TAJUK AKTIVITI
Jelajah STEM Zon Selatan
TARIKH
2 April 2026 - 4 April 2026
LOKASI
SK Panglima Adnan, Balai Cerap Negeri Sembilan, I-AQUAS & Pusat Ikan Hiasan Port Dickson
RINGKASAN AKTIVITI
Program Jelajah STEM Zon Selatan telah membuka tirai dengan jayanya menerusi pelaksanaan aktiviti di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan serta sesi eksplorasi lapangan di Balai Cerap Negeri Sembilan.
Di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, para fasilitator daripada Kelab MySTEM Ambassador UPM telah melaksanakan pelbagai aktiviti interaktif seperti STEM Race, STEM Dance dan STEM Kit hasil tajaan Yayasan MR DIY. Pendekatan pembelajaran secara hands-on ini bukan sahaja berjaya menarik minat murid, malah membantu mereka memahami konsep STEM dengan lebih mudah, menyeronokkan dan bermakna.
Sementara itu, di Balai Cerap Negeri Sembilan, para fasilitator telah menjalankan aktiviti pembangunan modul astronomi dengan memanfaatkan fasiliti cerapan yang lengkap dan berteknologi tinggi. Dapatan daripada eksplorasi ini kemudiannya diterjemahkan kepada pembangunan modul astronomi baharu yang lebih relevan, praktikal dan berimpak tinggi untuk pelaksanaan program STEM pada masa hadapan.
Fasilitator bersama komuniti kariah melaksanakan aktiviti gotong-royong bagi memupuk kerjasama dan kesukarelawanan. Aktiviti ini turut mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat setempat melalui penglibatan bersama. Lawatan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson memberi pendedahan tentang kepelbagaian hidupan marin dan ekosistem laut. Pengalaman ini meningkatkan kefahaman fasilitator terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta kelestarian biodiversiti marin.