LAMAN INI DIBANGUNKAN UNTUK MEMUDAHKAN PELBAGAI PIHAK DALAM MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN SMK BAHAU.


Assalamu’alaikum WRT dan Salam Sejahtera, 

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Nabi   Muhammad SAW 


 Pertamanya, marilah bersama kita mengucap syukur di atas nikmat dan  anugerahNya kepada kita kerana Dia masih memilih kita untuk menabur bakti  dan jasa terhadap anak bangsa yang akan menjadi pemimpin dan penerus  wawasan negara pada masa akan datang. 


 Kasih dan sayang merupakan satu perasaan dan amalan yang sangat penting dijadikan tunjang  dalam apa sahaja perkara yang dilakukan di sekolah ini. Setiap insan dilahirkan dari perkongsian

kasih sayang dan sangat memerlukannya dalam apa jua bentuk sepanjang kehidupan. Adalah  menjadi tanggung jawab semua peringkat sama ada murid , guru , pentadbir , pekerja sokongan 

dan juga ibu bapa untuk mengutamakan amalan sekolah penyayang. Pada amalannya, perasaan  sayang yang ada pada semua orang akan melahirkan murid yang rajin, berdisiplin serta berakhlak  mulia. Guru yang penyayang akan menjadi guru yang dedikasi, kreatif serta seronok bekerja  melaksanakan amalan cemerlang. Dari rasa kasih sayang yang ikhlas akan membentuk organisasi  yang harmonis dan berwawasan.  


“Muafakat membawa berkat “. Sesuatu kecemerlangan yang dicapai di sekolah ini dalam apa jua  bidang hanya dapat dijelmakan dengan sumbangan tenaga dan idea pelbagai pihak.  Setiap warga sekolah wajib memainkan peranan masing-masing sehabis baik agar kejayaan kita  dalam bidang sahsiah, akademik dan kokurikulum berjaya membentuk watak yang  membanggakan semua orang. Sebarang kejayaan yang dicapai juga tidak wajar dizahirkan kebangaannya oleh seseorang individu sahaja kerana peranan orang lain walau sekecil manapun adalah juga penting dan bermakna. Marilah kita bersama-sama bekerja untuk pencapaian yang  lebih baik dari sebelumnya.. 


 Bagi mendepani Revolusi Industri 4.0 dan Cabaran Dunia V.U.C.A pada masa ini,  guru-guru perlu mempersiapkan diri  dengan kemahiran dan ilmu yang sewajarnya agar generasi akan datang yang sedang kita canai  sekarang ini benar-benar bersedia. Keterbukaan kita untuk berubah, diubah dan mengubah sangat  penting khususnya dalam aspek pendekatan, teknik, amalan serta isi kandungan Pdpc. Guru-guru perlu dapat menyesuaikan PdP masa kini samada secara bersemuka atau secara online (PdPR). Guru yang  kreatif , inovatif dan berdedikasi sudah tentu akan melahirkan pelajar yang berilmu, berbudi pekerti serta berketrampilan. Para pendidik perlu menjadi contoh ikutan positif dan ke arah kecemerlangan anak didik sekolah ini


Akhir kata, kejayaan melahirkan Anak Yang Baik lagi Cerdik  (ABC) hanya dapat kita  laksanakan dengan cara menggembleng usaha semua pihak khususnya sekolah , ibu bapa dan  masyarakat. Kita harus Ambil Peduli, Bina hubungan dan Cipta kejayaan (ABC) sebagaimana yang dihasratkan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Tuan Haji Md Fiah bin Md Jamin. Segi tiga kerjasama ini sekiranya dapat dimanfaatkan secara maksimum, akan  membentuk sekolah unggul selaras

dengan misi dan visi yang kita gariskan. 


Marilah kita berdoa agar kejayaan dan peningkatan pencapaian dalam semua

bidang akan  dapat dicapai oleh SMK BAHAU pada tahun ini dan

tahun-tahun seterusnya. 


“SENTIASA MENCIPTA KECEMERLANGAN BAHARU”


Sekian, terima kasih. 



ANUAR TAHAR


ENCIK ANUAR BIN TAHAR

PENGETUA 

SMK BAHAU

ENCIK BAKRI BIN ABIDIN

GPK HEM

ENCIK ZAMRI BIN ISMAIL

GPK PENTADBIRAN

ENCIK RASIDI BIN MOHAMED ZAIN

GPK KOKURIKULUM

PUAN ZARINA BINTI YUNUS

GPK PENDIDIKAN KHAS

ENCIK WONG HAN KUANG

GPMP BAHASA

ENCIK SHAHRUL ZAHRI BIN MOHD SALLEH

GPMP KEMANUSIAAN

ENCIK ABD RAHMAN BIN ABDUL MUTALIB

GPMP SAINS DAN MATEMATIK

PUAN NUR AKMAL BINTI HASSAN

GPMP TEKNIK DAN VOKASIONAL