“Empowering Innovation, Driving Commercialisation”
“Empowering Innovation, Driving Commercialisation”
Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan suatu pendekatan dalam pendidikan yang diterajui industri dengan hala tuju menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri. Sistem pendidikan ini digubal berteraskan matlamat menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi negara maju. Matlamat dalam pendidikan TVET adalah melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam penyelidikan gunaan, pembangunan produk inovasi dan pengkomersialan. Matlamat ini perlu direalisasikan melalui penghasilan produk dan perkhidmatan yang berpotensi untuk dikomersialkan secara holistik. Sehubungan itu, pertandingan pengkomersialan POLYCC yang merupakan penganjuran bagi tahun ke lima atau dengan nama singkatannya iaitu POLYCCOM 2026 adalah landasan terbaik bagi mencapai hala tuju pengkomersialan yang disasarkan dalam Pelan Strategik JPPKK
KATEGORI I:
PERALATAN MESIN, PEMBINAAN & BAHAN
KATEGORI 2:
ELEKTRIK & ELEKTRONIK
KATEGORI 3:
MULTIMEDIA & ICT
KATEGORI 4:
IoT, IR4.0, AI
KATEGORI 5:
TEKNOLOGI MAKANAN
KATEGORI 6:
REKABENTUK, SENI & KREATIF
KATEGORI 7:
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
KATEGORI 8:
PRODUK HIJAU, PERTANIAN & ALAM SEKITAR
KATEGORI 9:
PENJAGAAN KESIHATAN & KECANTIKAN