SMK [FAST & FURIOUS] LUI BARAT TELAH DILANTIK SEBAGAI RAKAN ELIT [RE] TS25
1. Apa maksudnya RE?
LB akan jadi rujukan sekolah-sekolah di JJ yang akan jadi TS25 sepenuhnya pada tahun 2023. LB kena faham, mahir dan melaksanakan TS25. Sekolah-sekolah di JJ akan belajar dari kita. Fuh! Kita sahut cabaran dari KPM dan kita buat secara kolektif. Kita bersatu pasti jadi kuat.
2. LB TS25 ke?
Ya, kohort 5. Telah dilaksanakan bermula di Julai tahun 2020. Sehingga sekarang kita telah melalui latihan dan telah melaksanakan 8/ 10 Modul TS25.
3. Apa TS25 ni?
Ingat, Hafal, Faham dan Laksana Matlamat & Hala Tuju LB: SALAM TRANFORMASI L10, G63 BERKUALITI, PEMBELAJARAN BERMAKNA & KESATUAN KOMUNITI MEMPRESTASIKAN KEMENJADIAN M628 & SEKOLAH BERKESAN. #UnggulPrestasiSMKfLuiBarat47220
L10, G63, M628, AKP, PIBG, Sarana, AKP, Pekerja Pembersihan, Pengawal Keselamatan, Pekerja Dapur asrama, ibu ayah semua kena ingat, hafal dan faham. # ialah pencapaian GPS SPM terbaik. Kita perlu mengatasi pencapaian ini.
4. Tak berapa nak faham. Apa tu? Boleh ringkaskan?
4.1 L10 [10 Leader] ialah Pengetua, Penolong- Penolong Kanan, 4 Guru Kanan Mata Pelajaran, 1 Penyelaras PPKI Dan 1 Unit UBK. Memimpin LB untuk menggapai TS25.
4.2 G63 mewakili jumlah guru dari pengetua hinggalah kesemua guru LB iaitu sekarang 63 orang. Kita memang telah berKUALTI. Kita memang tahu apakah ciri-ciri Guru Berkualiti. Padukan lagi dan kita buat;
4.3 PEMBELAJARAN BERMAKNA [PB]?
PdPr, PdPc, eRPH, SKPMG2 S4, PBD termasuk pembelajaran luar bilik darjah bermakna dan memberi kesan mendalam kepada murid kita;
4.4 KESATUAN KOMUNITI [KK]? SIAPA MEREKA?
PIBG, Sarana, AKP, Pekerja Pembersihan, Pengawal Keselamatan, Pekerja dapur asrama, ibu ayah dan Pemegang Taruh [Warga pendidikan, KPM, JPNS, PPD, Pegawai Mesra Sekolah, Pegawai Perhubungan Sekolah, Bank CIMB, RHB, Bank Rakyat, NGO, YB, YAB dan semua agensi yang boleh membantu kita]. Mereka ini semua kena faham bahawa LB ialah TS25 dan perlu berperanan membantu kita untuk menjayakan matlamat KEMENJADIAN MURID.
4.5 MEMPRESTASIKAN KEMENJADIAN M628 & SEKOLAH BERKESAN?
Bila mantap G63, PB & KK maka murid [M628, jumlah murid kita sekarang] kita menJADI kurikulum, sahsiah & kokurikulumnya. Semua akan melambangkan amalan-amalan SEKOLAH berkualiti iaitu kecemerlangan yang bersifat lebih global iaitu SEKOLAH BERKESAN.
5. Kami faham tentang peranan G63 dan M628. Tapi kalau pembersihan, pengawal keselamatan dan tukang masak asrama, apa kaitan dengan TS25?
Terbaik. Contohnya, Pengawal Keselamatan mengawal murid keluar masuk sebenarnya melatih murid menjadi manusia berdisiplin atau mengambil peluang menasihati murid yang hadir lewat untuk hadir awal. KBK umpamanya menggalakkan murid menjaga kebersihan luar bilik darjah atau Tukang Masak yang mengawal murid asrama ketika mengambil makanan. Semuanya menyumbang kepada kemenjadian murid TS25.
6. #UnggulPrestasiSMKfLuiBarat47220?
Halatuju sekolah iaitu mengatasi pencapaian GPS SPM 2020 iaitu 4.72
7. L10, G63 dan M628? Adakah nanti berubah angka-angka ini seperti jumlah murid umpamanya?
Ya. Akan berubah mengikut keadaan semasa. Kita hendak memberi penghargaan dan kebersamaan kepada setiap warga sekolah untuk menjayakan TS25. Bila disebut 623, bermakna murid akan sedar bahawa mereka wujud dalam TS25 LB. Peranan mereka amat diperlukan.
