APA ITU SACAD ?

SACAD merupakan sistem atas talian yang membolehkan staf, pelajar dan pelawat Kolej Komuniti Tasek Gelugor membuat aduan atau cadangan penambahbaikkan kepada pihak pengurusan kolej. Sistem ini dikendalikan oleh Urusetia SACAD yang terdiri daripada pegawai yang telah dilantik.

KATEGORI ADUAN / CADANGAN

Hanya aduan yang melibatkan pengurusan di Kolej Komuniti Tasek Gelugor sahaja yang akan diambil tindakan selanjutnya. Ia meliputi perkara berikut:

Pengurusan Hal Ehwal Pelajar / Aktiviti Pelajar / Kebajikan Pelajar / Disiplin Pelajar

Pengurusan Akademik Pelajar/Peperiksaan

Pengurusan Latihan Industri/Alumni

Pengurusan Staf Akademik/Pensyarah

Pengurusan Staf Bukan Akademik/Sokongan

Fasiliti Kolej/Aset/Peralatan

Fasiliti ICT/Komputer/WiFi


JENIS ADUAN YANG TIDAK AKAN DITERIMA :

Aduan diluar bidang kuasa Kolej Komuniti Tasek Gelugor

Perkara-perkara di bawah bidang Kuasa: Jawatankuasa Kira-kira Awam, Badan Pencegah Rasuah, Biro Bantuan Guaman

Perkara berkenaan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan

Masalah keluarga/Peribadi

Tuntutan Berbentuk 'Civil' antara individu/syarikat

KERAHSIAAN

Segala maklumat peribadi pengadu/pengguna sistem , aduan atau cadangan yang dihantar dalam sistem ini adalah SULIT.
Hanya Urusetia SACAD sahaja yang dibenarkan menyimpan butiran terperinci pengadu/pengguna sistem.

TEMPOH MASA

Email akuan terima aduan / cadangan : 1 hari

Makluman status maklum balas secara bertulis melalui email : 14 hari

HUBUNGI KAMI

Urusetia SACAD
Kolej Komuniti
Tasek Gelugor
Lot 4812, Jalan Tasek Gelugor, Mukim 12,
13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Whatsapp / Call : +604-5731453

KEGUNAAN URUSETIA SAHAJA