Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan larian.
1. Bila tarikh larian bermula
⁃ Larian ini boleh bermula dari 30 Mei sehingga 6 Jun 2021
2. Bagaimana ditentukan pemenang
⁃ Pemenang akan ditentu berdasarkan catatan masa yeng terbaik berdasarkan kategori masing-masing.
3. Bolehkah saya kumpul jumlah larian saya
⁃ Ya boleh. Anda dibenarkan untuk mengumpul hasil larian anda ataupun menamatkan terus larian anda.
4. Dimanakah tempat larian
⁃ Tempat larian adalah bebas, para peserta boleh berlari di mana saja asalkan menjaga sop yang dibenarkan. Larian di atas treadmil TIDAK DIBENARKAN.
5. Bagaimana pengukuran jarak larian
⁃ Para peserta boleh menggunakan applikasi Strava ataupun mana-mana aplikasi larian yang boleh menggukur jarak larian anda.
6. Jika jarak larian saya lebih dari 10KM bolehkah saya mengubahnya.
⁃ Ya, anda boleh "Crop" jarak larian anda ke 10KM sekiranya jarak larian anda lebih dari 10KM. (Hanya pengguna Strava)
7. Jika saya pelajar sekolah tidak mempunyai telefon ataupun alatan untuk mengukur jarak larian saya, apakah tindakan saya.
⁃ Anda boleh meminta bantu daripada ibubapa/penjaga/guru untuk menentukan jarak larian anda. Pastikan bukti larian dihantar lengkap mempunyai jumlah jarak larian, jumlah masa dan peta larian. "Aktiviti Manual" adalah tidak dikira.
8. Apakah tindakan selepas saya tamat larian
⁃ Para peserta hendaklah menghantarkan bukti larian sama ada dalam bentuk gambar atau sebagainya.
9. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar bukti larian
⁃ Bukti larian boleh di hantar dengan cara screenshot hasil larian anda dari aplikasi Strava yang digunakan kemudian hantar. Masukkan jumlah masa larian anda sejauh 10KM di dalam Google Form tersebut.
10. Bagaimanakah cara pemenang ditentukan.
⁃ Pemenang akan ditentukan dengan masa yang diperuntukan dalam jarak 10KM. Boleh rujuk syarat-syarat larian untuk penentuan pemenang.