8. Mampukah kita nak jayakan?Perkataan-perkataan kayangan yang nak diingat dan nanti menambah beban sedia ada?
PASTI MAMPU KITA JAYAKAN SECARA JAMA'I. Sebenarnya keseluruhan yang dinyatakan di atas adalah KERANGKA TS25. Sebenarnya hampir semua kerjabuat kita menjalankan tanggungjawab ialah TS25. Pada banyak keadaan, kita tidak menyedari pun itu ialah TS25. Sebagai contoh, eRPH yang sedang kita laksanakan merupakan Modul 7 DTR [Digital Tools & Resources]. Lain-lain contoh, PBD yang dari dulu kita buat, sebenarnya Modul 8 TS25. Pasti akan menambah motivasi dan keseronakkan kita bekerjaya sebagai guru. Matlamat kita ialah kemenjadian anak-anak kita.
9. Kerangka TS25? Ada kerangka ya?Matlamat & Halatuju LB iaitu SALAM TRANFORMASI L10, G63 BERKUALITI, PEMBELAJARAN BERMAKNA & KESATUAN KOMUNITI MEMPRESTASIKAN KEMENJADIAN M628 & SEKOLAH BERKESAN. #UnggulPrestasiSMKfLuiBarat47220 merupakan kerangka TS25.
Begini: KEMENJADIAN MURID & SEKOLAH BERKESAN boleh dicapai apabila 1. PEMIMPINNYA BERKUALITI, 2. GURU-GURUNYA BERKUALITI [Bila Guru Berkualiti maka PEMBELAJARAN MURID akan berkesan melalui Pengajaran & Pembelajaran] dan 3. Penglibatan PIBG & KOMUNITI membantu sekolah. Itulah kerangka TS25.
10. Ada disebut tentang Modul TS25. Berapa modul?
TS25 ada 10 Modul. LB telah melalui latihan dan pelaksanaan 8 Modul. Setiausaha TS25 ialah Cikgu Mastura bt Mohd Mokhtar. Tahun 2022 akan diselaraskan oleh Cikgu Nur Huda bt Sajot [GKMP Sains & Matematik].
Modul 1: Coach & Mentor [CM]Modul 2: Menerajui Kepimpinan [MK]Modul 3: Menerajui Pembelajaran [MP]Modul 4: Persekitaran Pembelajaran Profesional [P3X]Modul 5: Penilaian [P]Modul 6: Kefahaman Melalui Rekabentuk [KMR]Modul 7: Digital Tools & Resources [DTR]Modul 8: Pentaksiran Bilik Darjah [PBD]
RingkasanModul 1 & 2: Fokus Kepimpinan SekolahModul 3 & 4: Fokus Pedagogi GuruModul 5: Refleksi Modul 1-4Modul 6, 7 & 8: Fokus Kemenjadian Murid
11. Payah nak ingat?
Jom kita gunakan akronim ini
CiuM, MaK, Manis Pipi, Peluk 3X, Pi, KaMaR, Dan, TeR, Pandang Bilik Datuk.CM, MK, MP, PPP, P, KMR, DTR, PBD
12. Di mana boleh dapat maklumat lanjut tentang TS25?
12.1 Delima12.2 Portal Rasmi SMK[F] Lui Barat12.3 YouTube12.4 Pejabat L1012.5 Pejabat TS25 12.6 Laman Web KPM12.7 Laman Web Penulisan TS25
13. Trafic Light?
Selain digunakan Traffic Light di dalam PdP, digunakan sebagai salah satu tingkahlaku TS25. Apabila L10, Pemimpin Pertengahan atau Pemegang Taruh bertanya kepada guru tentang pemahaman sesuatu perkara tentang TS25, guru bolehlah menjawab MERAH [tidak faham], KUNING [sedang memahami] dan HIJAU [telah faham dan bersedia untuk laksana]. Terbaik. 14. Jelas Semua?MERAH? KUNING? HIJAU
15. Boleh berjaya ke?
Pasti Boleh Berjaya apabila G63 berkualiti, Pembelajaran Berkesan, PdP Berkesan dan Sokongan Komuniti yang akan mencemerlangkan murid. Maka matlamat Sekolah Berkualiti akan dapat dicapai.Terima kasih.
PengetuaSMK [F] Lui Barat 4.72/2012.52pm. 23 APRIL 2022