Komuniti Internet Luar Bandar
“Masyarakat Berbudaya Teknologi Tinggi”
“Masyarakat Berbudaya Teknologi Tinggi”
Pengguna dinasihatkan menggunakan perkhidmatan ini secara berhemah dan berhati-hati.
Elakkan daripada melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan mencurigakan
Sebarang maklumat rasmi berkenaan kerajaan negeri hanya boleh diperolehi daripada laman sesawang Kerajaan Negeri Sabah dimana alamat Internetnya berakhir dengan sabah.gov.my
Maklumat lanjut yang lain boleh diperolehi di laman sesawang KSTI (ksti.sabah.gov.my) dan Sabah Net (sabah-net.com)
Jika anda tidak pasti, sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan SabahNet
Perkhidmatan akses jalur lebar bagi komuniti luar bandar ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) untuk memberikan penyelesaian alternatif kepada penduduk luar bandar di Negeri Sabah.
Penyelesaian alternatif yang menggunakan teknologi terkini ini akan dapat merapatkan jurang digital di komuniti luar bandar dengan memberikan akses kepada jalur lebar dan pendedahan kepada teknologi digital. Sabah Net sebagai pelaksana inisiatif ini akan memberikan perkhidmatan akses jalur lebar menggunakan teknologi VSAT Starlink di 300 lokasi yang terpilih di seluruh Sabah.
Inisiatif ini selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dari segi pembangunan infrastruktur digital dan pembangunan modal insan.
✅✅✅ Melayari internet
✅✅✅ Penstriman video
✅✅✅ Panggilan suara internet
✅✅✅ Media sosial
✅✅ Panggilan video internet
✅ Online Gaming
Rangkaian Internet boleh menampung sehingga 50 pengguna secara serentak dalam jarak 50 meter dari perkakasan VSAT.
Untuk memastikan kebolehcapaian rangkaian Internet terjamin:
(1) Jangan mengubah kedudukan piring VSAT
(2) Jangan menghalang permukaan piring VSAT
(3) Jangan mengganggu atau merosakkan perkakasan VSAT (piring, kabel dan Router).
Pihak Sabah Net boleh memantau kedudukan unit VSAT secara jarak jauh.
Reboot semula sistem dengan mencabut plag yang disambungkan ke router VSAT.
Tunggu 60 saat, dan kemudian pasangkan semula. Router VSAT akan mengambil masa beberapa minit untuk hidup semula.
Biarkan seketika dan selepas beberapa minit, periksa semula jika anda telah berjaya disambungkan ke rangkaian Wifi. Jika status menunjukkan “online”, anda berjaya!
Jika status masih “offline”, sila cuba penyelesaian seterusnya.
Nyalaan lampu LED adalah penunjuk utama yang menentukan sama ada router telah hidup atau sebaliknya.
Lampu LED akan berwarna putih terang apabila router disambung pada elektrik.
Sebaliknya, jika lampu putih tidak menyala, anda boleh cuba kaedah berikut:
Periksa sambungan kabel dari router ke soket elektrik. Ini bertujuan untuk memastikan kabel tersebut disambung dengan ketat pada belakang router supaya arus elektrik mengalir terus ke router semasa dihidupkan.
Jika kabel yang disambungkan ke router tidak hidup, kemungkinan besar terdapat kerosakan dalaman atau luaran pada kabel dan mungkin akan menjejaskan aliran elektrik. Jika kabel tersebut didapati rosak, sila maklumkan kepada pihak Bahagian Khidmat Pelanggan SabahNet.
Periksa soket eletrik. Router akan gagal dihidupkan sekiranya ia tidak berfungsi. Cuba sambungkan router ke soket lain.
Penunjuk lampu LED ini mempunyai dua tahap cahaya yang berbeza:
Sekiranya lampu LED putih yang berkedip:
Cahaya putih berkedip menunjukkan bahawa router sedang dihidupkan.
Keadaan ini berlaku apabila router menerima kuasa elektrik dan sedang bersedia untuk hidup semula. Ini akan mengambil masa dua hingga lima minit untuk hidup sepenuhnya.
Sekiranya lampu LED putih terang:
Ini bermakna router berjaya disambungkan ke internet. Sambungkan peranti tanpa wayar (wireless) ke sambungan internet.
Sekiranya ada masih mengalami masalah, sila hubungi pihak Bahagian Khidmat Pelanggan SabahNet. Untuk makluman, tahap kekuatan talian internet adalah perlahan atas faktor cuaca atau terdapat rintangan.
➡️ Klik/sentuh untuk Perkhidmatan SabahNet Lain ⬅️
📧🖥️🛜🗃️