2014
AKU SEBUAH KOMPUTER Ng Yunhui (3 K)
Aku sebuah komputer. Namaku Dell. Aku berwarna hitam. Banyak orang suka menggunakanku.
Setelah aku dihasilkan, aku dibawa oleh sebuah lori ke sebuah kedai komputer di Bukit Mertajam. Aku dipamerkan di dalam almari kaca. Nama kawan-kawanku ialah Pikom, Acer, Intel dan lain-lain.
Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedaiku. Pemuda itu memandangku dengan air muka yang riang. Pemuda itu amat suka akanku. Oleh itu, dia pun membeliku.
Tuanku menggunakanku untuk menaip surat, menghantar e-mel dan mengirim kad ucapan kepada kawan-kawannya. Biasanya tuanku menggunakanku pada waktu malam.
Kini, aku sudah berusia dua tahun. Badanku masih kelihatan bersih dan baru. Tuanku menjagaku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Aku berasa besar hati. Aku berharap agar aku dapat berkhidmat untuk tuanku selama-lamanya.
PASAR MALAM Mak Xin Wei(3 K)
Pada setiap hari Khamis, Julia mengikut ibunya pergi ke pasar malam. Mereka berjalan kaki ke pasar malam. Mereka hendak membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan ringan.
Mula-mula, mereka membeli ikan di gerai ikan. Mereka membeli sekilogram udang dan dua ekor ikan tenggiri. Ibunya tawar-menawar harga ikan dengan penjual.
Kemudian, mereka beredar ke gerai sayur-sayuran. Sayur-sayuran di pasar malam itu sungguh segar. Ibunya membeli sayur-sayuran seperti kangkung, timun, cili, lobak dan sawi. Harganya amat berpatutan.
Ibunya juga membeli alat permainan untuk Julia. Mereka pulang ke rumah pada pukul 10.00 malam. Julia berasa sangat gembira.
TEMASYA SUKAN Mandy Cheah Ka Tian(3 K)
Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan. Ramai murid dan ibu bapa hadir pada hari itu. Murid-murid memakai baju sukan berwarna mengikut rumah sukan masing-masing.
Temasya sukan sekolah saya bermula pada pukul 8.00 pagi. Acara pertama yang diadakan ialah perbarisan. Acara-acara lain yang diadakan ialah lumba lari, lompat jauh, tarik tali dan lain-lain.
Saya mewakili rumah hijau. Para penonton bersorak ketika acara-acara sukan berlangsung. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Tepat jam 2.00 petang, temasya sukan tahunan pun berakhir. Semua peserta kelihatan letih. Kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira.
HARI JADI SAYA Lim Yong Le(3 K)
Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah menyambut hari jadi saya yang ke-9. Ibu saya menyediakan berbagai-bagai jenis makanan seperti mi goreng, ayam goreng, kek, sate dan sebagainya.
Bapa saya membeli sebiji kek yang besar untuk saya. Abang saya pula menghias ruang tamu dengan belon-belon dan reben-reben yang berwarna-warni.
Saya telah mengundang ramai kawan ke rumah saya. Mereka membawa hadiah untuk saya. Pada mulanya, kawan-kawan saya menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi. Selepas itu, saya meniup api lilin dan memotong kek.
Kami makan kek sambil berbual-bual. Kami juga bermain pelbagai jenis permaianan. Suasana pada hari itu sungguh meriah. Saya berasa amat gembira pada hari itu.
HOBI JUSTIN Jeslyn Khoo( 3 I)
Hobi Justin ialah memancing ikan. Justin mulai memancing ikan sejak dia berumur sepuluh tahun. Pada masa itu, Justin sering mengikut bapanya pergi memancing ikan. Mereka selalu memancing di sungai atau di kolam.
Pada masa lapang, Justin akan membawa joran, umpan dan sebuah bakul untuk memancing ikan di sebatang sungai yang berhampiran dengan rumahnya.
Justin mempunyai kesabaran yang tinggi semasa memancing ikan. Ikan yang dipancing oleh Justin akan dimasukkan ke dalam bakul untuk dibawa pulang.
Ibu Justin akan memasak ikan yang dipancingnya sebagai hidangan makan malam. Justin berharap dia dapat memancing ikan di laut apabila dewasa nanti.
KERACUNAN MAKANAN Lim Qiu Yan(3 I)
Cuaca pada hari ini sangat panas. Syamil berjalan pulang dari sekolah. Dia berasa sangat lapar dan dahaga. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah gerai di tepi jalan.
Syamil terus membeli air sirap dan karipap. Dia makan dengan cepat. Dia tidak mempedulikan keadaan gerai itu yang kotor. Makanan di gerai itu juga tidak ditutup. Ada banyak lalat hinggap di atas kuih-muih yang dijual di situ.
Setiba di rumah, perut Syamil mula terasa sakit dan memulas-mulas. Dia memberitahu ibunya. Ibunya berasa bimbang lalu membawa Syamil ke klinik. Doktor memeriksa perut Syamil.
Menurut doktor, Syamil mengalami keracunan makanan. Doktor memberi ubat kepada Syamil. Beliau menasihati Syamil supaya berhati-hati ketika membeli makanan atau minuman di tepi jalan.
