Sebelum anda menggunakan sistem ini, anda perlu enable macro seperti dibawah
Pengguna Excel 2003
1.Tools -> Macro -> Security
2.Security Level -> Low -> OK
Pengguna Excel 2007 & 2010
1. Start -> Excel Options
2. Trust Center -> Trust Center Settings..
3. Macro Settings -> Enable all macros
Sistem Rekod Urusniaga & Inventori
1. Rekod produk baru
Kod ID anda cipta sendiri mengikut kesesuaian ini adalah untuk membezakan setiap produk. Kod ID ini amat diperlukan. Nama Produk terpulang kepada anda.
Harga yang perlu direkod adalah Harga Jualan.
Diskrepsi ; anda detail kan setiap barangan dari segi warna,berat dsb.
2. Rekod Belian
Untuk menjadikan rekod ini menjadi sah atau betul. Harga yang patut di isi adalah harga belian iaitu harga yang dibeli dari pembekal.
Jika terdapat barangan atau produk baru yang hendak direkod. Pastikan anda mengisi ruang Kuantiti di Rekod Produk dengan angka 0 (kosong).Kemudian anda rekodkan belian dan isi ruang kuantiti dengan jumlah kuantiti belian.
Sila pastikan rekod barangan atau produk yang dalam keadaan baik. Barangan yang rosak anda perlu rekod di Rekod Pulangan (return).
3. Rekod Pulangan .. return barang
Asingkan barangan yang rosak dan rekodkan dalam Rekod Pulangan sahaja. Sila isikan nota apa-apa yang penting untuk rujukan. Rujukan dan rekod ini penting untuk tujuan penukaran barang baru pada masa hadapan.
Untuk perniagaan Bakery atau kedai roti. Sila buat pengubahsuaian bg return yg tidak terjual. Jika berminat sila maklumkan untuk ubahsuai mengikut kehendak anda.
4. Hapus rekod
Anda boleh mencetak rekod ini sekali pada setiap bulan untuk simpanan . Selepas dicetak rekod boleh dipadam dan mulakan dengan bulan yang baru.
Rekod yang lain adalah seperti biasa. Terima Kasih.