Karnival Sukan Politeknik Ungku Omar (PUO) 2025 merupakan acara tahunan yang menghimpunkan seluruh warga PUO dalam semangat kesukanan, kekitaan dan kecemerlangan. Edisi tahun ini menjanjikan saingan yang lebih sengit dan meriah dengan penyertaan tujuh (7) kontinjen utama, iaitu:
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
Jabatan Perdagangan (JP)
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK)
Kolej Kediaman (KAMSIS)
Jabatan Kejuruteraan Perkapalan & Jabatan Matematik, Sains & Komputer (M/TVET)
Kesemua kontinjen ini akan berentap untuk merebut gelaran Juara Keseluruhan Karnival Sukan PUO 2025, melibatkan enam (6) acara sukan utama berikut:
Bola Sepak 9 Sebelah
Bola Jaring
Bola Tampar
Badminton
Sepak Takraw
Petanque
Selain itu, dua (2) acara tambahan turut diadakan bersekali dengan karnival ini iaitu Silat dan e-Sport bagi memeriahkan lagi suasana dan memberi peluang penyertaan lebih luas kepada para pelajar. Walau bagaimanapun, acara ini tidak menyumbang mata kepada penentuan juara keseluruhan.
CARTA MATA KARNIVAL SUKAN PUO 2025
1. JKM - Juara
2. KAMSIS - Naib Juara
3. JKA - Ketiga
4. JP
5. JKE
6. M-A
7. JTMK