MELAWAT KE TAMAN REKREASI Joseline(3 I)
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah melawat ke taman rekreasi yang tidak jauh dari rumah kami. Kami ke sana dengan menaiki kereta ayah.
Setiba di sana, kami meletakkan makanan dan minuman di sebuah pondok yang disediakan khas untuk pelancong yang melawat ke taman rekreasi.
Saya dan adik bermain buaian dan papan gelongsor secara bergilir-gilir di taman itu. Ayah memancing di tepi sungai manakala ibu pula membaca surat khabar di pondok. Selepas puas bermain, kami menjamu selera bersama-sama sambil menikmati keindahan taman rekreasi itu.
Sebelum pulang, kami bergotong-royong membersihkan taman rekreasi itu. Ayah dapat memancing dua ekor ikan yang besar pada hari itu. Kami berasa penat tetapi gembira.
KEGUNAAN AIR Foo Wan Ying(3 I)
Air sangat penting kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kita mendapat air dari sungai, tasik, kolam, perigi dan hujan.
Kita mesti minum banyak air supaya badan kita sihat. Air juga diperlukan untuk mandi, memasak, mencuci pakaian dan sebagainya.
Pekebun pula menggunakan air untuk menyiram sayur-sayurannya. Selain itu, ahli bomba menggunakan air untuk memadamkan api.
Oleh itu, kita patut berjimat cermat semasa menggunakan air.
PERMAINAN KEGEMARANKU Irene Lee Xin Ying (5I)
Setiap orang mempunyai permainan kegemaran masing- masing. Bukan mereka sahaja, saya pun ada permainan kegemaran saya sendiri.
Badminton ialah permainan kegemaran saya kerana saya amat meminati permain tersohor Negara, siapa lagi kalau bukan Datuk Lee Chong Wei. Beliau ialah idola saya kerana beliau mendapat banyak pingat emas dan bergelar Juara Dunia.
Saya juga mempunyai sebatang raket yang cukup bagus. Raket itu dihadiahi ibu saya. Raket itu berjenama Fleet dan berwarna biru. Saya sangat menyukai raket itu, dan sentiasa menggunakannya semasa bermain.
Pada waktu lapang, saya gemar bermain bersama kawan-kawan. Kadangkala saya juga bermain badminton dengan bapa saya di gelanggang badminton. Kami bermain bersungguh-sungguh sehingga berpeluh.
Oleh sebab saya minat bermain badminton, bapa saya mengajak seorang pemain badminton yang handal iaitu kawan bapa saya sendiri, untuk melatih saya.Selepas berlatih selama enam bulan, teknik permain badminton saya semakin bagus .Saya juga dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan badminton antara sekolah dan mendapat gelaran juara.
Akhir sekali, saya harap suatu hari nanti, saya akan menjadi seperti Datuk Lee Chong Wei untuk mewakili negara dalam Sukan Olinpik, Sukan Komanwel dan Sukan SEA.
PERSIAPAN TAHUN BARU CINA Chuah Yi Hong(5I)
Dua minggu lagi perayaan Tahun Baru Cina akan tiba. Kaum Cina sibuk membuat persediaan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Begitu juga dengan keluarga saya.
Sebelum itu, ayah saya telah mengagih-agihkan tugas agar kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan berkesan bersama-sama semua ahli keluarga seperti kata pepatah, berat sama dipukul, ringan sama dijinjing. Semua ahli keluarga membuat kerja masing-masing dengan penuh bersemangat dan bertanggungjawab untuk memastikan rumah kami bersih dan perayaan kali ini meriah sekali.
Seminggu sebelum perayaan menjelma, ibu saya menjahit dan memasang langsir baharu yang berwarna-warni pada semua tingkap. Ayah saya pula mengecat pintu pagar rumah dan kekisi tingkap supaya kelihatan kemas dan cantik. Saya dan adik menghias rumah dengan jambangan bunga dan alat-alat perhiasan rumah yang baru dibeli. Kami menggantungkan kain merah dan tanglung merah pada pintu masuk dan ruang tamu sebagai tanda bertuah untuk tahun baru. Selain daripada itu, kami juga menulis kata-kata yang baik dengan tulisan kaligrafi Cina pada kertas merah. Kata-kata itu kemudian dilekatkan pada pintu masuk sebagai hiasan dan tanda bertuah.
Selain itu, ibu bapa juga membawa kami sekeluarga ke sebuah pasar raya yang berhampiran dengan rumah kami untuk membeli-belah. Bapa saya telah membeli dua kotak limau “Loh Kam”, minuman berkotak dan makanan ringan. Ibu saya membeli sepasang kasut dan tiga pasang pakaian yang baru untuk saya pakai semasa perayaan Tahun Baru Cina. Ibu juga membeli sehelai pakaian tradisional, iaitu ceongsam yang berwarna merah untuk dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina.
Ibu saya juga membuat pelbagai jenis kek, kuih dan biskut. Antaranya ialah kuih bakul, kuih bahulu, kuih loyang, kuih siput, kek coklat, muruku dan sebagainya. Adik dan saya berasa sungguh gembira kerana dapat belajar cara-cara membuat kuih dan biskut daripada ibu. Kami juga memberikan kuih-muih kepada saudara-mara dan jiran-jiran kami.
Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Kami menyambut Tahun Baru Cina dengan meriah. Ramai saudara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan yang datang ke rumah kami. Kami sekeluarga dan saudara-mara juga berkumpul untuk makan malam bersama. Saya berasa seronok kerana dapat berkumpul dengan saudara-mara dan kawan-kawan. Inilah peluang bagi kami untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan semangat kejiranan.
PENGALAMAN MENYERTAI PERTANDINGAN MELUKIS
Ang I Yi( 5I)
Saya amat suka melukis. Saya minat melukis sejak kecil lagi dan sering melukis pada dinding atau meja di rumah saya. Ibu bapa menyedari minat saya dan sentiasa menggalakkan saya untuk menyertai pertandingan melukis di peringkat sekolah dan luar sekolah. Namun, saya tidak berani untuk pergi menyertai pertandingan-pertandingan tersebut.
Pada suatu hari, semasa saya dan kawan baik saya bersiar-siar di sekeliling sekolah, kami ternampak ada satu pengumuman ditampal pada papan kenyataan. Rupa-rupanya itulah pengumuman tentang suatu pertandingan melukis peringkat sekolah. Kawan baik saya itu memberi dorongan kepada saya untuk menyertai pertandingan ini. Akhirnya, dengan mencuba nasib sahaja, saya pun menyertai pertandingan ini.
Saya memberitahu ibu bapa tentang perkara ini. Mereka amat gembira dan menyokong saya dengan kuat. Mereka pula berjanji kepada saya bahawa mereka akan menemani saya pada hari pertandingan dan memberikan kata-kata semangat kepada saya. Oleh sebab itu, saya berazam melukis dengan baik supaya tidak menghampakan ibu bapa saya.
Pada hari pertandingan, kelihatan ada banyak peserta berkumpul di dewan sekolah. Mereka melukis dengan baik. Saya pula tidak terkecuali. Saya berharap dapat menghasilkan lukisan yang terbaik. Akhirnya, saya selesai melukis dalam masa yang ditetapkan. Ibu bapa dan juga saya menunggu keputusan hakim dengan sabar.
Sejam kemudian, pengacara majlis mengumumkan keputusan pertandingan ini. Jantung saya berdebar-debar. Akhirnya, nama saya diumumkan sebagai johan dalam pertandingan tersebut. Saya terpaku kerana tidak pernah menyangka dapat menjuarai pertandingan ini. Kemenangan yang saya peroleh ini umpama mimpi yang manis bagi saya.
Ibu bapa turut berbangga terhadap kemenangan saya ini. Saya berhatap agar dapat berjaya dalam peringkat daerah pula.
TULIS SEBUAH CERITA YANG PERNAH KAMU BACA
Ng Qiao Fang 6K
Saya mempunyai sebuah buku cerita. Buku itu hadiah daripada bapa saya. Tajuk buku itu ialah “Kapak Besi Kapak Emas”. Ceritanya begini.
Ali seorang pemuda yang amat rajin bekerja. Pada suatu hari, dia hendak menebang pokok yang berada di tepi tasik. Kononnya, di tasik. Dia berasa sangat cemas tetapi dia tidak bertindak terburu-buru. Dia tidak mahu membahayakan dirinya. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tua.
Orang tua itu memberitahunya tentang dia boleh menolong Ali. Kemudian, dia timbul dengan membawa sebilah kapak emas dan bertanya Ali kapak itu adakah dia punya. Ali menjawab bukan.
Orang tua itu menyelam semula lalu timbul dengan dua bilah kapak, iaitu sebilah kapak emas dan sebilah kapak besi. Apabila, Ali ternampak kapak besi, dia mengatakan bahawa kapak besi itu ialah kapaknya. Orang tua itu memberi kedua-dua kapak kepada Ali.
Ali mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada orang tua itu. Selepas itu, Ali pun berjalan pulang ke rumahnya. Dia berasa sangat gembira.
Begitulah cerita yang bertajuk “Kapak Besi Kapak Emas”. Oleh itu, kita mesti jujur kerana jika kita tidak jujur, kita akan rugi.
KAWAN TERBAIK SAYA Khor Kai Zhe(6K)
Rakan terbaik saya ialah Ng Wei Bin. Dia berumur 12 tahun. Dia sangat pandai dan segak. Dia seorang yang baik hati dan berdisiplin.
Dia sangat pandai dalam pelajaran.Apabila guru sedang mengajar, dia akan membuat nota lau membaca beberapa kali untuk mengingatkan pengajaran guru. Dia juga selalu mengulang kaji pada masa lapang. Oleh itu, dia selalu mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas ketika ujian sekolah. Setiap guru yang pernah mengajar juga memujinya.
Dia juga sangat baik hati. Apabila saya menghadapi masalah dalam pelajaran, dia akan mengajar saya dan tidak mengharapkan balasan. Bukan sahaja dalam pelajaran, dia juga meminjamkan duit kepada kawan-kawannya apabila mereka tidak membawa duit ke sekolah. Dia juga selalu menolong guru menghantar buku-buku ke bilik guru.
