Persatuan Pendidikan Malaysia (PERPEMA) ialah sebuah badan profesional yang ditubuhkan untuk:
Memelihara dan memperkembangkan kepentingan profesional para pendidik di negara ini.
Memberikan sumbangan terhadap perkembangan pendidikan di negara ini.
PERPEMA dianggotai oleh ahli-ahli profesion perguruan dan berbagai-bagai golongan dari guru-guru prasekolah hinggalah ke profesor-profesor universiti dan pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Menimbulkan minat terhadap pendidikan dan profesion perguruan di kalangan ahli-ahlinya.
Menyediakan forum bagi para pendidik membincangkan masalah-masalah profesion dan isu-isu pendidikan.
Mewujudkan perpaduan dan persefahaman di kalangan para pendidik di semua peringkat di negara ini.
Memajukan kualiti pendidikan kebangsaan dan meningkatkan taraf status profesion perguruan.
Mengelolakan kovensyen pendidikan peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk membincangkan isu-isu pendidikan semasa.
Mengelolakan seminar, forum, bengkel, dan sebagainya
Membincangkan perkara-perkara semasa mengenai pendidikan.
Menerbitkan jurnal (Suara Pendidik) yang bertujuan untuk memperkembangkan idea-idea baru dalam pendidikan.
Di Malaysia terdapat lebih daripada 350,000 orang pendidik dan kira-kira 9,500 buah institusi pendidikan. Oleh demikian, adalah jelas akan perlunya sebuah pertubuhan profesional yang kuat, efektif dan dinamik untuk mewakili, menjaga serta memperkembangkan kepentingan profesional para pendidik dan institusi-institusi pendidikan di negara ini.
Keahlian PERPEMA terbuka kepada semua golongan pendidik. PERPEMA kini sedang berkembang dengan pesatnya. Ahli-ahli PERPEMA kian bertambah. Dengan sokongan dari anda / institusi anda PERPEMA mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah pertubuhan profesional yang terbesar di negara ini.
Dengan sokongan dari anda/institusi anda PERPEMA juga akan mempunyai keupayaan untuk meluaskan lagi kegiatan dan perkhidmatannya, serta mencapai kejayaan seperti yang telah dicapai oleh pertubuhan-pertubuhan profesional di negara-negara termaju.
Sebagai seorang pendidik yang dinamis anda pasti ingin bersama-sama memberi sumbangan terhadap pendidikan di negara ini. Anda boleh berbuat demikian jika menjadi ahli PERPEMA.
Jika menjadi ahli PERPEMA anda / institusi anda akan:
Berpeluang menghadiri konvensyen, seminar, dan sebagainya yang dianjurkan oleh PERPEMA.
Menyertai berbagai-bagai aktiviti anjuran PERPEMA.
Jika menjadi ahli PERPEMA anda/institusi anda juga berpeluang untuk:
Turut terlibat bersama-sama kami dalam berbagai kegiatan sukarela dan amal, termasuk menyertai usaha kami mengutip derma bagi pembinaan WISMA PERPEMA.
Turut terlibat bersama-sama kami menganjurkan seminar, forum, bengkel, pameran, dan sebagainya yang diadakan pada peringkat daerah / negeri / kebangsaan.