BAYARAN YURAN INI ADALAH MELALUI APLIKASI DIDIK DIGITAL (E-WALLET MySAKBA)
1. Install aplikasi Didik Digital (App Store / Play Store)
2. Setelah berjaya log masuk, tekan Murid.
3. Tekan Senarai Murid
4. Tekan Tambah Jagaan
5. Pilih Kad Pengenalan, masukkan no.kp anak, tekan Lihat Profil Murid
6. Tekan + dan OK.
7. Tekan Utama
8. Tekan Kutipan
9. Pada Tertunggak, tandakan yuran [KOOP2025], tekan Bayar Kutipan
10. Masukkan No.PIN (Kemaskini no.PIN jika belum)
Soalan: Berkenaan mata pelajaran ASK Dan RBT, pelajar perlu ambil mata pelajaran yg dipelajari masa di sek harian atau blh buat pemilihan lain?
Jawapan: Boleh pilih semula antara ASK & RBT.
Namun, jika pilih kelas dual programme language (DLP), hanya boleh pilih RBT sahaja.
Soalan: Bagaimana dgn kelas DLP? Pelajar perlu buat permohonan & ujian atau ikut aliran sekolah sebelum ni.
Jawapan: Perlu mohon semula di sakba
Soalan: Untuk pembayaran...duit nt tinggal dekat anak2 ka?
Jawapan: Semua bayaran adalah secara atas talian (online).
Yuran Asrama
Bayaran dengan kaedah transfer online. Muat naik bukti bayaran di dalam borang pengesahan di Laman Waris.
Yuran PIBG & Yuran Koperasi
Bayaran dengan menggunakan aplikasi Didik Digital iaitu e-wallet MySAKBA.
1. Pastikan Play Store anda telah login.
2. Install aplikasi Didik Digital (App Store / Play Store)
3. Tambah Pelajar Jagaan
4. Pilih Kad Pengenalan, masukkan ic anak, tekan Lihat Profil Pelajar
5. Tekan Tambah Jagaan
6. Tekan Home, Tekan Kutipan
Nota: Bayaran dengan kaedah e-wallet tidak perlu muat naik bukti pembayaran
Soalan: Anak saya d Badlishah dpt ASK....tp mate & sains diajar dlm BI.
Jawapan: Itu atas pengurusan sekolah.
Di sakba, DLP hanya dibuka kepada RBT.
Soalan: Peraturan sbp ni ank2 dbenar kn pulang kerumah sebulan sekali @mcmana ya?
Jawapan: Betul.
Dalam 1 bulan hanya boleh Pulang Bermalam (PBM) 1 kali sahaja.
Walau bagaimanapun, ia tertakluk makluman terkini dari KPM dan pihak sekolah.
Soalan: Face mask parents kena sediakan untuk anak2 ke? Hand sanitizer?
Jawapan: Kami ada juga sedia face masuk dan hand sanitizer. Namun ia hanya untuk tujuan kecemasan sahaja.
Soalan: Jika anak saya telah mendapat BKP dari sekolah terdahulu..adakah sama disekolah ini juga?
Jawapan: Anak yang sedia dapat, akan teruskan di sekolah ini.
Soalan: Filem x ray xperlu serah ka ckgu? Ada bc dlm panduan.
Jawapan: Tak perlu cuma laporan kesihatan sahaja
Soalan: Sijil2 asal pon nak ka, kna tinggal pada ank ka?
Jawapan: Sijil asal bawa balik.. Pihak sek hanya perlu salinan saja..
Soalan: Bagi murid tingkatan 1 bagaimana hendak mengetahui status murid sama ada dapat Projek Khas atau tidak? Sebelum ini masa pendaftaran akan di beritahu. Bagaimana pula status biasiswa? Sekiranya semasa sek belum dibuka mereka telah mengisi borang permohonan di sek lama.
Jawapan: Tiada lagi status projek khas dlm surat tawaran seperti sebelum ini.. Waris kena mohon utk dptkan status projek khas. Borang dan maklumat berkaitan telah dimasukkan dlm laman waris. Boleh rujuk di situ..
Berkaitan biasiswa, tunggu status permohonan yg dah dibuat di sek lama sama ada lulus atau tidak.. Jika lulus, biasiswa tersebut akan diteruskan di SAKBA..
Soalan: Rekod kesihatan murid terdahulu nak dapatkan dari mana yea?
Jawapan: Dari sekolah rendah
Soalan: Blh guna buku tulis sekolah lama?
Jawapan: Set buku tu tak banyak.. cuma beberapa keping sahaja.. boleh guna buku sekolah lama.
Soalan: Sijil2 asal kna tinggal pada ank ka?
Jawapan: Sijil asal bawa balik.. Pihak sek hanya perlu salinan saja.
Soalan: Borang akuan ibubapa nak isi siap2 ka atau di hadapn saksi sekolah ?
Jawapan: Isi siap2
Soalan: ASK tu aliran apa yer? Bagaimana pula dengan DLP?
Jawapan: ASK adalah singkatan kpd mata pelajaran ASAS SAINS KOMPUTER.
Manakala RBT adalah singkatan kpd mata pelajaran REKA BENTUK & TEKNOLOGI.
Kedua2 mata pelajaran ini menggantikan mata pelajaran KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU bermula 2017.
