Pengenalan
Kelab MySTEM Ambassador UPM merupakan sebuah kelab di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2020. Penubuhan kelab ini adalah selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memacu pembangunan pendidikan STEM di Malaysia.
Apa Itu STEM?
STEM merujuk kepada gabungan empat bidang teras:
🔬 Sains
💻 Teknologi
⚙ Engineering (Kejuruteraan)
📐 Mathematics (Matematik)
Sebagai duta STEM, kami berperanan menghubungkan UPM dengan komuniti melalui program-program inovatif bagi memupuk minat dan kefahaman dalam bidang STEM, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah dan masyarakat umum.