AYAT-AYAT BOMO KEBAA

HOTLINE: WhatsApp: +60169600432 / +66631135723 Tel: 0179069071

Betapa mudahnya ilmuku:

   Bila kamu benar-benar mengerti sepotong ayatku dengan sekelip mata kamu nampak keseluruhan rahsia kejadian ini - Tok Guru Bomo Kebaa

https://sites.google.com/view/ilmubomokebaa2

"Betapa sucinya ayat-ayat ini. Orang yang kotor tak akan tersentuh." -GURU YANG AGUNG **

Kata orang tua-tua: "Ada ilmu kalau tak yakin tak menjadi".

    Jadi yakinlah dengan ilmumu, mesti jadi! - GURU YANG AGUNG

"Alangkah ruginya kamu tidak menggunakan ilmu yang diturunkan kepadamu. Sia-sia...

  "Ingatlah dengan menggunakan ilmu itu menjadikan kamu orang tertinggi martabatnya di dunia ini." - GURU YANG AGUNG

"Ketahuilah kamu semua, aku tidak mengingini apa-apa selain daripada sentiasa duduk berdekatan dengan Tuhanku!" - GURU YANG AGUNG

"Sepatutnya ilmu yang banyak menjadi semakin jelas, TERANG.

   "Namun sebaliknya jadi semakin serabut, semakin menyesatkan! - GURU YANG AGUNG

"Kalau kamu orang cerdik kenapa bersikap seperti orang bodoh?

  "Kenapa masih bodoh. Bukankah kamu berpelajaran tinggi?" - GURU YANG AGUNG

"Bila aku berurusan dengan orang bodoh, aku berasa tersangat bodoh." - GURU YANG AGUNG

"Perumpamaan hidup ini macam aliran air. Bermula di suatu tempat di atas mengalir ke muara memasuki tempat akhir yang maha luas." - GURU YANG AGUNG

"Tanda pendek akal; mudah melenting". - GURU YANG AGUNG

 "Ketika kamu ingat itulah diri kamu yang berkuasa. Bila kamu lupa hanyut ketika itu kamu bersama syaitan yang hanya akan membinasakan kamu.

        "Ketahuilah kamu tak akan binasa sekiranya kamu tak lupa." - GURU YANG AGUNG

"Kamu rasa kamu dah ada hubungan dengan Tuhan bila kamu buat ibadat. Sebenarnya kamu 'perasan' saja.

        "Hei manusia yang jahil kalau Tuhan tidak menghubungi kamu maka kamu tak dapat menghubunginya. 

"Ketahuilah bila kamu dihubungi Tuhan kamu tidak seperti kamu sekarang ini!" - GURU YANG AGUNG

"Ada gerak ada masa. Ada masa ada ruang. Ada ruang ada hidupan." - GURU YANG AGUNG

"Bila dinamakan dunia sama saja, 'tipuan' belaka. Manis yang tidak berguna. Sedap yang sekejap. Elok pada persepsi saja." - GURU YANG AGUNG

"Aku yang 'mewarnakan' dunia ini. Kalau tidak dunia ini tiada warna dan tidak 'bermaya'." - GURU YANG AGUNG

"Bukan dia tak marah atau berperasaan manusia. Tetapi telah hancur nafsu dan perasaan manusianya lantaran terpancarnya padangan makrifat." - GURU YANG AGUNG

"Mata zahir; mata manusia. Mata batin; mata roh. Mata makrifat; ain Tuhan.

