Kertas kerja adalah kertas perancangan / proposal secara menyeluruh tentang sesuatu aktiviti/ program yang akan dilaksanakan.
KEPENTINGAN KERTAS KERJA
Mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu aktiviti/ program
Memberi gambaran samada aktiviti/ program yang dirancang atau dicadangkan berdaya maju atau tidak
Mewujudkan dan mengenalpasti Jawatankuasa kerja yang bersesuaian.
Mengenalpasti isu atau permasalahan berkaitan aktiviti
Panduan kepada langkah keselamatan yang perlu diambil
KANDUNGAN KERTAS KERJA
Setiap kertas kerja aktiviti/ program haruslah mengandungi perkara-perkara berikut :
i. Pendahuluan
ii. Penganjur
iii. Objektif (impak/kesan)
iv. Tarikh dan tempat
v. Senarai peserta
vi. Peralatan individu atau kumpulan (jika berkenaan)
vii.Tentatif program
viii. Anggaran perbelanjaan
ix. Sumber peruntukan ( Tabung aktiviti pelajar / OS 42000 / kutipan pelajar atau mana-mana peruntukan yang bersesuaian)
x. Jawatankuasa kerja aktiviti/ program
xi. Pengesahan dan kelulusan
Sila semak format penulisan kertas kerja yang terkini dan memuat naik kertas kerja di pautan di bawah: