Kaum Kadazan

Pengenalan

Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar di dalam Malaysia yang keluasannya kira-kira 73,620 kilometer persegi, ia terletak di bahagian utara Borneo di mana bersebelahan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan Negeri Sarawak di sebelah barat-daya. Menurut sejarah terdahulu, Sabah pernah diperintah di bawah kuasa Syarikat Berpiagam Borneo Utara serta dihuni oleh beberapa suku kaum peribumi iaitu penduduk asal Sabah. Kumpulan ini terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayan, Idahan, Bajau, Suluk dan lain-lain. Nenek moyang peribumi asli dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun lalu. Kaum Murut berasal dari Annam di utara Burma, Bajau dari selatan Kepulauan Filipina dan Bisaya dari kalangan kaum Hiligayamon di Filipina dan Kadazan atau Kadazan-Dusun berasal daripada perkataan “Mamasuk Sabah” yang digabungkan dua etnik iaitu Kadazan dan Dusun. Kadazan-Dusun merupakan kumpulan etnik terbesar dalam sabah.

Kaum ‘kadazan-dusun’ merupakan sebuah etnik pribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum ‘Kadazan’ dengan kaum ‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu ‘Kadazan-Dusun’. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah.Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun antaranaya ialah bisaya, bonggi, bunddu, dumpas, gana ,garo, idaan, kedayan, kimarang dan kuijau. Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-turun oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka sebagai kaum terbesar di Sabah.

Latar Belakang Kaum Kadazan

Merujuk kepada latar belakang kaum Kadazan atau Kadazan-Dusun ini merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Terdapat satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum Kadazan-Dusun ini terdapat pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kedudukan dan adat resam tradisional. Terhadap 27 suku kaum, antaranya Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Dusun Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo dan sebagainya. Kumpulan etnik ini yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun ini tinggal di kawasan pantai barat seperti di Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tambunan dan Keningau. Kawasan ini merupakan kawasan petani yang menanam padi sawah dan huma. Manakala sesetengah daripada mereka memburu serta menangkap ikan sungai.

Kebanyakkan daripada orang Kadazan-Dusun menganut agama Kristian. Bagi orang sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka pula menganut agama Islam manakala di daerah-daerah lain seperti di Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Mereka ini hidup secara kolektif dengan tinggal di dalam rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 hingga 200 orang. Wujudnya istilah Kadazan-Dusun ini dari hasil gabungan etnik Kadazan dan Dusun serta etnik-etnik kecil yang lain. Bahasa kaum ini ialah satu daripada 50 atau lebih bahasa dan lebih daripada 80 dialet di Sabah. Walaupun kaum ini terdiri daripada pelbagai kaum yang disatukan tetapi bahasa pengantar yang digunakan oleh kaum-kaum ini adalah sama dan hanya mempunyai sedikit perbezaan seperti bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Keistimewaan bagi kaum Kadazan (Kadazan-Dusun)

Terdapat juga keistimewaan bagi kaum Kadazan-Dusun ini. Antara keistimewaannya adalah makanan tradisional yang terkenal di kalangan kaum ini seperti Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun. Makanan Hinava merupakan hidangan yang dimasak tidak menggunakan api. Hinava ini dihasilkan daripada ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut. Selain itu, bahan lain dicampurkan seperti cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam. Makanan yang lain juga seperti Sup Kinoring Bakas adalah makanan yang tidak halal dan tidak boleh dimakan oleh orang Islam kerana kandungannya mempunyai daging babi. Makanan ini terkenal dan menjadi kegemaran suku kaum Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (KDMR) Sabah. Manakala Sup Manuk Lihing yang dikenali sebagai Sup Ayam Lihing dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun. Bahan bagi masakan ini ialah ayam kampung, minum keras dikenali ‘Lihing’ serta hirisan halia.

Selain itu, Keistimewaan kaum Kadazan-Dusun juga dapat dilihat melalui perayaan mereka iaitu Pesta Kaamatan (Menuai). Perayaan ini disambut mereka kerana meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh kaum lain di Sabah. Pesta ini disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Pada Kemuncak Perayaan Kaamatan adalah ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan “ketua pendeta”. Perayaan ini dikenali sebagai “Tadau Kaamatan” dalam bahasa Kadazan-Dusun. Mereka mempercayai kepada makhluk halus. Menurut kepercayaan kaum Kadazan, semangat padi merupakan Kinoigan (kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon yang disembah sebagai pencipta dan berkuasa kepada sumber kepada kewujudan. Ketika Pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak berak) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan ‘Kpivosian Tadau Kaamatan’ atau ‘Selamat Hari Menuai’.

Di samping itu, upacara Humabot juga merupakan salah satu adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang mereka apabila mendirikan rumah baru. Keluarga suku kaum ini yang mahu mendirikan rumah baru akan meminta Bobohizan (ketua pendeta) untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan. Bobohizan akan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera yang bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut. Mereka percaya bahawa roh-roh ini akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo'. Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal. Upacara Humabot ini diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan dan lima tahun selepas rumah itu dihuni.

Selain daripada makanan dan upacara, kaum ini juga terkenal dengan pakaian tradisional mereka yang unik. Pakaian tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang dikenali sebagai 'Sinuangga' yang dipakai oleh kaum wanita dan 'Gaung' untuk para lelaki. Baju ini selalunya menggunakan kain hitam(kain baldu) yang bersulamkan benang emas. Walaupun begitu, setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tradisinya. Sebagai contoh, pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan.


Rujukan