1. Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.
2. Syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia-Nya, Kelab Kebajikan Rekreasi dan Sukan (KRES) telah berdaftar secara rasmi dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
3. Terima kasih khusus diucapkan kepada pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri atas inisiatif beliau, kelab ini ditubuhkan. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai presiden kelab.
4. Harapan saya, kelab ini dapat dihidupkan dengan melaksanakan banyak aktiviti-aktiviti dan program yang boleh memberi manfaat kepada ahlinya. Selain itu, saya juga berharap kelab ini bergerak sebagai agen keharmonian yang membantu mewujudkan persekitaran yang positif dan dapat mengimbangi antara kelesuan dan keseronokan alam pekerjaan.
5. Oleh yang demikian, bagi dua (2) tahun kedepan dititipkan diri ini untuk menggalas tanggungjawab, adalah menjadi niat saya supaya ahlinya menyokong dan mendokong antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, jawatan atau perbezaan pandangan dalam kerangka besar keluarga Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dibawah slogan kelab sebagai “medium penyatuan, simbol perpaduan”.
6. Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua Ahli Majlis Tertinggi Kelab dan Exco yang telah dilantik kerana telah memberikan komitmen yang cemerlang kepada persatuan ini. Penghargaan juga kepada semua ahli, sokongan dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan semua amat dihargai.
7. Terima kasih kerana meluangkan masa melayari laman web kelab. Semoga ia menjadi sumber rujukan yang berguna dalam membantu kita semua kekal terhubung.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MEDIUM PENYATUAN, SIMBOL PERPADUAN”
Anwar Lamsil
Presiden Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan KRES
Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah