Mencari bahan bacaan yang membina jiwa dan minda?
Iqra Bookstore, yang bernaung di bawah Yayasan Pendidikan Islam Aman, adalah hab koleksi buku pilihan anda! Kami membawakan himpunan karya bermanfaat meliputi ilmu dakwah, tarbiah, pembangunan diri, dan pelbagai genre menarik yang lain.
Bertepatan dengan moto "Wadah Ilmu Anda", kami sentiasa berusaha untuk memupuk dan memperkasakan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita.
Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) diperbadankan pada 27 September 2003 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Akta Syarikat 1965. Kami merupakan amil zakat bertauliah Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan terlibat secara aktif dalam kesejahteraan masyarakat. Kami berusaha untuk menjadi landasan utama yang memacu perkembangan pendidikan berkualiti sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.