         Nafsu serakah; nafsu binatang. Nafsu berahi; nafsu manusia. Nafsu izzati; nafsi Tuhan." - GURU YANG AGUNG 

Aku katakan: "Tanah Sana* bersamaku. Atau surga itu ada bersamaku!" - GURU YANG AGUNG

"Aku mari dengan tidak berdosa dan kembali juga dengan tiada dosa!" - GURU YANG AGUNG 

 "Bila kamu 'ingat' hilanglah yang 'tadinya'. Yang terdiri ialah diri kamu yang juga akan hilang sekejap nanti. Yang kekal adalah zat yang tak menyerupai sesuatu." - GURU YANG AGUNG 

"Kalau kamu dah tahu perjalanan tersangat jauh, mengapa masih membuang masa? Kalau kamu mula sekarang pun tak akan sampai ke penghujung, kerana kamu termasuk dalam orang-orang yang tertinggal! - GURU YANG AGUNG

"Mengapa kamu berlemah tubuh sedangkan kamu bertanggungjawab penuh pada dirimu." - GURU YANG AGUNG

"Kamu yang mencipta dunia kamu - persekitaranya, perhubungannya; iaitu kewujudannya!" - GURU YANG AGUNG

"Kamu kuat, gagah dan maskulin bila dapat mengekang perasaan negatif yang menganggu dan mengetepikan keteguhan pegangan kamu." - GURU YANG AGUNG 

"Aku buatkan perbandingan zat dengan perbuatannya seperti matahari dengan 'suarnya'. - GURU YANG AGUNG 

"Sebenarnya nak mengenal Tuhan bukan dengan ritual, tetapi dengan 'hikmah' daripada Penunjuk Jalan. - GURU YANG AGUNG

"Sebagaimana aku mari ke sini, sebegitulah aku berada di sana." - GURU YANG AGUNG

"Bila aku katakan 'Inilah alam roh' kamu semua kebingungan. Sebenarnya inilah alam roh. Alam ghaib yang kamu fikir itu tidak wujud!" - GURU YANG AGUNG

"Aku katakan: 'Akal adalah pekerjaan bagi roh' dan 'akal juga mata bagi roh'. Akal mencari Tuhan tetapi mengenal Tuhan hanya roh sahaja!" - GURU YANG AGUNG 

"Surga di Tanah Sana* adalah anugerah kepadamu seperti pingat darjah kebesaran yang dikurniakan oleh pemerintah disemat ke dadamu." - GURU YANG AGUNG

"Ingatlah wahai manusia: Jika kamu tak tingkatkan kerohanian kamu; maka sedarlah yang kamu itu tak berguna langsung dalam kejadian Tuhan!" - GURU YANG AGUNG 

"Kerana duit kamu sanggup membodohkan diri" - GURU YANG AGUNG 

"Sesungguhnya pemandangan itu tak ada. Yang ada adalah Yang Memandang itu.

    "Kalau tiada Yang Memandang tidak ada pemandangan." - GURU YANG AGUNG

"Selagi kamu sedar kamu itu ada dan sentiasa ada, maka kamu tak tersesat jauh." - GURU YANG AGUNG   

 "Setiap yang bergerak ada nyawa. Ada nyawa ada roh. Ada roh adanya Tuhan." - GURU YANG AGUNG

"Tak akan jadi kalau tak berbuat." - GURU YANG AGUNG

 "Yang di luar daripadaku. Kembali kepadaku. Seperti cahaya daripada lampu." - GURU YANG AGUNG

 "Kepercayaan bukan kebenaran. Kebenaran adalah sesuatu yang tak berlawan." - GURU YANG AGUNG 

"Berkehendakkan sesuatu yang bukan ayat sudah tentu tak dapat. Cari ayat dan bacalah selalu kerana dengan membacanya akan jadi apa yang dibaca." - GURU YANG AGUNG

"Telah tersingkap tabir rahsia antara aku dengan 'Yang Ghaib'. Maka tiada yang melindungi aku daripada memandang apa yang kamu tak terlihat.

    "Inilah ilmu rahsia yang aku menafikan kewujudan yang lain selain daripadaku." - GURU YANG AGUNG

"Apabila 'ayat' menjadi 'hayati' maka terjadilah KERAMAT!" - GURU YANG AGUNG 

"Kamu tak dapat menandingi aku kerana kamu terkurung dalam dunia yang sempit manakala aku di alam roh yang tinggi tak terbatas. 

