ATTENTION! PENCERAHAN SESI PERKULIAHAN SECARA ODL DI KAMPUS DENGKIL & KAMPUS PUNCAK ALAM
PENCERAHAN SESI PERKULIAHAN SECARA ODL DI KAMPUS DENGKIL & KAMPUS PUNCAK ALAM
1) Pelajar akan menjalani kuliah secara ODL di kediaman masing-masing bermula daripada 13 Julai 2020 sehingga tarikh pelajar masuk ke kampus.
2) Pelajar akan mula masuk ke kampus bermula daripada 2 hingga 4 Ogos 2020 secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3) Pelajar akan menjalani sesi kuliah secara ODL di kampus bermula daripada tarikh masuk ke kampus sehingga tamat semester iaitu pada 22 November 2020.
4) Sesi kuliah secara bersemuka F2F hanya untuk amali Makmal Sains, Makmal Komputer dan kursus Listening TESL yang akan dijalankan daripada 5 Ogos 2020 hingga 4 September 2020.
5) Sekiranya ada sebarang ketetapan lain akan dimaklumkan oleh pihak Pusat Asasi melalui bahagian/unit yang terlibat.
6) Tertakluk kepada perkembangan dan keputusan terkini MKN, KKM, KPT, MEU & Senat UiTM.
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Pusat Asasi UiTM
5 Julai 2020
STUDENT GROUP MASTERLIST (ALL PROGRAMMES) JUL - NOV 2020
1) Berikut adalah senarai - senarai pelajar Pusat Asasi mengikut Kumpulan masing - masing.
Click 👉🏻 https://sites.google.com/uitm.edu.my/academicinfojuly2020/group-advisor
Sila guna fungsi search / carian / ctrl + F.
2) Kepada pelajar yang belum lagi dihubungi mohon bersabar & tunggu sehingga Mentor menghubungi anda.
3) Kuliah akan bermula secara rasmi pada 13 Julai 2020. Skrin pendaftaran kursus akan dibuka pada 6 Julai 2020 (Isnin).
4) Sekiranya anda bertukar alamat email / no telefon, pelajar boleh mengemaskininya di dalam Student Portal. Ini supaya Mentor boleh melihat maklumat terkini anda.
5) Sekiranya nama anda tiada dalam senarai kumpulan ini bermakna status anda adalah tidak aktif di dalam sistem UiTM. Pendaftaran yang tidak lengkap perlu dimaklumkan serta penjelasan yang munasabah perlu diberikan.
6) Sekiranya anda telah mendapat tawaran lain dan ingin Menarik Diri dari UiTM, Permohonan rasmi perlulah dibuat ke email berikut: bhea_asasi@uitm.edu.my
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Pusat Asasi UiTM
30 Jun 2020
PEMAKLUMAN KEPADA PELAJAR BAHARU BERKENAAN WHATSAPP GROUP MENTOR-MENTEE & GOOGLE CLASSROOM
1) Sepanjang minggu ini (22 - 26 Jun 2020) pelajar baharu (Mentee) akan dihubungi oleh Penasihat Akademik (Mentor) masing-masing dan akan dimasukkan ke WhatsApp Group Mentor-Mentee bersama rakan-rakan kumpulan. Sila pastikan Nombor Telefon pelajar yang sebenar diberikan kepada Penasihat Akademik masing-masing.
2) Pelajar juga akan dimasukkan ke Google Classroom kursus secara berperingkat (22 Jun - 12 Julai 2020). Justeru, pelajar dikehendaki mengemaskini Alamat Emel (GMAIL) dan maklumkan kepada Penasihat Akademik masing-masing. Sila pastikan GMAIL ini terhubung dengan peranti elektronik atau telefon pintar dan boleh menerima notifikasi sekiranya mendapat hantaran emel baharu.
3) Pelajar juga adalah diwajibkan untuk memastikan NAMA pada akaun Google adalah sama dengan nama pada MyKAD. Sila pastikan anda menggunakan Profile Picture dengan wajah yang sebenar bagi mengelakkan kekeliruan dipihak pensyarah. Mohon menggunakan akaun Google sendiri yang sebenar.
Langkah-langkah:
i. Buka homepage Google pada browser internet
ii. Klik ikon Google Account (bahagian kanan atas)
iii. Klik Manage your Google Account
iv. Klik Personal Info
v. Di Profile, klik Name
vi. Kemaskini First Name & Last Name seperti nama dalam MyKAD
vii. Klik Save
4) Pelajar boleh mencapai maklumat berkaitan akademik di laman web ACADEMIC INFO (https://sites.google.com/uitm.edu.my/academicinfojuly2020/home). Bagaimanapun, ada maklumat yang masih/akan ada perubahan dan belum/tidak dibuka kepada paparan pelajar. Laman web ini akan dikemaskini dari masa ke masa. Stay alert!
5) Pelajar diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Penasihat Akademik masing-masing supaya sesi Open Distance Learning (ODL) dan pengoperasian semester baharu berjalan dengan lancar.
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Pusat Asasi UiTM
22 Jun 2020