Program Pembangunan Profesionalisme Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Sabah Tahun 2026 merupakan inisiatif yang merangka bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai serta kakitangan KKDW Sabah. Program ini bertujuan untuk memperkukuh nilai profesionalisme, etika kerja, dan budaya kerja yang cemerlang dalam usaha mencapai visi serta misi organisasi.
Meningkatkan profesionalisme dan kompetensi warga kerja KKDW Sabah.
Memperkukuh nilai integriti, etika dan budaya kerja cemerlang.
Mengukuhkan kepimpinan, komunikasi dan semangat kerja berpasukan.
Program Pembangunan Profesionalisme Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Sabah Tahun 2026 ini telah disokong oleh pengurus atasan KKDW dan mendapat kelulusan daripada pihak YBhg. Dato' KSU pada 22 May 2026
Semua penjawat awam Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Sabah
1 HINGGA 2 OGOS 2026
(SABTU - AHAD)
Pemilihan The Adventure Centre sebagai lokasi program adalah bertepatan dengan objektif Program Pembangunan Profesionalisme kerana persekitarannya mampu menyokong pembelajaran secara interaktif melalui gabungan aktiviti fizikal, cabaran berkumpulan dan latihan kepimpinan.
Selain menawarkan pengalaman pembelajaran di luar bilik latihan, peserta turut berpeluang mengukuhkan semangat kerjasama, meningkatkan kemahiran komunikasi, membina kepercayaan antara ahli pasukan serta memupuk budaya kerja yang lebih positif dalam suasana yang santai dan mencabar.