Dia bukan sahaja pandai dalam pelajaran, bahkan juga aktif dalam sukan. Dia telah dipilih sebagai pemain badminton sekolah dan mewakili sekolah untuk menyertai pertandingan badminton peringkat daerah. Di samping itu, dia juga pandai dalam bercerita.
Saya berharap persahabatan kami akan terus kekal.
KEPENTINGAN PERPADUAN RAKYAT DI MALAYSIA Lui Zhi Zin(6I)
Dalam negara Malaysia kita, terdapat pelbagai kaum di negara Malaysia ini. Oleh itu, perpaduan kaum di negara Malaysia sungguh penting kepada semua rakyat dan kaum di Malaysia. Jika tidak, perselisihan faham akan terhasil antara kaum di Malaysia.
Pada masa kini di Malaysia , kita boleh lihat pelbagai kaum di Malaysia saling membantu di merata-rata tempat. Selain itu, kita juga dapat melihat mereka saling memberikan makanan yang istimewa kaum mereka kepada kawan mereka yang berlainan kaum. Suasana yang sopan dan ikhlas ini sangat berharga.
Oleh sebab rakyat di negara kita saling memahami dan saling berhubung, rakyat di negara kita dapat hidup bersama-sama dengan damai. Inilah faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum. Oleh sebab itu, semua rakyat dan kaum di Malaysia dapat berhidup bersama-sama dari tahun negara Malaysia merdeka hingga kini.
Malangnya, masih terdapat beberapa orang pelampau yang jahat suka menyentuh isu-isu sensitif yang merangsang kaum-kaum di Malaysia. Ini boleh mengakibatkan rakyat yang berbeza kaum saling berdendam. Mujurlah, rakyat Malaysia yang berbeza kaum ini dapat menghindari melalui pembincangan yang rasional.
Untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia, kerajaan Malaysia boleh mengadakan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan, mereka juga boleh memahami adat resam pelbagai kaum. Dalam pada itu, rakyat yang berbeza kaum di Malaysia bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan, mereka juga boleh memahami adat resam pelbagai kaum. Ini adalah merupakan ibarat pepatah “berenang sambil minum air dengan baik”.
Kita juga seboleh-bolehnya tidak melanggar perkara yang dilarang oleh kaum lain. Ini bukan sahaja boleh mencegah perkara yang tidak menyenangkan berlaku malah hubungan antara pelbagai kaum mungkin menjadi teruk. Kita juga mesti mengelakkan daripada berkata kata-kata yang sensitif apabila berbual-bual dengan kaum lain.
Kesimpulannya, untuk mempertahankan suasana yang damai di negara Malaysia, kita harus saling memahami, membantu dan mengeratkan hubungan antara semua kaum di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mempertahankan suasana yang damai di Malaysia.
LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SJKC KIM SEN
Jaw Xinyi(6K)
Laporan Temasya Sukan Tahunan SJK(C)Kim Sen
Pada 21 Jun 2013 bersamaan hari Sabtu yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kim Sen telah mengadakan Sukan Tahunan ke-22. Sukan Tahunan tersebut bermula pada pukul tujuh pagi. Ramai juga ibu bapa yang hadir pada hari itu. Murid-murid yang mengambil bahagian memiliki semangat kesukanan yang tinggi dan memberi sokongan bagi memeriahkan lagi temasya sukan ini.
Acara dimulakan dengan perasmian yang dibuat oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Beliau meminta semua murid memperjuangkan semangat kesukanan demi melancarkan perjalanan temasya sukan kali ini.
Sebaik-baik sahaja sukan tahunan dirasmikan, acara larian 200m dan 100m dijalankan. Acara larian berganti-ganti menyusul selepas itu. Acara-acara seperti lompat pangar, melontar peluru dan sebagainya juga dipertandingkan. Acara sukaneka pula merangkumi penyertaan murid-murid, guru-guru serta ibu bapa.
Pada pukul 9.30 pula, acara-acara berhenti sebentar dan para tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian, pancaragam sekolah, persembahan memalu gendang dan sebagainya. Acara-acara disambung semula pada pukul 10.45 pagi.
Pada pukul 12.00 tengah hari, acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak ialah acara penyampaian hadiah. Olahragawan dalam temasya sukan kali ini diberi kepada Tan Kok Jian manakala olahragawati jatuh kepada Siew Ling. Dengan itu juga, Rumah Kuning diumumkan sebagai pemenang bagi keseluruhan acara yang dipertandingkan.
Disediakan oleh, 21 JULAI 2014
Jaws
(JAW XINYI)
Setiausaha Kelab Olahraga,
SJK(C)Kim Sen
PERMAINAN SUKAN YANG SAYA SUKAI
Khor Jia Wynn (6I)
Pada zaman sekarang yang bertamadun, semua orang pasti akan mempunyai sesuatu permainan sukan yang diminati oleh mereka. Begitu juga dengan diri saya. Terdapat pelbagai jenis permainan sukan seperti bola keranjang, badminton, bola sepak, hoki dan lain-lain lagi. Antara permainan-permainan sukan tersebut, permainan badminton merupakan pilihan saya.
