Unit Penyelidikan dan Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK) diwujudkan bertujuan untuk memperkasa budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah/staf dan pelajar Kolej Komuniti. Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK) , Kolej Komuniti Pasir Salak memainkan peranan penting sebagai pusat bagi penyelarasan semua aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga Kolej Komuniti Pasir Salak. Selain dari itu, aktiviti pembentangan kertas kerja serta pameran bahan penyelidikan dan produk inovasi yang diusahakan oleh pensyarah, staf dan pelajar turut diberi penekanan.
Menentukan hala tuju pelaksanaan UPI KKPS dapat dicapai mengikut KPI JPP dan KPM yang telah ditetapkan.
Menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkormesialan (R&D&I&C) di peringkat kolej komuniti.
Mengurus serta melaksanakan aktiviti-aktiviti R&D & I&C warga akademik kolej komuniti diperingkat kolej komuniti, zon, kebangsaan dan antarabangsa.
Mengurus dan mengendalikan seminar/kolokium/konferen diperingkat kolej komuniti/zon/kebangsaan.
Memantau aktiviti pertandingan inovasi projek pelajar tahun akhir di peringkat unit dan kolej komuniti.
Menggalakkan, menyelaras dan memantau penyertaan pensyarah dan pelajar kolej komuniti di dalam seminar penyelidikan dan pertandingan inovasi diperingkat unit, kolej komuniti, zon, kebangsaan/antarabangsa.
Menyelaras dan menyimpan rekod-rekod R&D & I&C semua warga Politeknik dan Kolej Komuniti secara hard-copy / digital mengikut bidang /klaster.