TAJUK AKTIVITI
Bah STEM Dulu!
TARIKH
24 Februari 2026 - 3 Mac 2026
LOKASI
Universiti Malaysia Sabah
Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah sekitar Sabah serta komuniti Ranau
RINGKASAN AKTIVITI
Program STEM Kolaboratif UPM–UMS: Bah STEM Dulu! telah berlangsung pada 24 Februari hingga 3 Mac 2026 dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program ini melibatkan murid prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah serta komuniti Ranau bagi meningkatkan minat dan pendedahan terhadap STEM melalui pelbagai aktiviti interaktif.
Program dimulakan dengan taklimat, sesi suai kenal dan penyelarasan modul antara MySTEM Ambassador UPM dan MAPENSU UMS. Pelbagai modul telah dilaksanakan termasuk MySTEM Talk, STEMVenture, STEMagic, STEMarine, Shape by Shape, STEMConserve, STEMRace, STEMDance, STEMTech, STEMemorial, STEMTrails dan program khidmat masyarakat Go Green.
Aktiviti dijalankan di beberapa lokasi termasuk Prasekolah SK Rampayan, SK Pekan Ranau, Tabika KEMAS Pekan Ranau, SK Lohan, Kinabalu National Park, Kundasang War Memorial, Desa Cattle Dairy Farm, Kampung Luanti dan Poring Hot Spring.
Program berjaya memberi manfaat kepada lebih 800 murid dan komuniti di Sabah serta memperkukuh kerjasama strategik antara UPM dan UMS dalam memperkasakan pendidikan STEM.