Sejak kecil lagi, saya telah ikut jejak abang saya bermain badminton di luar rumah saya. Abang saya pun mengajar saya cara untuk bermain badminton. Dia mengajar saya perkara asas yang harus saya kuasai dalam permainan badminton. Contohnya cara-cara memegang raket, membuat tangkisan pertama dan menangkis bulu tangkis dengan betul dan tepat. Lama-kelamaan, prestasi saya bermain makin hari makin meningkat.
Di sekolah, saya akan bermain badminton bersama kawan-kawan saya. Pada suatu hari, sedang saya bermain badminton dengan gembira, Cikgu Zainab, ketua kelab badminton sekolah saya ternampak saya, beliau pun mencadangkan agar saya menyertai kelab badminton sekolah. Saya bersetuju dengan perasaan yang gembira. Saya juga terpilih untuk menjadi wakil sekolah dalam berbagai-bagai pertandingan badminton. Dalam pertandingan-pertandingan itu, saya selalu mendapat tempat pertama. Abang saya juga selalu memberikan dorongan kepada saya dan menggalakkan saya supaya meneruskan usaha.
Malangnya, abang saya tidak dapat meneruskan tugasnya kerana pada tahun yang lalu, abang saya telah pergi ke luar negara untuk meneruskan pelajarannya. Oleh itu, bapa saya telah membawa saya ke gelanggang badminton untuk bermain badminton. Di sana, seorang jurulatih membetulkan kesalahan saya. Dia seorang jurulatih yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Saya akan pergi ke gelanggang badminton itu untuk berlatih bermain badminton sebanyak lima kali seminggu. Saya selalu mendengar segala nasihat jurulatih.
Sebenarnya, permainan sukan ini mendatangkan banyak faedah dan kebaikan. Semasa saya bermain badminton, saya sedang bersenam. Bersenam akan mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan kita. Jika bersenam, badan kita akan cergas. Bak kata pepatah “badan cergas, otak cerdas” . Selain itu, bermain badminton juga boleh menenangkan fikiran kita. Contohnya, setelah sibuk membuat kerja sekolah, baiklah kalau kita bermain badminton. Dengan cara ini, kita dapat melupakan kerja sekolah secara sementara dan menenangkan fikiran kita yang kusut dengan pembelejaran.
Kesimpulannya, semua orang patutlah mempunyai permainan sukan yang sukai kerana bermain permainan sukan itu dapat menceriakan hidup seseorang dan mendatangkan faedah serta kebahagiaan kepada orang itu. Saya berharap bahawa melalui permainan sukan ini, saya akan menjadi sehandal dengan jaguh badminton negara kita, Datuk Lee Chong Wei.
LAPORAN HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
Hew En Qi(6I)
Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah
Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kim Sen
Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah Tahun 2013 telah disempurnakan pada Hari Jumaat, 7 November 2013 yang lalu.
Sambutan ini dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) , para guru dan murid-murid. Sambutan ini adalah salah satu acara tahunan sekolah yang penting. Ia menjadi fokus utama bagi setiap warga sekolah kerana pada hari ini mereka akan mendengar laporan penuh oleh Guru Besar perkembangan sekolah sepanjang tahun.
Murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum telah tampil ke kelas untuk menerima hadiah dan sijil penghargaan. Dalam sambutan ini, dua orang murid dipiih sebagai Tokoh Murid Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kim Sen 2013. Goh Jolin telah dipilih sebagai Tokoh Murid Cemerlang Akademik manakala Nah Wan Jun dipilih sebagai Tokoh Murid Cemerlang Kokurikulum.
Selepas ucapan penyampaian hadiah akhir, hadirin dihiburkan dengan persembahan tarian, nyanyian dan drama. Persembahan ini mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.
Majlis tersebut tamat pada pukul 1.00 tengah hari. Majlis ini telah berlansung dengan lancar dan meriah.
Disediakan oleh, 11 NOVEMBER 2013
Angeline
( HEW EN QI )
Ketua Pengawas,
Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kim Sen
2012
Chin Han Shen 6I
Pada cuti sekolah yang lalu , keluarga anda telah bercuti di kampung. Ceritakan pengalaman anda sewaktu bercuti di kampung.
Pada cuti sekolah yang lalu , kami sekeluarga telah bercuti di kampung nenek.Kampung nenek ialah sebuah kampung yang terletak di Selangor.
Setelah dua jam perjalanan,kami selamat tiba di kampung nenek.Kampung nenek teletak di tepi pantai. Sepanjang persisiran pantai terdamparnya beberapa buah sampan. Nenek dan bapa saudara menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka.
Setelah bertanyakan khabar dan bersalaman dengan mereka, kami menjamu selera dengan keropok ikan dan cucur udang sebagai alas perut. Walaupun adanya sedikit bau hanyir ,namun keropok ikan yang rangup itu betul-betul membuka selera kami . Kemudian , bapa saudara membawa kami bersiar-siar di tepi pantai.
Pasir pantai bukan sahaja putih malah halus . Kami tidak sabar-sabar membina istana pasir dan mencari kulit siput di persisiran pantai . Kami juga berpeluang bermandi-manda di laut kerana ketika itu ombak beralun-alun .
