SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHAU
72100 , BAHAU, NEGERI SEMBILAN
DARUL KHUSUS.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHAU
72100 , BAHAU, NEGERI SEMBILAN
DARUL KHUSUS.
Pengenalan PJPK
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran yg memberi penekanan kepada pembelajaran berdasarkan kemahiran asas pergerakan dan amalan gaya hidup sihat melalui domain psikologi, kognitif dan afektif.
Menerusi mata pelajaran ini juga murid akan menguasai pengetahuan , kemahiran , dan nilai yang akan digunakan untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri ke arah kesejahteraan hidup serta jangka hayat yang panjang dan berkualiti melalui pengalaman pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan kesihatan
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut :-
1. Menguasai pengetahuan , kemahiran dan nilai yg diperlukan untuk mengekalkan serta meningkatkan perkembangan fizikal .
2. Melakukan aktiviti dalam suasana yg menyeronokkan untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri.
3. Menguasai kecekapan pergerakan dalam pergerakan asas , permainan,sukan,tarian, dan aktiviti fizikal serta mengaplikasikan konsep pergerakan dan strategi semasa melakukan aktiviti bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri.
4. Memahami faktor-faktor penyumbang yg mendorong kepada kehidupan aktif dan sihat sepanjang hayat.
5. Meningkatkan kemahiran komunikasi menjalin hubungan positif dan menggunakan pemikiran kreatif dan kritis menerusi aktiviti fizikal dan kesihatan bagi membentukjati diri.
OBJEKTIF UMUM
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bertujuan untuk membolehkan pelajar mencapai objektif berikut :-
1. Menguasai pengetahuan , Kemahiran dan nilai yg diperlukan untuk mengekalkan serta
meningkatkan perkembangan fizikal,kecergasan dan kesihatan diri.
2. Melakukan aktiviti dalam suasana yg menyeronokkan untuk meningkatkan kecergasan dan
Kesihatan diri.
3. Menguasai kecekapan pergerakan dalam pergerakan asas,permainan ,sukan ,tarian, dan aktiviti fizikal serta mengaplikasikan konsep pergerakan dan strategi semasa melakukan aktiviti bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri. A
4. Memahami faktor-faktor penyumbang yg mendorong kepada kehidupan aktif dan sihat sepanjang hayat.
5. Meningkatkan kemahiran komunikasi , menjalin hubungan positif dan menggunakan pemikiran kreatif dan kritis menerusi aktiviti fizikal dan kesihatan bagi membentuk jati diri.