     "Kamu hidup dikuasai hawa nafsu sedangkan aku dilimpahi cahaya makrifat Tuhan." - GURU YANG AGUNG

"Kamu sibuk  berbicara tentang dunia kamu sahaja. Tentu kamu 'punah' sebagaimana dunia yang tentunya punah.

    "Aku menghabiskan hidupku dengan membicarakan 'hal-hal ghaib' yang kekal tidak punah (hakikat).

    "Inilah titik perbezaan di antara kamu dengan aku. Seperti perbezaan tingginya langit dari bumi." - GURU YANG AGUNG

"Orang miskin lebih mempercayai Tuhan.

   "Orang kaya lebih mencintai hartanya.

   "Orang berkuasa lebih mengagungkan kuasanya.

   "Orang arif melebihi semuanya." - GURU YANG AGUNG

"Kamu semua tak akan dapat mengatasi aku kerana kamu 'kekasih dunia'.

  "Sedangkan aku 'Kekasih Tuhan'." - GURU YANG AGONG

"Ingat hakikat itu sebenar. Manakala pandangan zahir itu pakaian bagi hakikat. Mengenal kedua-duanya itu makrifat."- GURU YANG AGUNG 

"Kalau hari ini tak berubah sampai mati pun tak berubah - Falsafah orang biasa. 

   "Tanda ia berubah sekarang berlainan dengan tadi - Falsafah orang berilmu.

    "Bila berdiri sekarang, tiada tadi tiada menjelang - Ini hakikat ilmuku." - GURU YANG AGUNG 

"Kamu cuma 'isi durian dalam kulit durian, bukan buah-buahan, bukan juga tumbuh-tumbuhan'." - GURU YANG AGONG

"Aku belajar dari dalam. Aku mengintai dari dalam. Aku mengesan dari dalam. Aku nampak kamu tapi kamu tak nampak aku!" - GURU YANG AGUNG 

"Yang di luar tak boleh tembus ke dalam.

       "Tiada di dalam tiada di luar."

Mengapa aku harus takut kepada sesuatu yang aku ciptakan sendiri! - GURU YANG AGUNG 

'Matilah dirimu sebelum kamu mati' - Aku telah mati berpuluh tahun yang lalu! - GURU YANG AGUNG 

'Jika tiada dalam fikiran tiadalah ia'.

     Sekiranya kamu mampu 'memagar' fikiranmu daripada mengingati perkara-perkara negatif, kamu aman.

    Masukkan apa yang kamu inginkan...

jadikan ia kenyataan.

    INGAT kamu adalah apa yang kamu fikirkan! - GURU YANG AGUNG 

"Orang alim bila ingatkan mati, berat nak melangkah kaki. 

   "Bila ingatkan ke Tanah Sana* tempat yang dituju, dunia tidak memberi bekas kepadanya." - GURU YANG AGUNG 

"Setiap detik yang engkau lalui dengan segala usaha yang engkau buat menjadi sia-sia kerana tiada satupun menyelamatkan engkau di Tanah Sana*. 

   "Oleh itu berhati-hatilah pada setiap detik yang engkau lalui dan pada usaha yang sia-sia." - GURU YANG AGUNG

"Tak perlu tunjuk pandai. Tak usahlah nak jadi guru. Tak payahlah bangga dengan kuasa dan kekayaan. 

    "Kita sama saja. Cuma satu nyawa yang hidup dikuasai 'orang lain'. - GURU YANG AGUNG 

"Kamu hanya pandai meratib, tak tahu berzikir sebagaimana orang yang dekat dengan Tuhan sentiasa berzikir." - GURU YANG AGUNG 

"Kamu tidak disuruh mempedulikan hal-hal orang di luar kamu. Kamu hanya diamanahkan menjaga dirimu sahaja. 