Sebelum azan berkumandang , kelihatan sampan semakin mendekati persisiran pantai . Para nelayan yang turun dari sampan sibuk melabuhkan sampan masing-masing . Mereka menjinjing hasil tangkapan seraya berjalan menuju ke rumah . Pemandangan kepulangan suasana ketika itu sangat menyeronokkan .
Pada hari kedua , sebelum fajar menyinsing , kami bersedia pulang ke rumah . Pengalaman bercuti di kampung nenek meninggalkan kenangan yang manis kepada kami .
Han Shen 6I
Cara-cara berjimat –cermat menggunakan air
Air ialah sumber alam yang amat penting dalam kehidupan seharian kita .Manusia menggunakan air untuk pembersihan , minuman , hiburan dan sebagainya . Oleh itu , kita mesti berjimat-cermat menggunakan air .
Memang tidak dapat dinafikan , menakung air di dalam tangki adalah satu cara yang berkesan untuk berjimat-cermat ketika menggunakan air .Di bilik air , kita harus sentiasa menutup kepada paip jika air di dalam tangki sudah penuh . Jangan biarkan air melimpah keluar .
Lazimnya , untuk berjimat-cermat menggunakan air , semua orang dilarang memancutkan air sewaktu mencuci kereta atau mencuci lantai .Sebaliknya , kita harus menggunakan baldi untuk mencedok air di dalam tangki seraya menjalani kerja-kerja pembersihan di rumah . Dalam pada itu , kanak-kanak juga tidak dibenarkan bermain air .
Sememangnya , orang yang berhemah tinggi akan berjimat-cermat menggunakan air . Selepas membilas pakaian , airnya boleh digunakan untuk mencuci longkang . Selain itu , kita boleh menadah air hujan untuk menyiram pokok .
Pada keseluruhannya , berjimat-cermat menggunakan air adalah satu amalan yang mulia . Kita harus mengamalkan amalan yang baik ini bukan sahaja untuk kebaikan sendiri malah juga dapat menjamin kestabilan ekonomi negara .
LeeYan Jun 6I
Sebuah Buku Cerita Yang Pernah Saya Baca
Saya pernah membaca sebuah buku cerita yang bertajuk ‘Budak yang degil’ .Buku ini berkisar tentang Ali yang suka melastik burung.Pada setiap hari minggu,Ali akan pergi ke pinggir hutan bersama-sama kawannya.
Pada suatu pagi,dia bersama kawan-kawannya bersiap sedia untuk melastik burung.Setibanya di sebatang pokok,Ali ternampak sebuah sarang burung di atas pokok.Dia memanjat pokok tersebut untuk mengambil anak burung itu.
Kawan-kawannya tidak bersutuju akan tindakan Ali dan menasihati Ali agar tidak mmemanjat pokok itu kerana dahan pokok itu masih basah dan licin.Ali juga teringat pesanan ibu supaya tidak memanjat pokok.Nasihat ibunya bagai mencurah air ke dalam keladi.Dia tidak peduli kerana dia bulat hati untuk mengambil anak burung itu.
Tiba-tiba dahan pokok yang dipijak oleh Ali itu telah patah .Ali terjatuh dari pokok itu.Dia tidak mengetahui bahawa dahan pokok itu telah reput.Dia pengsan dan dihantar oleh kawan-kawannya ke hospital .
Ali dibawa ke hospital dengan segera.Ibu bapa Ali amat risau akan keadaan anak kesayangan itu.Doktor memberitahu ibu bapa Ali telah patah dan terpaksa dirawat di hospital selama sebulan.
Sejak peristiwa itu,dia berjanji akan mendengar nasihat ibunya.Air mata Ali berlinangan mengenangkan nasibnya yang malang.
Vanness Soon Chuan Zi 6K
Pengalaman Menyertai Pertandingan
Saya suka melukis. Saya minat melukis sejak kecil lagi. Ibu dan ayah sudah menyedari minat saya yang suka melukis.
Pada suatu hari, saya terbaca pengumuman pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya pun mencuba nasib saya untuk menyertai pertandingan itu. Banyak peserta yang menyertai pertandingan itu.
Ibu dan ayah menyokong kuat minat saya. Mereka menemani saya ketika pertandingan diadakan. Mereka memberikan kata-kata semangat untuk saya berjaya. Saya berazam untuk melukis dengan baik.
Semasa perkhemahan, saya melukis dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Saya berharap saya dapat menghasilkan lukisan yang cantik pada hari itu. Akhirnya, saya selesai melukis mengikut masa yang ditetapkan. Saya menunggu dengan penuh sabar keputusan daripada hakim pertandingan. Jantung saya berdebar-debar semasa menunggu keputusan.
Tidak lama kemudian, pengacara majlis pun mengumumkan keputusan pertandingan. Nama saya diumumkan sebagai johan dalam pertandingan itu. Saya berasa bermimpi menjadi johan dalam pertandingan itu.
Ibu dan bapa saya turut bersa bangga akan kejayaan saya. Saya berharap saya akan berjaya pertandingan di peringkat daerah dan negeri pula.
