Wadah Reformasi Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberikan kesempatan untuk merakamkan ‘Kata Alu-Aluan’ dalam Sites sekolah ini.

Bidang pendidikan di negara kita akan terus berkembang maju dan mengalami proses transformasi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 merupakan suatu manifestasi kepada proses transformasi yang direncana bagi meledakkan pembangunan pendidikan di negara ini. Proses ini bagi menterjemah kepemimpinan, pengurusan, pembelajaran dan pengembangan potensi ilmu, kemahiran serta kepakaran abad ke-21 perlu dijanakan seawal di peringkat sekolah lagi. Menerusi proses pembangunan potensi yang dirancang secara berterusan dan dilestarikan penambahbaikan, modal insan kelas pertama dan bertaraf global player akan dapat dihasilkan.

Saya amat yakin bahawa Sites ini merupakan manifestasi kolaboratif, komitmen serta panduan bagi semua pihak iaitu guru dan barisan kepimpinan sekolah. Inilah sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh yang perlu dikekalkan. Akhir kata, marilah kita bersama-sama memberi komitmen sepenuhnya untuk mengukir kecemerlangan sekolah sederap dengan slogan sekolah ‘JITU’ – Jaya Iltizam Tekun & Usaha

 

Sekian, terima kasih.

KASNIZA JUMARI BIN SHAMSIR

Guru Besar

SK Taman Melati, Kuala Lumpur.

 *Wadah Reformasi – Saluran Perubahan

LAMAN SESAWANG

GALERI