UNIT PENGURUSAN INFRASTRUKTUR & FASILITI
FAKULTI KEJURUTERAAN
PENGENALAN
Unit Pengurusan Infrastruktur & Fasiliti di bawah Fakulti Kejuruteraan merupakan salah satu cabang yang penting dalam memastikan segala perancangan aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Unit ini akan memastikan kemudahan seperti kemudahan bilik kuliah, tempat latihan dapat diurus dengan baik.
Unit Infrastruktur & Fasiliti komited dalam mewujudkan suasana yang selasa, kondusif dan selamat supaya dapat memuaskan keperluan pelanggan dalam menggunakan kemudahan di Fakulti Kejuruteraan. Unit Infra & Fasiliti terdiri dari gabungan kakitangan teknikal fakulti yang menyediakan beberapa perkhidmatan iaitu :
Bilik Kuliah & Alatan Pengajaran dan Pembelajaran
Tempahan Aktiviti Fakulti/Luar
Pembersihan dan Lanskap
Ruang Parkir dan Clamping
Penyelenggaraan Bilik Kuliah
OBJEKTIF
Menguruskan segala kemudahan dengan baik dari segi pengurusan, penyelenggaran dan penambahbaikan seterusnya dapat melancarkan perjalanan aktiviti dengan penyediaan kemudahan terbaik.
FUNGSI
Mengurus penggunaan alatan pengajaran serta kemudahan seperti dewan kuliah, bilik kuliah dan lain-lain.
Menyediakan dan mengurus atur parkir kenderaan.
Memastikan kebersihan dan hiasan lanskap.
Membantu urusan logistik dan teknikal untuk aktiviti atau program rasmi/tidak rasmi peringkat fakulti dan jabatan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Puan Nor Sabrina Nordin
Jurutera (JA10)
E: sabrinanordin@um.edu.my
T: 03-79674479
>>kembali ke Fakulti Kejuruteraan, UM