta berikut :
UNIT PENGURUSAN BENCANA
Menyelaras aktiviti Pengurusan Bencana Universiti (Lesson learn, kesiapsiagaan warga, penambahbaikan)
Menyelaras jaringan dengan pihak berkuasa tempatan serta pakar rujuk bidang (Bomba, JPAM, ABN, MERCY)
Menyelaras penyediaan Pelan Tindakan Kecemasan (PTK) Universiti,
Menyelaras penyediaan pelan kesinambungan (Business Contuinity Plan) perkhidmatan Universiti
Menyelaras Jawatankuasa Bertindak Keselamatan Kebakaran Bangunan
Menyediakan laporan-laporan berkaitan kejadian Bencana Universiti dengan melaporkan dan menjalankan penyiasatan ke atas setiap kemalangan, kemalangan nyaris, keracunan / penyakit pekerjaan, kejadian berbahaya, kebakaran dan seumpamanya yang berlaku di tempat kerja bagi tujuan penambahbaikan.
Menyelaras jaringan dengan pihak berkuasa tempatan serta pakar rujuk bidang (Bomba, JPAM, ABN, MERCY)
Menyelaras aktiviti latihan bagi pemantapan dan pengukuhan amalan penjagaan keselamatan di setiap PTJ serta program peningkatan kompetensi ahli jawatankuasa dan Pasukan Tindakan Kecemasan dan dikenali CDERT UiTM.
Menguruskan Bilik Gerakan Universiti (BG
Melaksana penguatkuasaan peraturan KKP mengikut Akta KKP 514 Pindaan 2022
•Merancang pembangunan dasar/polisi serta manual berkaitan KKP dan juga menyelaras serta mengawal selia hal-hal berkaitan aspek pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran tempat kerja, selaras dengan panduan dan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (AKKP/OSHA Akta 514), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (AKAS /EQA 174) dan akta-akta lain yang berkaitan dalam memastikan semua kampus UITM
•Menyediakan laporan-laporan berkaitan KKP dalam melaporkan dan menjalankan penyiasatan ke atas setiap kemalangan, kemalangan nyaris, keracunan / penyakit pekerjaan, kejadian berbahaya, kebakaran dan seumpamanya yang berlaku di tempat kerja .
Mengurus dan menyelaras pelaksanaan audit pematuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pengurusan Bencana serta operasi KKP di peringkat Universiti,
Melaksanakan penaksiran Kualiti Udara Dalaman berdasarkan Kod Tata Amalan Industri (2010),
Melaksanakan penaksiran Bahan Kimia Berbahaya dan Kawalan Kejuruteraan berdasarkan Penggunaan dan Standard Bahan Kimia berbahaya kepada kesihatan 2000 (USECHH 2000),
Melaksanakan khidmat pakar perundingan ‘Industrial Hygiene’ bersama IRMI UiTM untuk agensi – agensi luar
UNIT OPERASI (Projek dan Fasiliti)
Merancang dan menjalankan pemeriksaan KKP ke atas Persekitaran kerja, premis, tapak projek atau tapak bina secara berkala.
Membuat pemeriksaan pematuhan tapak bina atau tempat kerja agar dapat menghindar dan melindungi pekerja daripada keadaan tiadak selamat dan amalan tindak selamat
Memeriksa dan memastikan pekerja dan pelanggan UiTM terhindar daripada hazard, bahaya dan risiko sebelum, semasa aktiviti -aktiviti di tapak berjalan
Memeriksa dan memantau aktiviti kerja berbahaya yang boleh menyebabkan gangguan emosi dan penyakit fizikal yang disebabkan oleh pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja.
Membuat laporan Kemalangan, NCR dan makluman tindakan pembaikan menjalankan penyiasatan ke atas setiap kemalangan, kemalangan nyaris, keracunan / penyakit pekerjaan, kejadian berbahaya, kebakaran dan seumpamanya yang berlaku di tempat kerja bagi tujuan penambahbaikan.
Mengurus dan memantau perkhidmatan sisa buangan terjadual dan sisa buangan klinikal di UiTM Shah Alam
Menerima, Merekod, Menyemak, Menganalpasti dan memantau Aduan yang diterima di talian telefon 4444 dan sistem E-Aduan Fasiliti untuk penyediaan laporan bulanan kepada Pengurusan bagi tujuan Analisa data.
Menerima aduan / maklumbalas KKP serta kejadian Bencana Universiti sewaktu hari biasa dan cuti semester
Memproses dengan melaporkan aduan melibatkan kecemasan seperti pokok tumbang, kejadian ribut ,tumpahan minyak di atas jalanraya, kemalangan kenderaan, haiwan perosak, kebakaran bangunan, terperangkap dalam lif, Loceng kecemasan bangunan berbunyi
KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Aktiviti berkaitan keselamatan, kesihatan, dan persekitaran pekerjaan di Kampus UiTM Shah Alam melibatkan pelbagai langkah dan inisiatif untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua individu yang berada di dalam kawasan kampus. Berikut adalah beberapa aktiviti utama yang dilaksanakan
Pematuhan Undang-Undang: Memastikan semua pihak mematuhi keperluan undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan .
Pendidikan dan Latihan: Menyediakan maklumat, arahan, dan latihan kepada kakitangan serta pelajar mengenai tatacara dan tindakan ketika menghadapi situasi cemas seperti insiden kebakaran.
Pemeriksaan Berkala: Melaksanakan pemeriksaan berkala terhadap tempat kerja untuk mengenalpasti risiko keselamatan seperti kebakaran atau keadaan tidak selamat.
Melaksanakan pengurusan dan pemantauan IAQ:
Pemeriksaan kualiti udara dalaman terhadap tempat kerja untuk berhadapan dengan situasi staf kerap cuti sakit, sukar bernafas, alahan , almari berkulat dan lain-lain yang boleh menjejasan aspek kesihatan pekerja/ pelawat.
PENGARAH
BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Jabatan Pembangunan
Aras 1, Bangunan Kompleks PPII
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.
No. Telefon : (+603) 5544 2285/ 2286/ 2287/ 2501/ 3249/ 8063/
(+603) 5544 4444 (Helpdesk)
Emell Rasmi : ppii@uitm.edu.my/ bkkpuitm@uitm.edu.my