Halaman rasmi pengurusan SK Kampung Tunku 2026
● Pengajaran dan pembelajaran akan bermula dalam tempoh 5 minit waktu jadual bermula
● Latihan akan disemak dan dikembalikan dalam tempoh 3 hari selepas latihan diserahkan
● Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid bagi melahirkan masyarakat berdisiplin dan berhemah tinggi
● Rekod Mengajar yang disahkan akan dikembalikan dalam tempoh 1 hari selepas diserahkan
● Bahan dan peralatan yang telah diluluskan pembelian akan diserahkan kepada pemohon dalam tempoh 1 minggu selepas pesanan diterima
● Setiap aduan akan diberi maklum balas dalam tempoh 1 minggu daripada aduan diterima
● Laporan ujian, pentaksiran dan peperiksaan akan diserahkan dalam tempoh 2 minggu selepas dilaksanakan.
● Sentiasa memberikan kerjasama dan layanan mesra kepada ibu bapa dan tetamu
Semua warga SKKT akan memastikan setiap perkara yang dilakukan adalah berkualiti dan cemerlang
Semua warga SKKT mengamalkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih individu dalam merancang, melaksana dan menyelesaikan masalah secara berkesan
Semua warga SKKT mengamalkan sifat amanah, jujur dan telus
Semua warga SKKT berusaha menggunakan dan mencipta sesuatu yang baharu dalam strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP dan pengurusan
Semua warga SKKT mengamalkan sifat menghormati dan menerima pendapat pelanggan dan orang lain
Semua warga SKKT mengamalkan layanan mesra dan muhibah kepada para pelanggan dan tetamu
Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku adalah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan SS 1/11, Kampung Tunku, Petaling Jaya.
SKKT yang juga merupakan Sekolah TS25 Kohort 5 merupakan sekolah kebitaraan KEBUDAYAAN, MEMANAH DAN ICT.