2021

25 Mac 2021, Alhamdulillah selesai sudah taklimat ibu bapa dan murid baharu tingkatan 1&4 2021 SEPINTAR.

Terima kasih kepada ydp pibg dan penolong-penolong kanan atas taklimat yang diberikan. Terima kasih kepada us khalid selaku moderator dan semua jk dan guru-guru di belakang tabir.

Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa dan anak-anak yang meluangkan masa hampir 3 jam.

Semoga taklimat ini memberikan pencerahan dan menjawab soalan-soalan ibu bapa.

Jika masih ada persoalan, ibu bapa boleh mengemukakannya melalui platform kumpulan telegram yang telah disediakan.


12.Januari 2021, Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT projek menaiktaraf Masjid Al Qadisiah SBPI Rawang Fasa 1 berjaya dilaksanakan.

Terima kasih kepada semua penderma yang budiman dari kalangan ahli PIBG dan bukan ahli yang telah menyokong projek ini sejak misi pertama kutipan dana sempena program golf amal PIBG. Tidak dilupakan seluruh AJK Golf Amal PIBG 2017 yang komited menyumbang masa dan tenaga.

Ucapan terima kasih turut dirakamkan untuk AJK PIBG sesi 2017 sehingga 2020, ahli-ahli PIBG dan individu yang terus menerus memberi sumbangan demi menjayakan misi ini. Penghargaan juga diberikan kepada En Yuzairi yang telah berusaha gigih dalam menyiapkan kerja-kerja akhir projek Fasa 1.

Rakaman gambar yang menunjukkan keadaan Masjid sebelum projek naiktaraf dimulakan dan keadaan terkini Masjid.