Post date: Jun 10, 2009 4:54:47 PM
No Rujukan Aduan : 0906-4173
Â
"Dikatakan, pasaran kerja di Pulau Pinang sangat besar hingga menampung dan melebehi pekerja-pekerja yang diberhentikan. Majikan-majikan jugak mendakwa pekerja tempatan tidak "berminat" atau berkurangan.
Hakikatnya, masih ramai lagi rakyat yang mengganggur dan banyak yang tidak mendapat kerja selepas mendapat VSS. Apa yang saya perhatikan, majikan-majikan lebih tertarik untuk mengambil pekerja asing dari Indonesia, Filipina, India , Mymar dan Bangladesh. Kononnya, rakyat asing lebih rajin dan komited. Tidak dapat dinafikan, industry tertentu seperti Cleaning, Construction, Restoran dan Machining yang memerlukan pekerja dari luar. Namun, kerja kurang mahir seperti Operator Pengeluaran sepatutnya dijawat oleh rakyat tempatan.
Saya percaya, ada pihak pihat tertentu yang didalangi oleh rakyat tempatan sendiri, sanggup mengkianati rakyat tempatan semata-mata untuk mendapat upah komisyen .Rakyat tidak wajar dianak-tirikan dan ditendang terajang seperti bola. Syarikat-syarikat yang menyediakan servis mendapatkan pekerja kontrak hanya pentingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib pekerja kontrak itu sendiri. Apa yang terjadi adalah kemunculan syarikat atas angin yang menyediakan khidmat mendapatkan pekerja kontrak. Agensi ini hanya menyediakan pekerja kontrak atas dasar keperluan. Bayangkan ada pekerja-pekerja kontrak dibayar gaji asas RM600. Selepas 3 atau 6 bulan, kontrak di perbaharui dengan majikan lain dengan gaji asas yang lama. Diambil balik berkerja dikira bernasib baik. Jika tidak mereka mungkin akan terus menganggur. Bayangkan dengan gaji yang tidak seberapa, masa depan mereka kelam dan terumbang ambing. Tiada "job security" dan tiada kenaikan gaji dan tidak sebarang faedah pekerja. Ada diantara mereka yang sudah berumur dan peluang mendapat pekerjaaan semakin nipis. Ada juga anak tempatan di tekan dengan pelbagai kerenah dari pihak majikan sehingga mereka dipaksa atau terpaksa berhenti. Jika keadaan ini berterusan, masalah sosial dan ekonomi akan tergugat dan bakal menimpa kepada semua. Bohsia, rempit, kes rangut, pecah rumah, rompak dan pelbagai lagi masalah sosial bakal membesar.
Saya telah mengenal pasti beberapa syarikat MNC yang mengambil operator pengeluaran dari luar. Antaranya, ASE, Amphenol, Benchmark, Globetronics dan lain lain. Syarikat-syarikat kecil jugak mengambil perkerja asing secara berleluasa namun pada skala yang kecil. Tapi ia sudah cukup menekan rakyat tempatan. Saya memohon agar pihak yang bertanggungjawab memantau kesemua syarikat dan industri, SMI atau MNC, dan mengenal pasti jumlah pekerja asing . Setiap majikan perlu ada alasan yang munasabah untuk mengekalkan warga asing."