Tan Sun Hao 6K
Ketua Kelas
Setiap kelas di sekolah saya pasti memiliki ketua kelas masing-masing. Ketua kelas ialah murid yang dilantik oleh rakan sekelas atau guru darjah secara undian. Tugasan yang perlu ketua kelas buat termasuk menghantar buku latihan murid-murid ke tempat duduk guru berkenaan, mengawasi tatatertib murid-murid semasa guru tidak berada di dalam kelas, mengekalkan kebersihan kelas dan sebagainya.
Kelas saya mempunyai seorang ketua kelas yang bernama Bor Neng Ann. Ketua kelas saya merupakan anak sulung dalam keluarganya dan dilahirkan pada tanggal 16 Mei 2000. Ketua kelas saya kini telah berusia 12 tahun. Neng Ann agak tampan orangnya dan disenangi orang ramai. Mukanya berbentuk bujur sirih, matanya bulat bagaikan mutiara, hidungnya mancung dan berlesung pipit. Senyuman manis juga sentiasa terukir pada wajahnya.
Neng Ann ialah ketua kelas yang bertanggungjawab di sekolah. Dia akan mengawal disiplin jika guru tiada di dalam bilik darjah. Dia juga tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid yang lemah dalam pelajaran.
Selain itu, Neng Nnn seorang ketua kelas yang adil. Dia tidak akan berat sebelah pada sesiapa murid supaya tidak dibenci orang. Dia sentiasa bertutur dengan sopan di hadapan guru-guru dan murid-murid untuk menjadi contoh murid-murid. Tambahan lagi, Neng Ann juga memupuk semangat bekerjasama semasa menjalankan aktiviti persatuan bersama murid-murid.
Teringat kembali peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu, saya mengayuh basikal di taman setelah menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Tiba-tiba, basikal saya tidak dapat dikawal. Basikal saya terlanggar sebatang pokok dan saya terjatuh bersama basikal. Kaki saya berdarah dan mengerang kesakitan. Mujurlah pada ketika itu, Neng Ann yang bertopi ternampak dan segera tampil untuk memapah saya. Saya berasa terharu dan menganggap dia sebagai pujaan saya sejak hari itu.
Saya amat berlangkah kanan dan bersyukur kerana telah memilih Neng Ann sebagai ketua kelas. Saya akan membalas jasa pada masa depan dan ingat akan bantuan dia kepada saya selagi hayat di kandung badan.
Beh Hui Ying 6K
Kepentingan Bersukan Dalam Kehidupan Kita
Tubuh badan yang sihat amat penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat dapat membantu otak kita menjadi cerdas. Bersukan sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira orang tua, orang dewasa ataupun kanak-kanak.
Bersukan dapat menjamin kehidupan yang sihat kerana kita akan berpeluh semasa bersukan. Haba serta sisa-sisa buangan akan keluar dari badan semasa proses berpeluh berlaku.
Golongan warga tua sering berhadapan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi , diatebes, sakit jantung dan sebagainya. Masalah ini dapat dikurangkan jika mereka menjadikan bersukan sebagai rutin dalam kehidupan harian mereka.
Bersenam juga sangat penting bagi para pelajar. Orang yang sering bersukan akan sentiasa tangkas dan cergas. Apabila badan kita sihat dan otak kita cerdas, sudah pasti kita dapat berfikir dengan baik dan belajar dengan mudah.
Selain itu, bersukan juga dapat menghindarkan seseorang itu daripada terlibat dalam masalah sosial seperti pengambilan dadah dan pil-pil yang diharamkan. Ini disebabkan masa yang terluang telah diisi dengan pelbagai aktiviti sukan.
Memandangkan bersukan dapat menjamin hidup kita sihat , wajarlah kita menjadikan bersukan sebagai aktiviti harian kita.
Chew Yen Mei 5K
Cara-cara menjaga kesihatan
Kesihatan ialah anugerah Tuhan yang wajar kita syukuri dan pelihara dengan sebaik mungkin . Menjaga kesihatan ialah tanggungjawab setiap individu . Pelbagai cara dapat dilakukan untuk menjaga kesihatan .
Masalah kesihatan seseorang berkait rapat dengan amalan pemakanan . Sebaik-baiknya , setiap makanan yang diambil perlu mengandungi zat dan vitamin yang dapat menyihatkan badan . Setiap hari , kita perlu mengambil makanan yang seimbang untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan .
Menjaga kebersihan dalam semua aspek amatlah penting supaya kita dapat hidup ceria dan terhindar daripada sebarang penyakit . Kebersihan diri dan tempat tinggal menjadikan kita dalam keasaan selasa . Kebersihan makanan juga dapat menjamin kehidupan yang sempurna .
Selain itu , kita juga perlu bersenam untuk menyihatkan badan .Apabila bersenam , badan kita akan mengeluarkan peluh . Bersenam boleh dilakukan mengikut umur seseorang supaya selamat dan berkesan .
Badan kita perlu berehat setalah bekerja keras sepanjang hari . Kita perlu tidur sekurang - kurangnya lapan jam sehari supaya badan selalu sihat .
Sesungguhnya , menjaga kesihatan amat penting . Badan yang sihat menjadikan otak cerdas . Jagalah kesihatan kita untuk kesejahteraan hidup .