Namun, ASK & RBT adalah pilihan wajib (satu sahaja) kpd semua murid menengah rendah.
Setiap tingkatan di SAKBA ada 6 kelas. DLP hanya 1 kelas bagi setiap tingkatan.
DLP Menengah Rendah: 1 kelas RBT dan 2 kelas RBT tanpa DLP. 3 kelas ASK semuanya tanpa DLP.
DLP Menengah Atas: 1 kelas yg dibawa dari menengah rendah.
Soalan: Utk ambik kelas rbt @ ask ditentukan oleh sekolah ker?
Jawapan: Kita utamakan pilihan daripada waris dan anak. Melalui borang akuan kebenaran penyertaan DLP.
Soalan: Buku teks kena bawak ya? Mcm mana klu yg dah sek lama mintak ya?
Jawapan: Jika sek lama minta pulangkan buku teks, ikut arahan di sana, kalau sek lama beri kebenaran untuk bawa buku teks, boleh je bawa, takde masalah.
Soalan: Barang keperluan dr koperasi murid2 yg uruskan?
Jawapan: Akan dibantu dgn murid senior.
Soalan: Saya nk tanya name tags nk buat di Koperasi atau boleh tempah kt luar?
Jawapan: Nametaq buat sendiri di luar.. Ikut standard nametaq kakitangan kerajaan..
Soalan: Nametag ni nk letak nama penoh ka?
Jawapan: Ikut kesesuaian.. Jika nama anak pendek boleh letak nama penuh.. Jika nama anak panjang.. Kena tanya anak dia suka nama yang mana satu nak letak di nametag..
Soalan: Barang2 dlm senarai keperluan murid lelaki yg bertanda *cth t-shirt putih dll takde dlm senarai yuran koperasi, nak kna bli asing ka?
Jawapan: Beli asing
Soalan: Klu pakai seluar ketat kat dlm.x pakai kain dalam boleh x?
Jawapan: Kita nk elak nmpk bentuk kaki.. Kalau seluar boleh nmpk jugak bentuk kaki..
Soalan: Utk pendftran baharu tingkatan 1 pakai Baju apa Ya?
Jawapan: Mohon pakai baju seragam sekolah ya.
Soalan: Baju T-shirt berkolar untuk murid lelaki....boleh ke color lain dari putih?
Jawapan: Yang putih utk program rasmi sekiranya belum ada tshirt rasmi sekolah.. Utk prep, boleh color lain.. Asalkan tiada lambang-lambang yang boleh dipertikai.
Soalan: Baju kemeja untuk murid lelaki....boleh ke color lain dari putih?
Jawapan: Tidak diwajibkan. Namun ada ketikanya, majlis tertentu perlukan murid berkemeja. Warna boleh selain putih.
Soalan: Tali leher untuk murid lelaki?
Jawapan: Telah sedia tali leher yang dibeli dari koperasi. Jika perlukan tali leher lain, boleh dibawa. Akan tetapi, pemakaian tali leher selain dari tali leher sekolah adalah tidak dibenarkan semasa hari sekolah kecuali jika ada majlis-majlis tertentu.
Soalan: Seluar slack hitam utk pelajar lelaki kena beli yg cotton ke licin ya?
Jawapan: Seluar material dan jenis jeans/ala jeans/slim fit/cargo pants/skinny/carrot/semi-carrot/bootcut tidak dibenarkan..
Soalan: Tudung putih & berwarna, adakah tudung tiga segi berjahit atau tudung bawal?
Tudung bermalam & keluar bandar tu ada tulis tudung putih dan berwarna...klu tudung bawal bercorak tu blh ka...@ tudung hitam serlum kosong?
Jawapan: Kita byk guna tudung putih dan hitam sekolah.. Utk tudung berwarna adalah mengikut keadaan, situasi, dan tema program.. Tudung serlum hitam byk guna utk aktiviti harian yg xrasmi..
Soalan: Di asrama ada sediakan iron dan washing machine tak?
Jawapan: Kedua-duanya ada.
Soalan: Kalau nk guna mesin basuh mcmana caranya? Kena guna coin ke atau percuma? Maaf, anak sulung.. Tak ada pengalaman.
Jawapan: Tidak perlu lagi coin...Sudah dibayar dalam Yuran PIBG (Dobi).
Mesin basuh beroperasi lebih kurang sama seperti di rumah.
Soalan: Saya dapat info dr office dobi dibenarkan oleh saudara jika ada yg tinggal berhampiran.
Jawapan: Bilangan mesin basuh adalah mencukupi utk semua murid gunakan dan sepatutnya tiada masalah berkenaan dobi.
Murid perlu uruskan sendiri sahaja.
Soalan: Utk bahagian Dobi..Sabun murid bawak sendiri atau disediakan?
Jawapan: Sabun bawa sendiri, kita syorkan sabun cecair bukan serbuk.
Sekolah tidak sediakan sabun pencuci pakaian.
Soalan: Bantal kn bawa sendiri ke?
Jawapan: Ya, perlu bawa sendiri. Namun, sekolah akan sediakan bantal kpd sesiapa yg tidak membawa bantal. Cuma bantal itu agak uzur sedikit.
Soalan: Beg n luggage barang mcm mana simpan yer? Parent bwk blk @ ada bilik stor utk simpan?
Jawapan: Kita ada bilik untuk simpanan beg dan luggage untuk murid2 simpan.