Geran perkakasan ICT di UiTM merujuk kepada pengesahan rasmi yang diberikan kepada unit atau jabatan dalam universiti untuk membeli peralatan atau perkakasan IT. Biasanya, proses ini melibatkan beberapa langkah seperti penyediaan cadangan, persetujuan oleh pihak pengurusan, dan pengeluaran dana yang diperlukan untuk pembelian tersebut.
Geran Perkakasan ICT ini disediakan adalah bertujuan untuk menjimatkan serta mengurangkan kos pengurusan dan operasi Universiti Teknologi MARA. Geran ini diberi kepada semua Staf Akademik dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 ke atas (tetap dan telah disahkan jawatan).
Hanya komputer riba atau tablet sahaja dibenarkan untuk dimohon.
Geran Perkakasan ICT boleh dimohon dalam sistemΒ https://units.uitm.edu.my/ (Menu Grant)
STAF YANG BOLEH DIHUBUNGI:
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
EMAIL : mashraf@uitm.edu.my
NO. TEL PEJABAT : 07-935 2827Β