As-salamualaikum dan salam sejahtera...
Kerajaan telah mengisytiharkan PKP yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020. Berdasarkan keadaan semasa dan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19, Kerajaan telah mengisytiharkan lanjutan PKP bermula 1 April hingga 14 April 2020.
Pihak SMK Lui Barat telah menyediakan portal E-Pembelajaran yang boleh digunakan oleh semua pelajar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Diharapkan laman ini dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa dan khasnya murid-murid bagi mengisi masa dengan pembelajaran.
Semua pautan yang terdapat di dalam portal ini adalah berdasarkan pelbagai pelantar pembelajaran yang bersesuaian dalam talian selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Google Classroom, buku teks digital, EduwebTV, Edpuzzle, Quizizz, Kahoot dan aplikasi lain yang bersuaian. Sumber pautan boleh di rujuk pada muka akhir lama ini. Terima kasih.
Jika anda mempunyai pertanyaan boleh hubungi guru anda atau jika memerlukan khidmat bantu ict sila hubungi unit ict SMK Lui Barat.