FAQs
Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Kemaskini terkini 12 Mac 2025, 7:40 am.
Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Kemaskini terkini 12 Mac 2025, 7:40 am.
Ya. Murid SAKURA lelaki dan perempuan menggunakan seluar hitam dan kain hitam bukan olive green. Terdapat ralat makluman di dalam Buku Tawaran Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh.
Adakah tanda nama murid (hitam) perlu di adakan sebelum pendaftaran?
Jika murid sudah memiliki tanda nama hitam, mereka boleh terus menggunakannya. Jika belum ada, pihak sekolah memahami situasi ini dan murid boleh mendapatkannya dalam tempoh yang sesuai.
Keperluan penggunaan Baju-T putih seperti di dalam senarai semak.
Keperluan menggunakan baju t-shirt berkolar adalah bagi murid yang tiada t-shirt berkolar sekolah dan t-shirt berkolar sistem rumah (contoh Koperasi kehabisan stok size berkenaan) dan juga untuk keperluan mendesak jika berkeperluan.
Pakaian pulang bermalam?
Murid pulang bermalam akan menggunakan baju Koporat SAKURA. Boleh rujuk di video untuk pakaian pada hari Jumaat. https://www.youtube.com/watch?v=CVOSuZNUzAM
Adakah di wajibkn murid non-Muslim memakai baju melayu berwarna lengkap?
Penggunaan baju melayu adalah semasa waktu prep malam, namun untuk non-muslim dibenarkan untuk memakai baju t-shirt berkolar. Boleh rujuk video pemakaian https://www.youtube.com/watch?v=OipqOqmy5pc
Adakah salinan pelaporan petaksiran bilik darjah, psikometrik dan pelaporan pajsk untuk Tahun 6 sahaja yang diperlukan semasa pendaftaran?
Ya, selain daripada itu mohon sediakan juga semua keperluan dari Perkara 1 hingga 12 seperti yang terdapat menu utama "Senarai Semak Keperluan Semasa Hari Pendaftaran" & "Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Kegunaan Pihak Sekolah". Jumlah keseluruhan semua dokumen yang diperlukan adalah 12.
Selain dari pembelian barangan asrama dan juga buku di koperasi, adakah ada bayaran lain yang perlu dijelaskan pada hari pendaftaran?
Boleh rujuk untuk bayaran dan SOP Yuran PIBG pada pautan https://drive.google.com/file/d/1b6-MAB17DY9ed1dOAtUbLAW-Nn0Pguzz/view?usp=sharing
Bolehkah sekiranya ibubapa dibenarkan untuk membeli barangan di koperasi dengan lebih awal? Pembelian lebih awal barangan di koperasi akan memudahkan ibubapa untuk menyediakan pakaian/barangan tersebut dengan menulis atau menampal nama pelajar terlebih dahulu.
Ketetapan pembelian barangan koperasi pada Hari Pendaftaran 18 Februari 2025. Pihak sekolah akan memberikan masa untuk murid baharu menyesuaikan diri di SAKURA terlebih dahulu semasa Minggu Silaturahim. Pengurusan SAKURA akan memberikan pertimbangan tempoh masa yang secukupnya untuk melengkapkan pakaian/barangan tersebut jika berkeperluan. Justifikasi nya adalah kita memberi ruang masa kepada Koperasi SAKURA untuk melengkapkan kelengkapan anak-anak SAKURA yang sedia ada dahulu.
Adakah murid SAKURA boleh menggunakan kasut bertali?
Jika tuan/puan sudah dan telah membuat persiapan kasut bertali boleh teruskan sahaja. Rasional penggunaan kasut tidak bertali adalah bagi memudahkan pergerakkan dan keselamatan anak-anak di sekolah. Jika belum membuat pembelian kasut, dibenarkan untuk menyiapkan anak-anak dengan kasut hitam tidak bertali.
Senarai Barang Keperluan Buku Dan Asrama/Sekolah 2025
Rujuk pada https://drive.google.com/file/d/1KqrSP4diVc7M2gResarkiCXpqGjVNrnT/view dan pastikan mencetak borang tersebut dan di bawa bersama semasa Hari Pendaftaran kelak. Pembayaran secara tunai dan atas talian boleh di buat semasa Hari Pendaftaran.
Pada sistem permohonan atas talian (online), sekiranya permohonan anda diterima,
klik butang “TERIMA” sebagai pengesahan penerimaan;
klik butang “CETAK” untuk mendapatkan surat tawaran, borang-borang berkaitan dan senarai keperluan pendaftaran.
Adakah anak saya perlu mendaftar di sekolah tadahan dahulu atau terus sahaja mendaftar di SAKURA pada 18 Februari 2025?
Jika sudah menerima surat tawaran ke SAKURA, terus mendaftar di SAKURA pada 18 Februari 2025 dan maklum kepada sekolah tadahan anak telah berjaya ditempatkan di SAKURA.
Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut.
Ya. Di SAKURA murid bukan Islam akan menggunakan baju melayu pada setiap hari Jumaat lengkap dengan samping dan songkok. Samping ada di jual di Koperasi SAKURA.
Beli di kedai Tung Shing Trading Co,Matang Jaya atau di India Street. Pakaian uniform kokurikulum boleh di beli kemudian setelah penetapan kokurikulum murid dimaklumkan.
Rayuan dalam semakan tawaran PKSK hanya bagi calon yang telah menduduki PKSK tetapi tidak berjaya mendapat tawaran. Yang tidak pernah menduduki PKSK, tidak dapat membuat rayuan. Yang ada mendapat tawaran, tidak dapat membuat rayuan.
TIDAK BOLEH.
i. Murid yang ditawarkan ke Sekolah Agama A tidak boleh mohon tukar ke Sekolah Agama B.
ii. Murid yang ditawarkan ke Sekolah Sains A tidak boleh mohon tukar ke Sekolah Sains B.
iii. Murid yang ditawarkan ke Sekolah Agama A tidak boleh mohon tukar ke Sekolah Sains A.
Jika anak tuan/puan menerima tawaran Sekolah Khusus di luar Sarawak, ini adalah kerana tuan/puan telah menerima tawaran pertukaran murid ketika Program Cakna Yayasan Sarawak pada Disember 2024 yg lepas. Jika tawaran ini ditolak, anak tuan/puan tidak akan menerima tawaran sekolah khusus yang lain di Sarawak.