    "Ketika kamu 'mengumpat' catatan dosa pun turut menandakan." - GURU YANG AGUNG

"Kamu kena buang imej Tuhan yang ada denganmu supaya timbul Tuhan yang sebenar, tunggal tak menyerupai sesuatu." - GURU YANG AGUNG 

"Bila kamu bercerita atau mengajar atau seumpamanya; kamu telah 'meninggal diri'. Begitu juga dengan orang-orang yang mendengar atau mengikutinya.     

      "Apabila kamu lupa diri, kamu telah terkeluar daripada 'perlindungan Tuhan'. Sudah terdedah kepada syaitan. Sudah mengikut syaitan! Manakala yang mengikut dah jadi pengikut syaitan!" - GURU YANG AGUNG 

"Sedarkah kamu bahwa kamu bangga dengan berpegang kepada 'cerita-cerita suci' warisan masing-masing. Padahal kebanggaan itu menyatakan kedunguan kamu!" - GURU YANG AGUNG 

"Walaupun kamu ada harta berjuta. Ataupun ada emas berkoyan-koyan. Ataupun ada duit sebanyak daun di hutan; 

    semuanya bukan tukaran dengan 'ilmu makrifat' yang aku miliki." - GURU YANG AGUNG 

"Kalau pergi tak perlu kembali. Yang nak kembali cuma orang yang ada kepentingan dengan dunianya." - GURU YANG AGUNG

"Dunia ini tidak indah. Yang indah adalah jiwa. Kalau tiada jiwa dunia seperti hutan mati." - GURU YANG AGUNG

"Marah itu penyakit. Dengki itu penyakit. Sakit hati itu ibu penyakit.

  "Kalau tiada semuanya kamu tiada penyakit." - GURU YANG AGUNG 

"Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa memikirkan bagaimana nak berjaya." - GURU YANG AGUNG 

"Fikir adalah memikirkan. Manakala tafakur menenangkan." - GURU YANG AGUNG 

"Sudahkah kamu mempersiapkan diri. Itulah pertanyaan Tuhan kepadamu." - GURU YANG AGUNG 

"Kata-kata hikmat adalah kata-kata keramat yang membawa orang ke hadrat Tuhan." - GURU YANG AGUNG 

"Indahnya roh. Cuma dicemari rasukan syaitan." - GURU YANG AGUNG 

"Kerana adanya pertanyaan 'siapa yang menjadikan'. Maka wujudlah Tuhan." - GURU YANG AGUNG 

"Jagalah dirimu, tambatlah dirimu. Jangan biarkan dirimu meninggalkan kamu (tinggal diri)." - GURU YANG AGUNG 

"Amalan tertinggi lagi terpuji adalah 'sedia diri' menanti saat tercabutnya nyawa dari badan." - GURU YANG AGUNG

"Kamu lupa yang kamu cuma ada 'akal' yang lemah dan ada nyawa yang akan tercabut.

    "Kalau kamu insaf tentu kamu berusaha mendapatkan akal yang tinggi dan roh yang abadi." - GURU YANG AGUNG

"Kamu adalah hantu yang diperikan oleh makrifatku.

    "Sebenarnya kamu hanya hantu yang aku gambarkan. Tidak wujud pada hakikatnya." - GURU YANG AGUNG

"Bila kehidupan di sini menjadi medan latihan atau ujian ketulenan diri, maka kamu akan berasa seronok menjalani kehidupan ini." - GURU YANG AGUNG

"Kena buang semua yang bukan diri barulah timbul yang sebenar diri." - GURU YANG AGUNG

"Ketika kamu lupa kamu bersama syaitan. Bahaya!

  "Ketika kamu ingat kamu di atas jalan Tuhan. Masih belum selamat.

"Bila terdirinya diri kamu yang sebenar, barulah kamu selamat." - GURU YANG AGUNG

"Siapa yang Maha Berkuasa?

    "Sudahkah kamu bertemu?

"Kalau kamu sudah bertemu, kamu bukan seperti diri kamu sekarang!" - GURU YANG AGUNG

"Sia-sia menyebut suatu ayat yang tak benar. Ketahuilah ayat sebenar sekali sebut terus menjadi!." - GURU YANG AGUNG