đź‘‹ SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI PMFPQS USIM !
Virtual Tour FPQS
Kejohanan Debat Piala Dekan FPQS 2026 ini adalah merupakan salah satu  program yang dianjurkan kepada para pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia khususnya pelajar Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah melibatkan mahasiswa kesemua program di bawah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.Â
Pengucapan awam merupakan salah satu bidang yang cukup dikenali dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi. la merupakan satu platform untuk meningkatkan daya fikir intelektual dan tahap pemikiran kritis di samping membentuk keterampilan dan sahsiah yang tinggi sebagai persiapan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk berhadapan dengan masyarakat.Â
Untuk maklumat lanjut, lihat Laman Web Rasmi Debat Dekan 2026Â
Siri Kapsul Ramadan ini dibawakan khas oleh Exco Akademik dan Kerohanian untuk memberikan pengetahuan am kepada masyarakat tentang hukum-hukum dan masalah yang berkaitan dengan puasa Ramadan. Menjalani ibadah di bulan Ramadan bukan sekadar menahan diri, bahkan ia adalah peluang untuk kita terus memperbaiki kualiti amalan melalui kefahaman ilmu yang sahih.Â
​​Semoga segala pencerahan ringkas ini membantu kita semua dalam melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna dan penuh keyakinan. Selamat beramal! Lihat Kompilasi Kapsul Ramadan.