TUKANG SUKAT TANAH
Land Surveying and Mapping Services
Perkhidmatan Profesional di Seluruh Sabah
Land Surveying and Mapping Services
Perkhidmatan Profesional di Seluruh Sabah
Kami bertanggungjawab membantu melaksanakan dan memproses kerja-kerja ukur dan pemetaan tanah bagi tujuan menyediakan infrastruktur ukur, menentukan, menanda dan mengukur tanda sempadan lot tanah, sempadan Negeri, dan sempadan Antarabangsa serta menyediakan pelan dan memproses ukur tanah dan pemetaan berkomputer. berfungsi untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti, terkini dan tepat.
Kami menterjemah realiti muka bumi anda ke atas pelan berskala yang mudah difahami. Dengan kepakaran kami, anda akan mendapat gambaran sebenar bagi:
Dimensi & Keluasan Tepat: Untuk tujuan rasmi dan perancangan pembangunan.
Butiran Muka Bumi: Memaparkan ciri semulajadi (sungai, bukit) dan ciptajadi (jalan raya, bangunan).
Pelan Keratan Tegak: Memudahkan urusan penentuan aras dan reka bentuk pembinaan.
Dapatkan kepastian untuk aset anda. Biar kami ukur dengan seni dan ketepatan teknikal yang tinggi.
Ilmu ukur boleh ditakrifkan sebagai cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal kawasan tersebut. Apabila titik tersebut dipelot di atas sekeping kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai, maka bentuk mukabumi semulajadi atau ciptajadi seperti bukit, sungai, jalanraya, landasan keretapi, bangunan dan lain-lain dapat dibentuk dalam rupa sebuah pelan atau peta dengan betul. Dalam erti kata yang lain, ilmu ukur adalah penggambaran muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka keratan tegak yang berskala untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan kawasan yang diukur.