SELAMAT DATANG KE KOLEJ KOMUNITI MANJUNG
MATLAMAT
Pelan Tranformasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti mensasarkan Kolej Komuniti diiktiraf sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknik dan vokasional pada peringkat serantau, 85 peratus graduan Kolej Komuniti bekerja (termasuk melanjutkan pelajaran) dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian dan 50 peratus lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak, memilih Kolej Komuniti sebagai pilihan pertama.
OBJEKTIF
Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Kolej Komuniti Manjung dengan Industri.
Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan Kolej Komuniti Manjung.
Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan Kolej Komuniti Manjung.
Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya, perancangan dan persediaan graduan Kolej Komuniti Manjung ke alam pekerjaan.
Menyelaras penempatan latihan pelajar Kolej Komuniti Manjung ke industri.
Menyelaras kajian pengesanan graduan dan alumni Kolej Komuniti Manjung.
LATIHAN INDUSTRI
Menyelaras latihan industri pelajar, data profil industri dan pelajar yang menghadiri latihan industri.
KOLABORASI
Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Kolej Komuniti dengan Industri.
GRADUAN
Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan Kolej Komuniti.
ALUMNI
Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan.