PENGENALAN
Sejarah Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA Pahang bermula dengan penubuhan kampus sementaranya di Kuantan (sebelum ini dikenali Institut Teknologi MARA Cawangan Pahang). Kampus sementara ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Pahang pada ketika itu, iaitu Dato' Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 1 Januari 1985, bertempat di Bangunan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (DARA) Jalan Telok Sisek, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Penubuhan kampus ini adalah selaras dengan daya usaha para penggerak dan perancang akademik ITM yang diketuai oleh Dato' Mansor Othman selaku Pengerusi Majlis ITM dan Datuk Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid, Pengarah ITM.
Serentak dengan penubuhan kampus sementera tersebut maka, di kenali dengan nama Bahagian Kewangan pada masa itu, Pejabat Bendahari Pahang telah diwujudkan dan ditempatkan Tingkat 1, Bangunan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Jalan Telok Sisek, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Bahagian ini diketuai oleh seorang Pegawai Kerja Akaun dan dibantu oleh seorang Penyelenggara stor yang berfungsi mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti kewangan institut, pelajar dan staf.
Bermula daripada itu, fungsi dan peranan Pejabat Bendahari semakin berkembang dan mencabar dan, selaras dengan perkembangan tersebut jumlah staf Pejabat Bendahari turut bertambah serta silih berganti sepanjang tahun. Kini Pejabat Bendahari Pahang telah diketuai oleh seorang berpangkat Timbalan Bendahari dan dibantu seramai 27 orang staf pelbagai jawatan. Bermula dengan hanya 2 orang staf, kini Pejabat Bendahari Pahang terbahagi kepada 2 iaitu Kampus Jengka yang terdiri daripada 5 unit yang masing-masing diketuai seorang berpangkat Penolong Akauntan dan Kampus Kuantan yang diketuai oleh seorang Penolong Bendahari dan Penolong Akauntan.
Sejajar dengan perpindahan Kursus Diploma Pengurusan Ladang (DPIM) ke Kampus Tetap di Bandar Jengka, Maran, Pahang pada tahun 1992, Pejabat Bendahari telah memulakan operasinya dengan menempatkan 5 orang Pegawai Kerani bagi menguruskan keperluan pelajar dan stafnya di Bandar Jengka. Pada bulan November 1993, Unit Pengurusan Bekalan telah mula beroperasi sepenuhnya di Kampus Tetap, Bandar Jengka dan diikuti secara berperingkat-peringkat oleh unit-unit lain di Pejabat Bendahari.
Pada tanggal 1 Januari 1994, Pejabat Bendahari UiTM Pahang telah beroperasi sepenuhnya di Kampus Tetap ITM Pahang, Bandar Jengka dan ditempatkan di Aras 2, Bangunan Ibnu Khattab, ITM Pahang yang kini dikenali Bangunan Pentadbiran.
BELANJAWAN & PENTADBIRAN AM
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan
Menyediakan agihan peruntukan tahunan
Menyediakan permohonan peruntukan tambahan
Menyediakan pindahan peruntukan (viremen)
Memproses borang PB 3/80
Menyediakan & mencetak laporan bulanan Unit Belanjawan
Menyelenggara imbuhan panjar wang runcit
Menguruskan tempahan tiket kapal terbang
Merekod surat keluar/masuk
Pengurusan cuti
Perjawatan
Pemfailan
Pengurusan Latihan
Kawalan & penyelenggaraan perlatan pejabat
UNIT PENGURUSAN PEROLEHAN
Menguruskan pelawaan Sebut Harga & Tender
Menyediakan permohonan belian
Menyediakan pesanan jabatan (Pembelian Terus & Sebut Harga)
Menguruskan proses sebut harga dan penyediaan mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga
Penguatkuasaan pesanan/kontrak
Mendaftarkan pengesahan terimaan barang
Merekodkan sebutharga rasmi dan runcit
Menyediakan daftar cagaran
Memulangkan cagaran kontrak
Moderator untuk Perolehan Secara Atas Talian (Fineprocument Plus)
Penyediaan Surat Tawaran dan Perjanjian Ruang Niaga
UNIT PENGURUSAN WANG
Terimaan Wang/Hasil
Kutipan hasil dari sewa ruang/kemudahan & peralatan
Pengurusan tunai
Menyedia & mengemaskini sub-lejer terimaan
Hantar wang ke bank setiap hari bekerja
Menyediakan laporan kutipan harian
Menyediakan bil tuntutan bayaran
Menerima wang/cek di kaunter
Unit Bayaran
Bayaran kepada pembekal, kakitangan (Gaji,KWSP, Lebih Masa, Tuntutan Perjalanan)
Bayaran pemulangan yuran kepada pelajar
Bayaran Utiliti
Bayaran wang runcit
Bayaran dan kawalan (Franking Machine)
Bayaran kepada pelajar
UNIT PENGURUSAN AKAUN
Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan
Penyediaan Penyata Kewangan (Laporan Interim 4 Kali Setahun)
Penyediaan Timbangduga
Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank
Penyelenggaraan Lejar Am
Penyediaan JV, JP & JT
Penyelengaraan dokumen kewangan
Bayaran untuk Kumpulanwang selain Kumpulanwang Pengurusan
Penubuhan tabung baru
Penubuhan projek baru
Penambahan & pengurangan peruntukan projek
Penutupan projek
Pengurusan kewangan universiti & pelaburan
Kemaskini Sistem IRES
UNIT PENGURUSAN HARTA BENDA
Kawalan Harta
Penyediaan Daftar Harta
Verifikasi Harta
Pengurusan fail-fail harta
Penyelenggaraan harta
Kehilangan harta
Pelupusan & Inventori
Penyelenggaraan Inventori
Kawalan Harta & Inventori
Pelupusan Harta & Inventori
Stor & Inventori
Kawalan Inventori
Pengurusan Stor