Laman ini memaparkan pelbagai fakta dan pengetahuan umum yang pastinya berguna kepada anda semua! Maklumat menarik dan berfakta dari pelbagai bidang akan kami kongsikan di sini. Jika anda mempunyai fakta untuk dikongsi, kami amat mengalu-alukan perkongsian anda melalui borang yang telah kami sediakan di page "Share". Segala sokongan anda amat kami hargai.
Mulut bukan berfungsi untuk makan,minum dan bercakap sahaja. Malah,mulut juga menghasilkan sekitar 1 liter air liur setiap hari. Air liur berfungsi menjadi bahan pelincin, penyeimbang nilai pH serta membantu proses penghadaman kita! Walaupun seseorang sedang tidur, ia tetap menghasilkan serta merembeskan air liur dengan kadar 0.1 mililiter/minit. Jangan terkejut jika anda bangun pagi dengan air liur basi yang melekat di atas bantal!
Kini, telefon merupakan satu alat yang banyak membantu kehidupan manusia. Seiring dengan perkembangan teknologi, penciptaan telefon dilihat semakin canggih hari demi hari. Namun begitu, tahukah anda siapakah insan pertama yang menjadi pemula terhadap penciptaan telefon ini ? Ya, Alexander Graham Bell orangnya. Beliau merupakan seorang saintis, pencipta dan pembawa pembaharuan. Tokoh kelahiran Scotland ini mendapat ilham untuk berkecimpung dalam bidang telekomunikasi daripada keadaan ibunya yang mengalami masalah pendengaran sejak beliau masih kecil.
Berbekalkan usaha dan minatnya, beliau telah menjadi antara salah satu orang yang paling dihargai di dunia.
Whatsapp semestinya tidak asing lagi dengan pengguna di Malaysia. Aplikasi yang dikelola oleh syarikat Facebook ini meraih seramai 320,000 pengguna mingguan dan menjadi medium sosial media yang terhangat.
Aplikasi ini merupakan saingan terbesar bagi aplikasi lain seperti WeChat, Line, Talk dan Telegram. Anda pasti pernah menggunakannya bukan?
Bendera Nepal sememangnya unik. Terdapat tiga teori penyebab bendera negara mereka berbentuk segi tiga :
1) Melambangkan negara di kawasan pergunungan (Pergunungan Himalaya)
2) Nepal mengekalkan standard bentuk bendera kerajaan Hindu dan Buddha di kawasan Asia yang digunapakai sejak dahulu kala.
3) Membuktikan kewujudan dua dinasti yang pernah berkuasa di Nepal iaitu Dinasti Shah dan Dinasti Rana.
Menggelengkan kepala menandakan anda untuk tidak bersetuju, sedangkan menggangguk untuk setuju. Uniknya, hal tersebut berlaku sebaliknya di negara Albania. Mereka menyetujui sesuatu dengan cara menggelengkan kepala, dan menolak sesuatu dengan mengangguk.
Bagaimana hal ini terjadi? Menurut Amanda Harris, direktur eksekutif dari Honey and Pollination Center, University of California mengatakan bahawa madu memiliki sifat hidroskopik atau tidak memiliki kadar air yang tinggi. Oleh itu, mikroorganisma susah untuk membiak di dalam madu. Jadi jangan risau akan teori madu basi anda!
Kita dapat lihat bagaimana ikan hiu mengunyah makanan dalam masa yang singkat menggunakan giginya yang tajam. Tapi tahukah anda bahawa Ikan hiu kehilangan gigi lebih dari 6000 buah setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam. Menarik bukan?
Kelahiran seseorang kerap disambut dengan istilah ulang tahun atau hari lahir. Namun, hal tersebut tidak berlaku di Kemboja, sebagaimana tradisi yang berlaku. Kesannya, majoriti orang tua tidak tahu apa itu ulang tahun.
Kita tahu bahawa salur darah memainkan peranan penting untuk mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui darah kita. Walaupun saiz diameternya terlalu kecil dan halus, siapa sangka panjangya melebihi 96,000 km.
Menariknya lagi, nilai tersebut sama dengan 2 kali lilitan Bumi. Wau,panjangnyaa!
Semut dapat mengangkat Beban 50 kali tubuhnya. Bagaimana hal ini terjadi? Semut kecil atau serangga lain mempunyai kelebihan kekuatan kerana nisbah luas permukaan dan isipadu yang lebih besar. Otot semut mempunyai beban yang cukup kecil yang diperlukan untuk mengangkat tubuhnya sendiri, meninggalkan banyak kekuatan otot untuk menggerakkan objek lain.
Mesti anda tidak menyangka keluasan sebenar taman negara di Malaysia bukan? Tahukah anda, ia mempunyai keluasan 4343km persegi sama dengan 7 kali ganda negara Singapura. Menakjubkan!