Ang Zhee Ling 5K
Kamu telah melawat satu tempat yang menarik. Ceritakan pengalaman kamu.
Pada hari Ahad yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga melawat Tanah Tinggi Cameron. Tanah Tinggi Cameron merupakan satu tempat peranginan yang menarik di negeri Pahang . Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta bapa.
Setelah tiga jam perjalanan, kami melalui jalan bukit yang bengkak-bengkok, kami pun tiba di puncak bukit. Suasana puncak sungguh tenang, udaranya nyaman dan terdapat pelbagai jenis flora. Bung-bunga berkembang-mekar di persekitaran puncak bukit sangat indah.
Mula-mula, pemandu pelancong membawa kami melawat ladang teh, kelihatan pekerja-pekerja sedang meemtik dedaun teh. Pengurus ladang teh memberitahu kami cara-cara membuat teh.
Selepas melawat ladang teh, kami beredar ke kebun sayur. Sayur-sayuran yang ditanam di sana subur dan segar. Ibu membeli kubis, tomato, kacang bendi dan sebungkus cili.
Dari kebun sayur, kami pergi ke taman kaktus. Saya berasa kagum apabila menyaksikan beraneka jenis kaktus di sana. Ada yang berbentuk bulat, ada yang berbentuk binatang dan sebagainya. Kami juga mengambil gambar di sana.
Menjelang senja, kami bertolak pulang. Lawatan ke Tanah Tinggi Cameron betul-betul meninggalkan kenangan yang manis kepada saya.
Chan Ling Feng 6K
“Kalautidakdipecahkanruyungnya,manakan dapat sagunya”
Amieramerupakanpelajartingkatanlima. Diamerupakananaktunggaldantinggalbersamaibunyasetelahkematianayahnyasejakdiaberumurenamtahunlagi.
Sejakkematianayahnya, kehidupanAmierasangatdaif.Ibunyaterpaksamenjajakuihuntukmenyarahidupmerekaberdua.Sejakdarjahlimalagi, Amieramulamenolongibunyamenjualkuih-kuihpadasetiappagisebelumpergikesekolah. Diasedar, diaperlumembantuibunya yang semakintuauntukmencarinafkahbagimerekaberdua.
Padawaktumalam, Amieramenolongibunyamembuatkuih.Dalammasa yang samajuga, Amieraberusahamengulangkajipelajaran. Rakan-rakanAmiera yang mampuakanpergikekelasbimbingan di pekantetapiAmierahanyabelajar di rumahtanpabimbingandaripadasesiapa. Diapercaya, "Kalautakdipecahkanruyung, manakandapatsagunya".Olehsebabitu, Amierabertekaduntukberlajarbersungguh-sungguh.
PadahariIsnin, guru besarmemberitahubahawapeperiksaan SPM akanbermulapadamingguhadapan. Guru besarberharap agar semuacalon SPM di sekolahnyamengulangkajipelajarandenganlebihtekunlagi. Amieraberusahabersungguh-sungguhuntukmengulangkajipelajaranya.Ibunya pula sentiasaberdoadanmemberidorongankepadanya agar Amieraberjayamendapatkeputusan yang cemerlangnanti.
BerkatdoanyadanibunyasertausahaAmiera yang gigih, diatelahberjayadengancemerlangdalampeperiksaan SPM itu.Diaditawarkanuntukmelanjutkanpelajarannyakemenaragading.Amieraamatbersyukurdanberasasungguhgembira.
Guru-guru danrakan-rakannyasangatbanggaataskejayaanAmiera.Apatahlagiibunya yang amatmengharapkankejayaananaknyaitu.Amieraberjanjiakanterusberusahasupayadapatmembantuibunyakelak. Akhirnya, Amieratelahmendapatsegulungijazahdanpekerjaan yang terjamin.Kiniibunyahiduplebihsenangbersamanya.
Tan Wei Shi 5K
Ibu Kesayangan Saya
Setiap orang mempunyai ibu. Ibu ialah orang yang melahirkan kita ke dunia ini.
Ibu saya bernama Ng Kar Choo. Beliau berumur 40 tahun. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru. Beliau mengajar di SJK(C) Kim Sen yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Ibu saya seorang yang bertanggungjawab, baik hati, rajin dan sentiasa mengambil berat akan pelajaran saya. Beliau juga selalu menasihati kami supaya tekun belajar dan menghormati guru-guru serta orang yang lebih tua.
Ibu saya mendidik saya dengan penuh kesabaran. Ibu saya tidak pernah memukul saya. Apabila saya melakukan kesalahan, ibu saya akan menegur saya dengan penuh kasih saying.
Pada waktu pagi, ibu saya akan bangun awal untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk kami sekeluarga. Pada waktu malam pula, ibu saya mengajar saya membuat kerja sekolah.
Walaupun ibu saya sangat sibuk, ibu saya juga akan meluangkan masa untuk menemani saya. Saya sangat gembira kerana mempunyai seorang ibu yang baik. Saya akan membalas budi ibu apabila dewasa nanti. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menggembirakan ibu. Saya juga berharap ibu akan sihat selalu.
2011 — Oct 16, 2011 2:17:55 PM
Untitled Post — Apr 30, 2011 11:44:26 AM