Tahniah dan syabas atas kejayaan anda dipilih untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mengalu-alukan kedatangan anda ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman.
TARIKH-TARIKH PENTING PENDAFTARAN PELAJAR
CARTA ALIR PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I 2023/2024
KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI
Nota:
Semua bayaran yang dinyatakan perlu dijelaskan berdasarkan kaedah bayaran seperti di atas.
Sila simpan bukti pembayaran / resit JOMPAY dan dibawa pada masa hari pendaftaran.
Sila catatkan nama, no. kad pengenalan dan program anda di belakang setiap keping Kiriman Wang. Semua pembayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan sekiranya anda berhenti pengajian di Kolej Komuniti.
Kiriman Wang boleh dibeli di mana-mana Pejabat Pos berhampiran. Rujuk Panduan Mengisi Borang Kiriman Wang.
DOKUMEN PENDAFTARAN
*Semua dokumen di atas perlu diserah tangan semasa hari Pendaftaran Pelajar Baharu.
LOKASI PENDAFTARAN PELAJAR
PENGINAPAN PELAJAR
Terdapat enam (6) buah Kolej Komuniti (KK) yang menyediakan kemudahan asrama iaitu KK Gerik, KK Paya Besar, KK Rompin, KK Jelebu, KK Segamat 2 dan Langkawi Tourism Academy @ KK Langkawi.
Kolej Komuniti Bandar Darulaman TIDAK menyediakan penginapan / asrama. Walau bagaimanapun, pihak Kolej Komuniti akan bersedia membantu dalam urusan penginapan pelajar / rumah sewa.