Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
International Virtual e-Content Development Competition 2021 yang dianjurkan oleh Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS), UiTM telah diadakan pada 23 Ogos 2021 hingga 26 Ogos 2021 yang lepas. Sebanyak 10 kumpulan telah mewakili UiTM Cawangan Pahang ke International Virtual e-Content Development Competition 2021 dalam dua kategori iaitu Micro-Credential (MC) dan Massive Open Online Courses (MOOC) . Keputusan pertandingan telah diumumkan pada 30 Ogos 2021 dan kontijen UiTM Pahang telah berjaya memenangi 3 PINGAT EMAS, 3 PINGAT PERAK dan 4 PINGAT GANGSA di dalam pertandingan e-ConDev 2021. Selain itu juga, 1 projek telah berjaya memenangi anugerah THE BEST MIRO-CREDENTIAL AWARD (Social Sciences & Humanities)
THE BEST MC AWARD (SOCIAL SCIENCES & HUMANITIES)
H-FIMS: Application Of Heutagogy Principles in Fiqh Management for Sport
Dr. Norhapizah Binti Mohd Burhan (Ketua)
Dr. Asjad Bin Mohamed
Lokman Bin Abdul Rasol
Mohd Yusra Bin Abdullah
Nik Muhammad Farhan Hakim Bin Nik Badrul Alam
Dr. Nor Hidayatun Abd Razak
Alhamdulillah. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada semua Warga UiTM Pahang di dalam membangunkan Inovasi e-Pembelajaran di masa hadapan.